Friday, 30 November 2012

MEE GORENG HAILAM

Assalamualaikum my dearest teman2 semua. Mesti tengah bz memasak tuk makan tengahari ni kan. Putri pun bz gak ni...bz tulis resepi kat ruang ni hehehe. Alaa ingat ptg ni nak buat nasi goreng jerr huhu. Ari ni nasib baik laa tak keje...putri mintak off. Sejak 2 menjak ni letih jerr laa mata kuyu jerr....putri pun kurang sihat tau huhu. Dengan cuaca yg hujan sejak kebelakangan ni biasa laa kalau tak sihat kan. Ada juga putri dengar banjir kat beberapa kawasan M'sia. Kesian pada mereka dan tempat2 yg terjejas tu. Musim hujan ni akan berhenti hanya pada bulan January nanti. Apa pun sama2 laa kita doakan semoga takde nyawa yg tergadai laa. 

Kali ni putri nak share resepi yg putri dah lama gunakan setiap kali buat mee goreng. Ni laa dia mee goreng hailam. Resepinya tak ingat dari mana putri photocopy. Then paper yg photocopy tu pun dah hilang ntah kerr mana...huhu. Sib baik dalam otak ni dah registered semua kod2 rahsia dia wahahaha. Takpe laa pada yg punya resepi ni kalau tersinggah blog putri ni kan...putri nak ucapkan terimakasih atas resepinya. Bertahun2 masak cam ni tak jemu2 tak jelak2 tak mual2 pun tau ekekeke. Mual2 tu lain jerrr wahahahaha walaupun katanya hehehe. Jgn pulak u aolss ingat putri ehem2 pulak dah ek huhuhu jauhhhh tuuu hahaha. Ok laa jom laa kita kerr dapur intai2 sikit bahan2 yg kita perlukan...jom jom.



BAHAN2NYA

- 1 KG MEE KUNING
- 50SEN TAUGEH
- $1 SAYUR SAWI
- 1 BATANG CARROT
- SEDIKIT DAGING DI POTONG NIPIS KECIL2
- SEDIKIT UDANG DIKUPAS KULITNYA
- SEDIKIT SOTONG DIPOTONG BULAT2
- SEDIKIT FISH CAKE DI HIRIS2
- 4 SUDU BESAR KICAP MASIN
- 1~2 SUDU KECIL LADA SULAH
- ½ CAWAN AIR
- GARAM@ SECUKUP RASA


BAHAN2 KISAR

- 15 TANGKAI CILI KERING

- 4 ULAS BAWANG PUTIH
- 1 BIJI BAWANG BESAR
- 2 BIJI BAWANG KECIL
- 1 INCI HALIA

CARA2NYA

1. TUMIS BAHAN2 KISAR HINGGA GARENG DAN NAIK BAIK. MASUKKAN LADA SULAH DAN GAUL RATA.

2. MASUKKAN AIR DAN DAGING. BIAR DAGING EMPUK SEDIKIT BARU MASUKKAN UDANG DAN SOTONG. PASTIKAN SEMUA BAHAN2 SEAFOOD MASAK DENGAN SEMPURNA. SEKIRANYA AIR KERING BOLE TAMBAH SEDIKIT LAGI AIR.

3. MASUKKAN PULA FISH CAKE, SAWI, TAUGEH DAN KICAP MASIN. GAUL RATA.

4. MASUKKAN PULA MEE KUNING DAN GAUL HINGGA SEMUANYA RATA. MEE KUNING TAK PERLU KITA RENDAM DENGAN AIR PANAS. CUKUP SEKADAR BILAS DENGAN AIR PAIP SAJERR SBB NANTI TERLALU KEMBANG DAN DALAM TUMISAN NANTI PUN ADA AIR.



SELAMAT MENCUBA!!!






FOR THIS RECIPE

2 comments:

  1. As salam. Lamanya tak menggoreng mee. Melihat gambar gambar mee goreng ni, mulalah meleleh air liur

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam kak zie...hehe tu laa nak2 kena cuaca yg hujan dan buat kita lapo jerr kan...mmg tengok semau makanan terliur tau hehe ^_^

      Delete