Friday, 28 September 2012

PUFF KARI KENTANG BERDAGING

Curry Puff anyone?? tak nak kerr...kalau tak nak mmg rugi laa kan kan. Mak bedal laa sorg2 jawabnya hehehe. Alaa mmg dah kena bedal pun jgn marah haaa. Anyway bila tengah lapar cam ni...buat yg segera2 jerr biar cepat masak dan terus makan. Kalau nak buat pastry sendiri...hmmm bila nak game ek beli yg segera jerr la. Yg penting INTI dalam tu kita buat sendiri tau! Kalau beli COMFIRM tak sedap. Sbbnya tak fresh cam kita buat...tu jam masak tu jam jugak makan. Kalau simpan pun tuk beberapa hari jer. Apapun kalau buat puff ni kena gak rajin buat intinya ok hehehe. Resepi inti akan putri masukkan kat sini juga...bagi yg nak mencuba sila laa yerr...takkan tengok jerr kan kan. Tak lapo kerr...hahaha. Oklah selamat menjamu apa jua juadah tuk ptg ni.


BAHAN2NYA

SECUKUP PUFF PASTRY (BRAND KAWAN ATAU APA2 BRAND)


BAHAN2 INTI KENTANG BERDAGING

BAHAN2NYA

7 BIJI KENTANG (BERSAIZ SEDERHANA) DIPOTONG DADU
300 GM DAGING DIPOTONG KECIL2(KALAU DAGING CINCANG PUN BOLE)
SEDIKIT DAUN SOP - DIHIRIS2
GARAM@SECUKUPNYA
2 SUDU BESAR SERBUK KARI DAGING(DIBANCUH DENGAN SEDIKIT AIR)


BAHAN2 KISAR

10 BATANG CILI KERING - DIKISAR
2 BIJI BAWANG BESAR - DIKISAR
2 BIJI BAWANG PUTIH - DIKISAR
SEDIKIT IKAN BILIS - DIKISAR


***AMBIL 2 SUDU BESAR BAHAN2 YG TELAH DIKISAR TADI...SELEBIHNYA SIMPAN OK...BUAT LERR NASI GORENG KERR APA2..BANYAK KEGUNAANNYA.***


CARA2NYA MEMASAK INTI


1. TUMIS BAHAN KISAR(DUA SUDU MAKAN JERR OK) SEHINGGA GARING DAN NAIK BAUNYA.

2 MASUKKAN REMPAH KARI DAN GAUL RATA. KEMUDIAN MASUKKAN AIR DAN KENTANG TADI. MASAKLAH SEHINGGA KENTANG EMPUK.

3. BILA KENTANG SETENGAH MASAK, MASUKKAN PULA DAGING. MASAK SEHINGGA KEDUA2NYA EMPUK.

4. AKHIR SEKALI BUBUH GARAM SECUKUPNYA DAN DAUN SOP. SIAP TUK DIGUNAKAN SEBAGAI INTI EPOK2 DAN PUFF KARI.



CARA2 MENGGUNAKAN PUFF PASTRY


1. PASTRY NI KENA NYAH BEKU DULU K...TAPI SEBELOM TU KENA ASINGKAN SELAPIS2 LETAK KAT DALAM TRAY.

2. BILA PASTRY DAH LEMBUT SIKIT BOLE LAA LETAK INTI DIATASNYA. LETAK BAHAGIAN TENGAH2 SAHAJA. THEN LAPISKAN DENGAN 1 LAGI PASTRY DIATASNYA. GUNAKAN GARFU TUK LEKATKAN DIBAHAGIAN TEPI2 PASTRY. TEKAN2 SEKELILING.

3. BAKAR PADA SUHU 180C SELAMA 10-15 MINIT ATAU SEHINGGA PASTRY NAIK DAN BERTUKAR WARNA KEEMASAN. ANGKAT DAN SEDIA TUK DIHIDANG.



SELAMAT MENCUBA!!!


FOR THIS RECIPE

2 comments:

  1. Replies
    1. hehehe dap kan..ayuhhhh tak tau kena buat gak dearr lau tak nanti mimpi kak putri tau hehehe...

      Delete