Sunday, 21 October 2012

ROTI MARBLE WITH STEP BY STEP PUTRI STYLE

Assalamualaikum teman2 cayang. Dah makam malam kerr tu kerr tak selera makan sbb tunggu roti putri ek hehehe. Yerr yerr ni haa dah mai dah nak share dengan kawan2 semua resepi roti ni. Pada semua teman2 dengan adanya resepi roti ni maka tirai blog ku dilabuh kan buat seketika sbb nak beri laluan buat persediaan Aidiladha pulak. Gonna be bz bz bz day huhu. 1st of all nak ucap terimakasih yg tak terhingga pada Tok Mak kawan fb putri yg dah beri putri kebenaran tuk postkan resepi ni kat blog putri. Putri buat versi marble yerr tok mak, tak marah kan kan. Menurut citer, resepi roti ni resepi turun menurun keluarga Tok Mak tau. Nama asal resepi ni ROTI NAIK PAHANG. Haa agaknya mmg berasal dari pahang kot dan popular kat sana juga barangkali....haaa betul laa tu kan kan hehehe. Tok Mak jgn marah putri ek...putri suka nak bergurau senda. Apa pun yg jelasnya roti ni harus dicuba...sangat lembut. Putri gandingkan resepi asal dengan meMABLEkannya. Putri buat 2 adunan...yup2 jadinya dua buku roti. Kalau nak buat satu adunan bole jerr tapi nanti susah nak bagi dua adunan tu. Masalahnya satu bahagian tu kita nak letak coklat paste/emulco. Nak uli makkkk oiiiii mmg tak bole sbb adunan ni sangat lembut melekat2 sedikit. Then nak buat setengah2 dulu...susah laa pulak sbb pakai 1 biji telur...sbb tu laa putri buat sekali 2 adunan.....ni putri cakap2 u aolls paham kerr tak kerr main baca jalan terus langgar tiang ni muahahahaha. Takpe laa tak paham takpe ek...kita teruskan jerr pembelajaran kita tetap naik darjah ok....hahaha. Bukan ada ujian pun buat makan sendiri jadi tak jadi sendiri jawap ek..sapa suh tak ikot cakap putri...biasa dia ek hehe. Menerusi pengalaman putri laa kan sbb smlm dah buat dulu huhu tak puas hati buat lagi...tu yg tau camna bentuk rupa adunan ni. Just share ngan u aolss yerr...adunan ni sangat2 lembut...pastinya kalau kita menggunakan tangan mmg kena tambah tepung selalu. Tangan nak sentiasa ada tepung sbb adunan melekat2. Putri guna BM so tak perlu laa tambah tepung. Cukup setakat tabur atas papan/plastik canai supaya tak melekat. Putri pun ada sertakan step by step cara2 nak Marblekan roti ni....nanti tengok ek. Ok laa kita terus kerr resepinya otey.....jom ramai2 kita terjah buku resepi putri ek.


BAHAN2NYA

- 1 BIJI TELUR 
- 2 SUDU BESAR SUSU PEKAT MANIS
- 120 GM GULA PASIR
- 2 SUDU KECIL YEAST(PUTRI GUNA SEPAKET)
- 2 SUDU BESAR MARJERIN.
- 1 SUDU KECIL SORTENING.
- 500 GM TEPUNG GANDUM YG BAIK
- 300 ML AIR…AIR NI DAH DI CAMPUR SEKALI TELUR DAN SUSU MANIS JADI 300 ML AIR.
- 1 SUDU BESAR SUSU TEPUNG

*** KALAU NAK BUBUH WARNA COKLAT GUNAKAN 3 SUDU KECIL COKLAT PASTE/EMULCO....INGAT YERR SUKAT AIR BERSAMA DENGAN TELUR SERTA SUSU DAN COKLAT PASTE/EMULCO SEKALI DIDALAMNYA DAN MENJADIKANNYA 300ML. KACAU2 SEDIKIT SUPAYA COKLAT SEBATI DENGAN AIR ***

PAPAN CANAI HENDAKLAH SENTIASA DITABUR TEPUNG. TAK PERLU BANYAK HANYA SEDIKIT SAHAJERR.



CARA2NYA

1. DENGAN MENGGUNAKAN BM (BREADMAKER) MASUKKAN ADUNAN MENGIKOT TURUTAN IAITU AIR+TELUR+SUSU, TEPUNG, GULA, SUSU TEPUNG, MAJERIN. SHORTENING DAN AKHIR SEKALI YEAST...PASTIKAN KITA BUAT LUBANG DITENGAH2 TEPUNG DAN TUANG YEAST DIDALAMNYA.

2. TEKAN ON TUNGGU SIAP. KLUARKAN DARI BM DAN BULAT2KAN. SETIAP SATU BULATAN TU TIMBANGNYA LEBIH KURANG 80GM. BUAT SAMPAI ABIS.

3. KALAU NAK MARBLEKAN IKOT SEPERTI DALAM GAMBAR YG TELAH DISEDIAKAN. ADA 2 CARA YG BERBEZA. SO BOLE PILIH MANA SATU NAK TRY.

4. SETELAH SIAP DI MARBLEKAN PERAP SELAMA 30-45 MINIT. BAKAR ADUNAN PADA SUHU 180C SELAMAT 20 MINIT ATAU SEHINGGA MASAK BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2. ATAS ROTI TU SAPUKAN MAJERIN/BUTTER TUK MENCANTIKKAN ROTI TU.


SELAMAT MENCUBA!!!


CONTOH PERTAMA CARA PUTRI

PASTIKAN ADUNAN DIBULAT2 DAHULU. TINDIHKAN BERSELANG SELI DENGAN WARNA PUTIH DAN COKLAT. TEKAN2 DAN CANAI SEDIKIT TUK RAPATKAN/LEKATKAN ADUNAN. PUSINGKAN MENGIRING ADUNAN DAN MASUKKAN KEDALAM LOYANG YG TELAH DISAPU BUTTER TERDAHULU (LIHAT GAMBAR). PERAP SELAMA 30-45 MINIT DAN BAKAR MENGIKOT SUHU YG DISYORKAN.


CAM NI LAA RUPA DIA BILA DAN SIAP MASAK...




CONTOH KEDUA CREDIT TO ONIGIRI FOR THE STEPS.

CANAIKAN WARNA COKLAT DAN KETEPIKAN. CANAIKAN PULA WARNA PUTIH DAN LETAK WARNA COKLAT DITENGAH2 ADUNAN PUTIH. LIPAT ADUNAN PUTIH MENUTUPI ADUNAN COKLAT. TERBALIKKAN DAN BELAH ADUNAN KEPADA 3 BAHAGIA TANPA PUTUS DIATASNYA. BUAT MCM TOCANG RAMBUT DAN PENGHUJUNGNYA DISATUKAN. TEKAN2 SUPAYA MELEKAT. PERAP 30-45 MINIT DAN BAKAR PADA SUHU YG DISYORKAN.


BEGINI LAA RUPANYA BILA DAH SIAP BAKAR...




FOR THIS RECIPE

No comments:

Post a Comment