Thursday, 14 February 2013

ONDE ONDE POLKA DOTS

Salam buat semua sahabat2 ku tersayang. Smlm petang nak perhabiskan inti kelapa putri pun buat laa ondeh2 kegemaran kami sekeluarga. Actually kan kami suka yg ada gula melaka dalam tu tapi sbb ada lebih inti kelapa tu yg bubuh dalam onde2 polka dots ku ni. Haa cakap pasal polka dots hehehe gelak dulu....awalnya nak buat dua warna onde2. Satu hijau satu pink...tak tau laa mungkin putri lupa yg putri dah pegang warna pink tu....tau2 terpegang hijau pulak. Aduhhhhh apa dah jadi ni ada yg terkena serpihan pink. Alaa nyampah tau mak jadi gini. Haa tak mau dia nampak teruk cam kotor mak pun kerjakan dia kasi dia CHICKEN POX sikit muahahahaha. Mula ingat nak buat sikit mana yg terkena tu jer but then mak pikir alaa alang2 mandi biar basah sekali kan kan huhu. Tu yg terhasil onde2 dot2 ni haa. Bila dah kena golek ngan kelapa tak berapa nak nampak sbb terselindung dikepung ASAP tebal kelapa tu ekekeke. Takpe laa sekurang2nya tak laa teruk cam masa awal2 terkena serpihan tu. Molek jugak kan kejadianya...baru ada mood mau terkam makanan ni hehehe. Ok laa apa pun tetap nak share kat koleksi blog putri ni. Jom kita gi visit onde2 putri yg dah kena demam campak ni yuk hehehe jom jom...


BAHAN2NYA

- ½ PAKET TEPUNG PULUT
- ½ CAWAN AIR@SECUKUPNYA (MASUKKAN SIKIT2 DULU JGN TUANG SEMUA)
- ½ SUDU KECIL PANDAN PASTE
- SEDIKIT PEWARNA HIJAU DAN PINK
- INTI KELAPA ATAU GULA MELAKA SECUKUPNYA
- KELAPA PUTIH SECUKUPNYA (DIBUBUH SEDIKIT GARAM DAN GAUL RATA.


*** PERHATIAN YERR KEGUNAAN AIR TU BERGANTUNG PADA BANYAK MANA TEPUNG DIGUNAKAN. SEMASA MENGGENTEL/MEMBULAT2KAN ADUNAN...KERAP SAPUKAN SEDIKIT MARGERIN PADA TANGAN SUPAYA ADUNAN TIDAK MELEKAT2 DAN KITA BOLE MEMBULAT2KANNYA HINGGA HABIS SEBELOM DIREBUS. TUK RESEPI INTI KELAPA KLIK SINI***


CARA2NYA


1. SATUKAN PEWARNA HIJAU DAN PANDAN PASTE. MASUKKAN AIR SEDIKIT DEMI SEDIKIT SEHINGGA ADUNAN MENJADI DOH LEMBUT. KALAU NAK BUAT 2 WARNA...ADUNAN DIULI DAHULU DAN BAGI DUA OK. THEN BARU LETAK WARNA.

2. SEMASA NAK MENGGENTEL/MEMBULATKAN ADUNAN SAPUKAN SEDIKIT MARGERIN PADA TAPAK TANGAN SUPAYA ADUNAN MUDAH DIBENTUK DAN TIDAK MELEKAT PADA TANGAN.

3. GENTEL/BULAT2KAN DAN LETAK INTI SAMPAI HABIS. SUSUN JAUH2 SIKIT JGN DEKAT KANG MELEKAT PULAK. KALAU NAK TERUS REBUS MASUK DALAM PERIUK PUN BOLE JUGA...TERPULANG.

4. PASTIKAN AIR BETUL2 MENDIDIH BARU MASUKKAN ADUNAN NI DAN REBUS SEHINGGA ONDE2 TIMBUL DIPERMUKAAN AIR.

5. ANGKAT DAN TOS AIRNYA KEMUDIAN GOLEKKAN KE DALAM KELAPA PUTIH YG DIGAUL SEDIKIT GARAM TADI. SIAP TUK DIHIDANGKAN.


SELAMAT MENCUBA!!!




FOR THIS RECIPE


No comments:

Post a Comment