Tajul - Sedalam-Dalam Rindu (Official Music Video)

Monday 28 May 2012

NOVEL CINTA JGN KAU PERGI

Sebuah NOVEL 100% KARANGAN dari putri " CINTA JGN KAU PERGI" petikan dari KISAH SEBENAR yg ditokok tambah sikit2...HUHU. Sori laa teman2 lari lagi dari topik masak. Bukan apa sajerr nak test karya sendiri wah gitu. Actually lama dah putri tulis ni so sajerr nak letak kat blog putri ni buat kenangan dan bahan bacaan tuk mereka yg minat membaca. Maaf terdahulu sbb karya putri ni bersahajerr. Kalau ada mana2 perkataan yg pelik2 tu semua tu short form jerr...harap maklum putri sekadar suka2 menulis jerr...


Anggap lah ia sebuah cerita atau novel....=) bak kata NaBiL LU PIKIR LAH SENDIRI...hehe

Waktu tu aku ingat lagi aku terlalu muda dan masih bersekolah. Ketika usia aku 15 tahun lagi, aku dah dipinang org. Dari jiran2 tetangga...kawan2 mak aku....kawan2 abg aku...hingga lah saudara mara aku pun ada. Tak terbilang tapi takde lah beratus2.

Namun yang menjadi kenangan hingga ke hari ini adalah pengalaman peminangan PERTAMA aku dulu. Berpunca daripada hanya datang beraya dengan kawan2 aku ke rumah MAMAT nie....mamat nie nama dia RIZAL lah senang cerita. Dari situ lah bermula kisah yang DUKA dan penuh KECEWA ini buat si Rizal. Hari tu aku ke rumah kakak abg Rizal yang tinggal lat beberapa pintu dari rumahnya. Dalam hati....awal2 aku mmg tak mau ke umah abg Rizal sbbnya aku pun tak reti nak berbual dengan org2 tua masa tu...yer lah kan umur aku baru 15 tahun...apalah yang aku tau nak borak ngan mak dia kan tapi selepas didesak kakak abg Rizal aku pun singgah jugak lah kat rumah dia. Masa nie lah si abg Rizal yang baru jerr balik kerja terlena kat ruang tamu. Kakak abg Rizal membuka pintu pagar dan mempersilakan aku dan kawan2 aku masuk. Aku nampak lerr abg Rizal tengah syoikk NGOROK...hehe...tapi aku tak peduli lah...aku DTG nak beraya kan. Then kakak dia cepat2 kejutkan adik dia tu suruh masuk bilik tido...kakak dia kata "buat malu jerr tido sini tau". Ketika itu juga abg Rizal cam sedar tak sedar...cam MaMai gitu...terpandang ke ARAH aku dan kawan2 aku....masa tu aku tengah makan kuih sambil berbual dengan kawan2 aku tu. Aku tak perasan pun dia pandang aku masa tu...WAH...kawan2 aku plak yang dok sibok tengok abg Rizal siap cuit mencuit antara satu sama lain. Sedangkan aku tengah ENJOY makan kuih sambil tengok TV....hehehehe. Mulalah kawan2 aku senyum2 manja kat abg Rizal sambil berbisik ke aku kawan aku cakap "Alamak Shaz...hansem jugak lah abg tu!" Aku tak respond dia pun sbb aku tengah focus tengok tv...aku cuma jawab "Eh". Si abg Rizal pulak lepas kena kejut bukannya sambung tido...dia dok jalan ke sana lah jalan kesini lah...macam ada jerr lah yang dia nak ambil... barang tu lah barang ni lah...aku pun tak tau. Lepas 1 jam kat umah dia aku dengan kawan2 aku mintak diri....sambil salam bersalaman mak dia kasi lerr kita duit raya...hehehe...tu kira ok lah kan aku masih sekolah lagi tau masa tu. Then abg Rizal keluar...dia pun hulur Duit raya kat kita jugak...hahahaha...MALUNYA AKU lah. Kenapa lah dia dok keluar jumpa kita plak....alamak!!! amik jerr lah org dah kasikan. Masa tu abg Rizal dah bekerja...kalau tak silap umur dia 21 tahun waktu tu. Aku dan abg rizal diam jerr...kawan2 aku punya lah Teruja cam jumpa artis gitu siap sipu2 ketawa2 lah...isshhh tak kuasa aku lerr. Aku maintain buat cam takde apa2 berlaku sambil CUBIT kawan2 mana yang masih dok miang2 cerita ttg abg Rizal hehe...bukan aku jeles tapi aku rimas lerr dorg react over sangat.


Selepas 'Pertemuan' pertama tu...aku dapat tau dari mak aku yang family abg Rizal mula bercakap2 ttg aku...tak tau lerr ttg apa...yang pasti...selepas pertemuan pelik tu~buat aku arr~ buat abg Rizal Manis agaknya~...dia mula menaruh hati pada aku...org tua2 kata CINTA PANDANG PERTAMA!. Satu hari tu mak abg Rizal call umah aku cakap ngan mak aku yang mereka ramai2 nak dtg umah kira cam nak BERAYA gitu lerr sambil Abg Rizal nak tengok aku sekali lagi...katanya tak berapa perasan sangat aku hari tu...~aikkk tak perasan sangat...tapi dah jatuh hati...cam mana tu ek....aku pun pelik!!~ Oklah mak aku pun tak pikir apa2...tapi dorg silap yang PEGI bilang mak aku dtg NAK TENGOK aku tu apa hal!! nak dtg raya dtg jerr lah kan...pi cakap cam tu mesti lerr dorg suspect something....dah mak aku bilang ayah aku...ayah aku plak dengan PANTAS cam Kilat bertindak!!! Aku yang masa tu tengah syok tido..(hmm cam sama lak ngan abg Rizal masa kejadian)...tetiba dikejutkan oleh ayah dengan nada KERAS cam rumah terbakar plak ayah aku kejut aku...BERGEGAR satu badan cam nak putus jantung aku lerr...ayah MENGHALAU aku suruh kerr umah makcik SEKARANG jugak...tak payah salin2 baju katanya...aku yang cam mamai tak tau apa yang berlaku...terus cuci muka keluar dngan keadaan sedar tak sedar...aku dok terpikir...APASAL ek ayah bising2 dan cam kelam kabut tetiba jerr halau aku...sempat gak tanya mak kenapa...mak kata nanti dia call dan bagi tau aku apa yang berlaku sebenarnya...aku turut kan jerr kata mak aku tu. Sampai umah makcik aku...dah makcik aku plak cam terkejut tetiba jerr aku muncul depan umah dia ngan selekeh2 tak sempat tukar baju. Makcik aku tanya...aku pun tak reti nak explain kat dia...aku kata tunggu jerr laa mak call nanti. Malam tu mak aku call...dia cerita kan apa yang terjadi napa kena halau dan sebagainya...AKU terpaku mendengarkan kata2 mak aku tadi...diantara percaya dengan tidak..aku tertanya2 lam hati...."betul kerr abg Rizal dtg nak tengok aku ek?...tapi untuk apa"...(yerr lah aku baru jerr setahun jagungkan rupa pun LUM DEVELOP betul2...hehehe)then mak cakap yang abg Rizal hampa tak dapat jumpa aku....yerr lah dia ingat nak ajak aku join family dia beraya sekali....dia pulak yang bersemangat nak jumpa aku...namun hampa. Sebulan berlalu...sekali lagi keluarga abg Rizal menghubungi mak aku...kali nie mereka BETUL2 datang nak MEMINANG...dah takde nak tengok2 lagi dah. Again...ya Allah... ayah aku nie...kelam kabut dia pasang STRATEGI cam mana nak suruh aku kluar dari umah!! Since dia tak mahu makcik pakcik aku tau hal nie...dia suruh aku pi duduk umah jiran atas pulak. Jiran ni ngan mak aku dah anggap cam adik beradik...anak pompuan dia tu sahabat baik aku...dia lah salah sorg yang ikot aku beraya umah abg Rizal ari tu dan dia jugak lah yang bisik2 pada aku pasal abg Rizal. Berjam2 jugak lah aku kat umah jiran tu....terpikir gak apa yang terjadi kat umah ek.



Lepas jerr rombongan tu balik mak pun call aku suruh pulang umah...aku pun ghairah gak nak tau apa terjadi. Mak citerkan...abg Rizal tak datang sama kali nie yang datang cuma mak,abah,kakak n abg dia jerr yang datang....mereka bawa hajat besar. Aku dapat tau ayah tak setuju dngan pinangan nie tapi tak lah dia tolak bulat2...malah jawapan pun belum diberi.....pihak mereka memberi kami waktu untuk berfikir....sempat jugak lah ayah aku bersuara pada mereka..."Shaz tu masih budak lagi, masih lagi main masak2..(cam main pondok2)...mcm mana nak kahwin!"...dengan nada rendah mereka menjawap pada ayah..."Bukan nak kahwin sekarang...cuma nak kan ikatan sahaja"...ayah terdiam seketika dengan jawapan mereka tu. Aku yang dari tadi mendengar cerita mak.....hanya mampu tersenyum. Aku takde lah nak respond apa2 sbb aku sendiri mana tau hal2 tunang dan kahwin ni. Ayah dah tentu 100% tak setuju...menolak habis2an...mak plak 50/50...(aiiikkk mak aku cam suka jerr)... hehehe. Hari berganti hari...minggu silir berganti...bulan bertukar bulan. Akhirnya mak putuskan untuk memberi jawapan kepada pihak mereka. Mak tak mau pihak mereka ternanti2 kan jawapan yang tak pasti...tak mau lah cam tergantung gitu...setiap SOALAN...pasti ada JAWAPANNYA. Jadi mak nak selesaikan ni dengan cepat. Mak aku hubungi keluarga abg Rizal...mendengar akan suara mak aku mereka cam ceria teramat sangat. Apa taknya...dah berbulan2 mereka menantikan JAWAPAN. Mak aku pun menentukan harinya bila dan pukul berapa akan ke rumah abg Rizal. Tiba hari yang dinanti2kan...mak bertindak seorang diri pergi ke rumah keluarga abg Rizal. Dari luar rumah mereka mak perasan ada banyak kasut....mak terpaku sekejap...mak citer pada aku yang dia dah mula rasa cam tak sedap hati ari tu. Namun berita harus disampaikan. Sesampai jerr kat depan pintu, mak memberi salam dan disambut baik oleh keluarga abg Rizal. Mak nampak ramai adik beradik abg Rizal yang ada...agaknya mungkin mereka ingat berita yang mak bawak tu adalah berita mengembirakan kan padahal...Tuhan sahaja yg tau perasaan mak aku masa nak sampaikan berita tu. Semua ahli keluarga tersipu2 tersenyum2 malah ada yang dah mula mengusik abg Rizal tanda restu. Mereka sambut kehadiran mak aku dengan penuh mesra sekali. Mak dengan family abg Rizal bual2 serba sedikit....sampai lah ke perkara yang nak mereka bincangkan. Saat mak nak mulakan bicara...masa tu semua dah berkumpul depan mak aku...hanya menanti abg Rizal jerr yang baru habis solat untuk turut hadir mendengar sama. Abg Rizal baru saja hendak melabuh punggung ke kerusi kayu jati...tiba2 dengan kehendak yang MAHA ESA...kerusi yang abg Rizal duduk PATAH dengan sendirinya!!!...Semua anggota keluarga termasuk mak aku terkejut dengan kejadian tu. Mana mungkin kayu sekuat kayu jati bole patah 4 memisahkan kaki bangku dari tempat duduknya. Saat tu jugak kakak2 abg Rizal dah mula syak berita dari mak bukan lah berita gembira. Ketika itu jugak abg Rizal dah terasa sesuatu...dia bangun dari jatuhnya dan terus masuk bilik tak keluar2 lagi!. Masa nie lah semua dah mula SEBAK....mak belum sempat kata apa2...dah SEMUA kakak2 dia dan mak abg Rizal menangis semahu mereka. Sambil berpelukkan diantara satu sama lain...mereka tangisi kekecewaan yang melanda...mak aku pun tak dapat menahan air mata bila mana melihat kan semua keluarga dia dah menangis. Dalam pada itu...mak hanya sempat berkata.."Mungkin dah takde jodoh antara Rizal dan Shaz."...semua lagi lah terisak2 menangis...dekat 1-2 jam jugak lah mereka bersedih sambil mereka cuba sejukkan hati masing2. Mak pun cuba pujuk keluarga abg Rizal minta mereka sabar dngan dugaan nie...tak semestinya CINTA harus berakhir dengan sebuah Perkahwinan.

Sejak hari tu...aku dapat tau yang abg Rizal mula mengubati hatinya yang luka. Dia yang pada mulanya tak suka berkenalan dengan mana2 perempuan dah mula nak dekatkan diri pada mereka tapi tak seperti aku jangkakan... rupanya2 abg Rizal bukannya mengubat luka, dia sekadar ingin membuktikan yang dia jugak bole dapatkan apa yang dia mahukan. Dia seolah2 mahu keluarga aku tahu yang dia jugak mampu bahagia walaupun tidak bersama2 aku. Namun tu semua tidak ikhlas dtg dari hatinya untuk memulakan dairi hidupnya. 2 tahun berlalu dengan pantas...aku mendapat khabar yang abg Rizal nak kahwin. Aku tersenyum....sambil berkata didalam hati...akhirnya ada jugak perempuan yang dapat mencuri hati abg Rizal nie. Sebelum aku berfikiran lebih jauh....mak bilang ke aku yang abg Rizal berkenalan dengan perempuan tu hanya sebulan..(Hmmm...cepatnya nak kahwin padahal baru kenal)...aku pun tak paham kenapa abg Rizal cam terjun botol jer. Aku tau dia terluka...tapi kenapa lah dia tak approached aku selepas apa yang berlaku ek...bole berkawan2 dulu kerr...maybe dia malu agaknya sbb pinangan dia ditolak. Mak aku cakap family abg Rizal cam tak restu hubungan singkat dia dengan gadis tu. Dengar cerita...abg Rizal berkeras nak berkahwin dengan segera. Yang aku tak paham...abg Rizal kenal pun tak lagi ngan adik beradik gadis tu...setakat kenal ibu bapa gadis tu adalah. Mcm2 aku dengar tentang perubahan abg Rizal. Aku simpati tapi tak bole berbuat apa2...agaknya dia nak aku tengok dia kahwin dulu sebelum aku...oh yerr kisah aku. Citer aku nanti dulu...aku habiskan kisah abg Rizal nie dulu. Hari bahagia menjelang tiba...aku dengan keluarga ku datang rewang dari hari jumaat lagi. Pernikahan hari jumaat...mana kala persandingan hari ahad...sabtu pula berinai. Hari jumaat tu...abg Rizal kelihatan SEGAK dengan baju melayu serba kuning keemasan. Dia ada jugak lalu2 depan aku dan tlg2 kami sebelum berangkat ke majlis nikah. Abg Rizal tak berbual apa2 kat aku masa tu tapi aku perasan yang dia tengok aku tak berkelip2...merenung aku dengan penuh makna. Aku cuba beberapa kali mengelak untuk tidak bersemuka dengannya sbb cara dia renung aku org lain pun bole perasan. Jadi aku tak mau lah mengeruhkan keadaan...dah nak nikah pun tapi apasal lah dia tenung2 sampai mcm tu. Yang mampu aku lakukan hanya mengelak....aku ingat aku jer yang perasan rupanya kakak abg Rizal pun perasan adik dia renung2 ke aku. Sambil berbisik ke telinganku kakak abg Rizal berkata..."Kakak tau...abg Rizal masih CINTA kan Shaz...cuma dia tak dapat nak luahkan!"...aku TERkejut...terpaku...gementar dan mcm2 rasa lah. Ya Allah kenapa lah dugaan tu datang pada saat macam ni...aku berdoa banyak2 supaya segalanya berjalan dengan baik. Kakak abg Rizal hanya tersenyum melihat gelagat aku yang tak kena gaya...selepas apa yang dia katakan tadi.


Malam pernikahan tu...ada 7 buah kereta mengiringinya. Aku tak lah ikut serta...kalau aku ikut...tak dapat aku bayangkan nanti apa yang akan berlaku...huru hara dibuatnya nanti. Dah lah sebelum nikah abg Rizal berkelakuan aneh pada aku. Jadi sebaiknya aku tak ikut...lagi pun banyak kerja2 rewang yang tak habis lagi. Ketika nie aku sedang sibok membantu mak mengubah Bunga telur untuk hiasa pelamin. Kemudian mak abg Rizal mengarah aku untuk membantunya membersihkan bilik pengantin. Aku disuruh naik ke atas sorg diri melakukan kerja tu...manakala semua adik beradaik saudara mara jiran tetangga semua berada dikolong block. Mulanya takut lah jugak nak naik atas rumah...takkan aku sorg2 jer kan. Mak aku bagi isyarat suruh aku segera naik. Takut aku hilang apabila terlihat ada beberapa ahli keluarga yang sedang berehat seperti nenek dan datuk abg Rizal...maklum lah aku nie penakot. Memandangkan bilik tu tunggang langgang, jadi aku mengambil masa yg agak lama untuk membersihkan dan menghias bilik tu. Aku kurang pasti berapa lama aku kat situ....sampaikan rombongan abg Rizal dah pulang semula pun aku tak perasan. Aku masih lagi meneruskan kerja2 aku yang hampir selesai. Ketika membetulkan kain katil...aku cam rasa ada org memerhatikan aku dari belakang. Memang tak syak lagi...org tu adalah abg Rizal. Sambil berdiri di tepi pintu bilik...abg Rizal tersenyum memandang aku. Aku pulak terKEJUT yang teramat sangat...aku dengan pantas menghabiskan kerja aku dan mula nak beredar dari bilik tu. Tiba2...abg Rizal bersuara buat PERTAMA kalinya dengan cuba menahan aku supaya tidak keluar dari situ. Dia menunjukkan isyarat supaya aku tidak bergerak dari tempatku. Abg Rizal meminta bantuan dari aku untuk menanggalkan butang baju melayunya....aku gementar ketakutan..macam2 benda bermain dalam kotak fikiran aku....namun sedikit pun tidak aku tunjuk kan pada abg Rizal. Aku buat seolah2 takde apa2 yang berlaku. Aku menghampirinya untuk membantu. Aku dapat melihat tangan ku yang terketar2 cuba membuka butang bajunya. Dada ku berdeguk KENCANG yang amat sangat...bagai nak gugur dibuatnya. Perut ku mula terasa cam mengulas2...hehehe. Aku rasa cam tenaga ku lemah sekali masa tu...entah kenapa...agaknya Nervous break down. Nak bernafas pun susah... bayangkan aku betul2 berdiri agak dekat dengannya. Maunya tak senak aku nie. Belum sempat aku berjaya membuka butang bajunya....tiba2 abg Rizal menggenggam erat tangan ku!! Aku tergamam...aku cuba menarik tangan ku dari genggamannya tapi tak berjaya. Aku hanya memerhatikan abg Rizal yang ketika ini dah mula kelihatan sayup dan sedih. Sambil memegang tangan ku abg Rizal memulakan bicaranya. Dia seperti mencurahkan sesuatu yang aku sendiri pada ketika dan saat itu tak pasti akan maksud yang tersirat dilubuk hatinya. "Shaz...how I wish yang malam nie malam Pernikahan kita. Kalau bole abg tak mau lepaskan Shaz pergi. Pls Shaz izinkan abg menatap wajah Shaz sepuas hati abg untuk terakhir kalinya." Bila mana mendengarkan kata2 itu aku dah tak tentu arah....aku toleh ke kiri ke kanan perhatikan ada sesapa yang nampak tak....sambil cuba menarik2 tangan ku. Aku benar2 tak tau apa yang harus aku lakukan. Mulut aku lak seolah2 terkunci...tak bole nak cakap. Takkan aku nak tampar abg Rizal hanya kerana tindakkan dia tu atau mungkin saat nie aku dah mula JATUH hati padanya. Aku yakin akan perasaan tu....ia datang tanpa aku duga. Apakah baru sekarang aku merasakan CINTA? Adakah benar hati ku telah terpaut pada yang sudah BERPUNYA?Aku sungguh keliru sekali. Aku cuba berkata2 sesuatu pada abg Rizal...tapi aku GUGUP pada saat itu. Melihat akan tingkah ku itu abg Rizal sekali lagi membuat perkara diluar dugaan ku. Abg Rizal tiba2 memeluk sambil menangis dibahuku. Saat nie ada beberapa adik beradik mahu pun sahabat baik abg Rizal berada dalam rumah tu. Ya Allah...aku tak tau apa yang harus aku lakukan...semua mata sedang memerhatikan adegan aku dan abg Rizal...malah salah seorg kakak abg Rizal yang berada di rumah tu tak menghalang perbuatan adiknya tu atau mungkin semua yang ada tahu akan perasaan abg Rizal ke aku...aku tak pasti. Yang jelas semua org di dalam rumah tu seperti berpura2 tidak melihatnya. Perlahan2 tangan ku mengusap lembut ke belakang dada abg Rizal tanda memujuk...mungkin itu sajer yang mampu aku lakukan. Dengan suara yg tersekat2 abg Rizal meluahkan..."Shaz...maafkan abg...sedari mula lagi abg ingin lafazkan cinta ini pada Shaz...tapi abg tak diberi sedikit kesempatan langsung berbuat demikan...selama nie abg hanya memendam cinta abg dan hanya malam nie ianya terluahkan...abg tau abg tak sepatutnya kata begitu saat nie...tapi abg tak berdaya menahannya lagi Shaz. Abg jugak tau Shaz tak mungkin jadi milik abg...namun abg nak Shaz tau yang Cinta abg pada Shaz telah lama berputik dan tak pernah luntur hingga ke hari ini dan sampai bila2 pun..." "MAAFkan abg Shaz...MAAFkan abg..." rintih abg Rizal kepada aku sambil memandang ke wajahku dengan penuh kepiluan. Airmata yang sedari tadi tak putus2 membasahi pipi abg Rizal...membuatkan aku sebak...aku cuba menahan airmata ku...namun aku tewas jua. "Shaz...beri abg..." belum sempat abg Rizal meneruskan kata2nya...aku mencelah..."Jgn bang...jgn cakap apa2 lagi...pls tlg Shaz...Shaz tak sanggup nak mendengarnya...MAAFkan Shaz bang maafkan Shaz..." Aku terus berlari keluar meninggalkan abg Rizal dikamarnya. Diluar bilik, aku lihat semua org seolah2 sedang mengesat airmata masing2. Kakak Sulung abg Rizal menarik dan memeluk ku...sambil menangis dia berkata..."Shaz tetap Menantu di hati kami." Setelah kami menangis sambil berpelukkan...aku meminta diri untuk pulang....aku bersalaman sambil mencium tangan kakak abg Rizal dan berlalu pergi meninggalkan semua yang ada. Hati ku benar2 terpukul dengan apa yang berlaku...sebak,pilu dan sedih yang teramat sangat aku rasakan saat itu. Tak dapat aku gambarkan kepiluan yang melanda abg Rizal.


Malam pernikahan yang sepatutnya membahagiakan....bertukar menjadi satu tragedi pilu yang penuh kelukaan. Jauh dilubuk hati ku...tak berniat melukakan hatinya...namun takdir menentu segalanya. Selepas kejadian malam tu...aku terus pulang ke rumah tanpa pengetahuan ibu ku. Hanya selepas mak pulang dari rumah abg Rizal...baru aku menceritakan apa yang berlaku dan sepertinya mak dapat meneka apa yang ingin aku sampaikan. Mak memberitahu aku apa yang terjadi disana setelah aku beredar. Anak2 buah abg Rizal telah menyampaikan berita yang berlaku tadi kepada mak abg Rizal dan suasana menjadi kecoh seketika. Aku memberitahu mak yang aku tak mahu melihat abg Rizal bersanding sbbnya aku tak mahu keadaan menjadi huru hara gara2 kehadiran aku nanti. Mak mengerti dan cuba memujuk aku untuk bertenang. Sejak kejadian malam tu hingga lah ke hari ini aku tak benarkan mak menceritakan apa2 tentang majlis abg Rizal. Aku hanya dapat berdoa...agar dia bahagia bersama isterinya. Aku anggap apa yang pernah berlaku hanya lah sebuah mimpi indah buat ku namun mimpi pahit untuk abg Rizal kenangi. Buat abg Rizal...Maafkan lah diri ku kerana tak membalas cinta mu...cinta mu pada ku akan menjadi kenangan terindah buat selama lamanya....SEKIAN!!!

2 comments:

  1. Puteri, you shd continue writing. Ade bakat terpendam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe thks awak...putri suka2 jerr menulis mmg minat cuma takde masa laa...thks yerr sudi baca novel ringkas putri ni...insyaAllah akan masukkan N3 baru...dalam process menulis hehe tapi not dat soon laa huhu...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...