Wednesday, 23 January 2013

ALMOND BISCOTTI

Haa yang ni pula almond. Selepas putri cuba buat pistachio putri buat almond lakk. Kalau yg terdahulu tu ada cranberry yg ni hanya kacang sahajerr. Almaklum dalam umah ni ada jugak yg tak reti2 nak makan buah tau huhu. Cranberry tu kan banyak khasiatnya tau....mengandungi vitamin c dan fiber serta antioxidant. Juga baik tuk urinary track infections. Mmg tak rugi makan cranberry try laa. Apa pun demi anak2 yg suka hanya kacang mama buat laa juga tuk dorg...alaa tuk mama jugak hehehe. Mmg teramat sedap biskut ni. Keranggupannya lak mmg tak terbaik. So u guys bole laa pilih yg mana nak cuba ek. Kacang tu bole jerr tukar pada jenis kacang pilihan anda tak semestinya badam atau pistachio. Apa pun pilihan anda yg pasti gerenti licin botol tu hehehe. Ok laa kita terus jerr kerr resepinya ek. Sama juga dengan yg pertama...cuma beza dari segi kekacangnya sahajerr. Apa pun kat sini ada panduan so not to wori ek hehe. Ok pantun sikit ek...buai laju2 sampai bukit tinggi(haa jgn main2 hanyun sampai bukit tinggi ok LOL)...apa sorok dalam baju kalau bukan resepi putri bagi muahahaha terlebih sudah huhu.


BAHAN2NYA

- 60 GM BUTTER LEMBUT
- 1 SUDU KECIL ESEN VANILA
- 200 GM GULA KASTOR
- 2 BIJI TELUR
- 260 GM TEPUNG GANDUM DIAYAK
- ½ SUDU KECIL BICARBONATE OF SODA
- 120 GM BAKED ALMOND



CARA2NYA


1. GRISKAN LOYANG.

2. BUTTER, GULA DAN ESEN VANILA DIPUKUL HINGGA SEBATI. ADUNAN AGAK BERDERAI2 SIKIT.

3. MASUKKAN TELUR SATU PERSATU DAN PUKUL HINGGA SEBATI.

4. MASUKKAN TEPUNG DAN GAUL RATA. AKHIR SEKALI MASUKKAN BADAM DAN GAUL RATA. 
BAHAGIKAN ADUNAN KEPADA 2 BAHAGIAN.

5. BENTUKKAN ADUNAN SEPERTI LOG DIDALAM LOYANG. SIKIT LEBIH KURANG AGAK2 DALAM 2" TINGGI DAN 8" PANJANG.
 SIMPAN ADUNAN DALAM PETI SEJUK (NOT FREZZER) SELAMA 20 MINIT.

6. KLUARKAN LOG DAN 
TABURKAN SEDIKIT GULA HALUS DIATAS LOG TADI DAN BAKAR PADA SUHU 170C SELAMA 20 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2.

7. ADUNAN DIBIARKAN SEJUK SENDIRI SELAMA 2-3 JAM.

8. GRISKAN LOYANG. DENGAN MENGGUNAKAN PISAU BERGIGI HIRIS2 ADUNAN YG TELAH SEJUK TADI. LEBIH KURANG 1CM LEBAR

9. BAKAR SEKALI LAGI PADA SUHU 160C SELAMA 15 MINIT ATAU HINGGA GARENG BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2.



SELAMAT MENCUBA!!!





FOR THIS RECIPE

No comments:

Post a Comment