Sunday, 11 November 2012

MINI APPLE STRUDEL

Assalamualaikum dan selamat malam teman2 cayang. Again maaf yerr putri masukkan lambat laa pulak resepi ni. Sangat2 bz smlm dan hari ni tu yg baru ni sempat nak masukkan. Anyway nak citer sikit pasal apple strudel ni....putri mmg gemar sangat memakan apple strudel ni. Yg terdapat kat Ritz tu sejuk dalam dia kan ni yg kita buat putri lebih suka kalau makan panas2 terangkat beb...dah sejuk pun still sedap maut. Kalau kita tengok kat internet mmg banyak tau cara2 nak buat strudel ni. Org2 barat terutamanya kalau buat menggunakan pelbagai jenis pastry. Kat YT lak melambak2 vd cara2 mereka buat strudel ni. Ada pastry yg dibuat sendiri. Fuhhhhh bila mak tengok dia buat sendiri cam senang jerr resepinya tapi bila tengok dia tebarkan dengan menarik2 adunan nak bagi dia tipis...MAKKKK AIIIII susahnyaaa. Satu meja penuh dengan tebaran adunan tu tau. Haa kalau tak caya cerr tengok sendiri kat YT ek. Putri tengok tu terus kata "HAAA TAK YAHH LAA...KIM SALAM" hehehe. Setakat tengok jerr laa mmg sangat kagum dengan cara dia membuat doh strudel. Tak bestnya buat punya laa menyiksa...makannya KEJAP jerr abis huhuhu....TAK RELA mak tau ekekeke. Alaa putri nak yg simple yet delicious. Guna puff pastry jerr. At last putri terjumpa gak...credit to Gee Taylor for the Fantastic recipe. Ari ni buat lagi Apple Strudel tau!!! alaa my kids suka laa. Yg kakak tu sebenarnya 1st time makan. Dia kata tak pernah dengar laa pulak ada makanan ni huhuhu. Mula2 reaksi cam pelik muka...tapi bila dah makan...tak cukup kau. Well tadi buat lagi dia makan 3 keping sekali gus...haaa tak yah spell it out laa mmg ternyata strudel ni dah membuatkan anak putri tergoda. Haa korg kalau tak try buat mmg rugi tau...esok2 org berbual pasal strudel ni hang duduk mengangah jerr lerr muahahaha. Tadi tu sempat laa buat 2 macam...al maklum ada sorg lagi si adik tu tka makan apple..tau jerr laa budak ni CEREWET yg amat. NAKnya COKLAT COKLAT COKLAT...so buat laa tuk dia puff coklat. PUNN kata tak cukup 4 keping...masyaAllah teruk tul laa anak ku ini...hehehe. Takpe yg penting mama buat tka membazir kan. So guys tunggu apa lagi tu...tunggu putri nak terbang kerr sana kerr..alaa nyampass tau hehehe. Ok laa jom kita saksikan apakah bahan2nya.




BAHAN2NYA (MENGHASILKAN 14-16 MINI PUFF)

- 1 BUNGKUS PUFF PASTRY (BRAND KAWAN)
- 2 SUDU BESAR GULA KASTOR
- 2 SUDU BESAR TEPUNG GANDUM
- 1 SUDU KECIL CINNAMON POWDER
- 2 BIJI APPLE CUT INTO WEDGES



FOR TOPPING

- 1 BIJI TELUR YG KECIL

- 1 SUDU KECIL AIR 
- GULA ICING TO DUST
- SEDIKIT BADAM FLAKES

CARA2NYA

1. SATUKAN TEPUNG, GULA KASTOR DAN CINNAMON POWDER DALAM SATU MANGKUK. KACAU RATA.

2. POTONG BUAH APPLE SEPERTI KENTANG WEDGES DAN BELAH 2 LAGI. BUANG TENGAH2NYA.TERPULANG PADA ANDA SEKIRANYA NAK POTONG STYLE LAIN PUN BOLE. DICUCI DAN MASUKKAN APPLE KEDALAM BANCUHAN TEPUNG TADI.GAUL HINGGA RATA. KETEPIKAN.

3. AMBIL 1 KEPING PUFF DAN ROLL TUK TIPISKAN KEPINGAN TU SEDIKIT. JGN LUPA ALAS PLASTIK SUPAYA TAK MELEKAT.

4. SEPERTI DALAM GAMBAR KELIHATAN BENTUK YG ASALNYA PERSEGI DAH JADI MEMANJANG SEDIKIT.

5. MASUKKAN SEDIKIT INTI APPLE TADI DAN GULUNG. BAHAGIAN TEPI ADUNAN DITEKAN2 SEDIKIT SUPAYA MASA MEMBAKAR INTI TAK MENGALIR KELUAR. SUSUN DALAM LOYANG YG TELAH DIGRIS TERDAHULU.


6. BANCUH TELUR DENGAN SEDIKIT AIR DAN KACAU2 SEDIKIT. SAPUKAN PADA ATAS ADUNAN PUFF DAN TABUR GULA KASTOR.

7. PATAH2KAN BADAM FLAKES DAN TABUR DIATAS PUFF TADI. TEKAN2 SEDIKIT SUPAYA MELEKAT. BAKAR PADA SUHU 190C SELAMAT 20 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2.


8. BILA PUFF DAH SEJUK BOLE LAA DUSTKAN DENGAN GULA ICING OK.



SELAMAT MENCUBA!!!










FOR THIS RECIPE

No comments:

Post a Comment