Smlm putri ada try buat APAM bercorakkan oren. Tak berapa nak kemas cam ita buat cute jerr. Al maklum laa pertama kali cuba mencorak bentuk oren cam ni, Ari tu ternampak ita buat terus tergoda tau hehe....tapi mmg mencabar gak membuatnya. Kena saba2 bab2 nak lorekkan bentuk oren ni...kejadianya sebelom kukus mmg menawan cam real laa bentuk oren. Hmm tapi bila dah kukus dia mengembang setaman lak hehehe tak bole nak kawal huhu. Apa pun still ok kan kejadiannya...still bole share kasi u aolss semua tengok kan kan. Kalau ada yg tak berkenan dihati u aolls harap tutup mata ek muahahaha. Alaa putri kan sajerr nak buat koleksi tuk blog putri sebagai bahan rujukkan. Biasa laa bila dah banyak2 resepi mana bole ingat apa bahan2 yg kita gunakan yerr tak. Mau tak mau kena gak tengok resepi. Sedangkan chef2 terkemuka pun gunakan resepi sebagai rujukkan. Bedek laa kalau dorg bole ingat semua beratus2 resepi. Melainkan kalau mereka nak buat show nak demo masakkan ofcoz laa dia pilih resepi yg dia dah master membuatnya atau pun masakkan harian dia. Cam kita juga ibu2 yg dah master memasak...kejam mata pun lauk bole siap 5 jenis ok ekekeke apa jerr huhu. Alaa benda2 cam ni bukan hari2 atau tiap2 bulan kita buat kan so mana bole ingat bahan apa yg kita perlukan. Lain laa kalau restaurant tu hanya buat kek atau pastry itu itu itu jerr mmg tak perlu resepi punggg hehe. So moral of the story simpan baik2 resepi so bila nak gunakan bole rujuk dalam album kita kan. Oklah sempena Gong Xi Fa Cai putri nak ucapkan Hapi Chinese New Yr buat semua yg berbangsa cina...moga seceria semanis buah oren ni ek. Resepi tuk buat apam ni putri amik dari album apam dot dot. Putri akan share disini juga. Kali ni putri guna setengah adunan dari adunan asal..jom jom main lorek2 k. Tuk resepi inti kelapa sila klik DISINI
BAHAN2NYA
• 2 BIJI TELUR GRED A • 140 GM TEPUNG GANDUM • 100 GM GULA KASTOR • 80 ML SUSU SEGAR • 1½ SUDU KECIL BAKING POWDER • 1 SUDU KECIL ESEN VANILA • 1 SUDU KECIL OVALETTE
CARA2NYA
1. MASUKKAN SEMUA BAHAN2 KECUALI OVALETTE KE DALAM MANGKUK MIXER DAN PUKUL DENGAN KELAJUAN MAXIMA SELAMA 5-7 MINIT. KEMUDIAN MASUKKAN OVALETTE DAN PUKUL LAGI HINGGA ADUNAN MENJADI PEKAT LIKAT.
2. AMBIL SATU SUDU BESAR PENUH DARI ADUNAN NI DAN LETAK WARNA OREN. YG SELEBIHNYA BIAR PUTIH.
3. SETELAH ITU MASUKKAN KEDUA2 ADUNAN KE DALAM PIPING BAG YG BERASINGAN (ATAU BEG PLASTIK YANG BERSIH).
4. BAGI YG INGIN MELETAKKAN INTI DIDALAMNYA …..PICITKAN SEDIKIT ADUNAN PUTIH KE DALAM MANGKUK KERTAS YANG TELAH DISUSUN DIDALAM ACUAN LOMPANG.
5. MASUKKAN FILLING KEGEMARAN SECUKUPNYA.
6. PICITKAN LAGI ADUNAN WARNA YG SAMA SEHINGGA ¾ PENUH. KEMUDIAN MULAKAN PROCESS MENCORAKKAN BENTUK OREN.
7. PANASKAN KUKUS DAN MASAK SELAMA 10 MINIT. PASTIKAN API SEDERHANA BESAR OK….KALAU API BESAR SANGAT TAKOT NANTI ADUNAN JADI MEKAR SETAMAN LAK.
Cantik dan menariknya apam tu Puteri....ok dah pada pemerhatian akak untuk first try kan...
ReplyDelete