Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Monday, 18 April 2016

CHOUX CRAQUELIN - CRUNCHY CREAM PUFF

Seperti yg putri janjikan tadi siang maka terlaksana sudah hasrat hendak berkongsi resepi Choux Crquelin nie dengan teman2 semua. Putri sedaya upaya menghabiskan edit mengedit secepatnya supaya teman2 dapat mencubanya secepat yg bole. Actually kann mak baru balik keje tau tapi mak gagahkan diri tuk masukkan n3 kali nie. Lambat la sikit kann sbbnya mak kena stop mana nak masak...solat n makan malam lagi kannn then nak rehat lagi hahaha biasa laa sejak dah remaja nie semakin lemau dibuatnya tau ngee. Kali nie tak bole nak story banyak yerr apa pun kita rempuh jerr laa tengok resepi terus...jom jom!

P.S puff nie takde cream pun dah sedap sbb atas puff tu dah memberi perisa yg seimbang harap maklum hehe tapi mak tetap letak cream gak sbb mak suka yg penuh gituu ngee.




BAHAN2

CRACKER CABBAGE
  • 40 GM BUTTER LEMBUT 
  • 50 GM BROWN SUGAR
  • 50 GM TEPUNG GANDUM - DIAYAK

BAHAN2


CABBAGE (PUFF)
  • 125 GM AIR
  •  60 GM BUTTER LEMBUT
  • SECUBIT GARAM
  • SECUBIT GULA KASTOR
  • 80 GM TEPUNG GANDUM - DIAYAK
  • 125 GM TELUR YG DIPUKUL SEDIKIT




CARA2 MEMBUAT CRACKER CABBAGE

1. SATUKAN SEMUA BAHAN2 DAN GAUL DENGAN HUJUNG JARI HINGGA MENJADI SATU DOH YG TIDAK MELEKAT PADA TANGAN. BOLE LIHAT GAMBAR.

2. MASUKKAN DOH DALAM PLASTIK DAN SIMPAN DALAM FREEZER SELAMA 5 MINIT.

3. KELUARKAN DOH DAN CANAI DOH NIPIS2 DIANTARA DUA KERTAS PARCHMENT SEPERTI DALAM GAMBAR.

4. GUNAKAN COOKIES CUTTER YG BULAT BERSIZE 3CM (1"INCI) DAN CETAK HINGGA ABIS. SEKIRANYA ADUNAN MULA LEMBIK MASUKKAN SEMULA DALAM FREEZER SELAMA BEBERAPA MINIT DAN MULAKAN KEMBALI PROCESS CETAK SAMPAI HABIS. 

5. SIMPAN ADUNAN YG TELAH DICETAK DALAM TUPPERWARE DAN SEJUKKAN SEMULA DALAM FREEZER SEHINGGA TIBA WAKTU HENDAK MENGGUNAKANNYA.
















CARA2 MEMBUAT CABBAGE (PUFF)

1. SATUKAN AIR, BUTTER, GULA DAN GARAM DALAM PERIUK NON STICK DAN MASAK ATAS API YG SEDERHANA KECIL SEHINGGA BUTTER LARUT.

2. KECILKAN API DAN MASUKKAN TEPUNG GANDUM DAN KACAU2 HINGGA MENJADI SATU DOH YG TAK MELEKAT PADA PERIUK SEPERTI DALAM GAMBAR.

3. MATIKAN API DAN KLUARKAN ADUNAN DARI PERIUK DAN MASUKKAN KE DALAM MANGKUK MIXER.

4. PUKUL SEBENTAR ADUNAN BAGI MENYEJUKKANNYA SEDIKIT.

5. AKHIR SEKALI MASUKKAN TELUR SEDIKIT DEMI SEDIKIT SAMBIL MEMUKUL HINGGA SEBATI BARSATU.

6. MASUKKAN ADUNAN DALAM PIPING BAG DAN PIPEKAN KEATAS LOYANG YG TELAH DIALAS PARCHMENT PAPER. PIPEKAN SEBESAR 1" INCI. BOLE LIHAT GAMBAR SEBAGAI RUJUKKAN. 

7. KLUARKAN ADUNAN CRACKER DAN LETAK ATAS ADUNAN PUFF SEPERTI DALAM GAMBAR. TEKAN SEDIKIT SUPAYA MELEKAT.

8. BAKAR ADUNAN PADA SUHU 170C SELAMA 25-30 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2. SETELAH ADUNAN KEPERANGAN MATIKAN API OVEN. TANPA MEMBUKA PINTU OVEN, BIARKAN ADUNAN DIDALAM OVEN SELAMA 10 MINIT LAGI SEBELUM MENGELUARKANNYA. 

9. SETELAH 10 MINIT KLUARKAN ADUNAN DAN DIBIARKAN SEJUK SEBELUM MENYIMPANNYA DALAM TUPPERWARE KEDAP UDARA. NAK TERUS MAKAN PUN BOLE MMG SEDAP!!! ULANGI PROCESS MEMBAKAR PUFF YG LAIN HINGGA ABIS SEPERTI WAKTU YG TELAH DISYORKAN.

10. SEKIRANYA HENDAK MENGGUNAKAN APA2 CREAM PASTIKAN ADUNAN BETUL2 SEJUK BARU LAH BOLE MASUKKAN CREAM. UNTUK RESEPI CREAM SILA KLIK SINI

SELAMAT MENCUBA!!!

SUMBER : MAMAN
OLAHAN : PUTERI MANJA










































FOR THIS RECIPE

Sunday, 17 April 2016

NUTTY NUTELLA CREAM


BAHAN2NYA
  • 200 WHIPPING CREAM NON DAIRY
  • 50 GM DARK CHOCOLATE DICAIRKAN BEBERAPA SAAT DLM MICROWAVE
  • 3 SUDU BESAR NUTELLA
  • 80 GM ALMOND DICED(NIBS) DIBAKAR SEBENTAR SELAMA 6-7 MINIT DAN DISEJUKKAN

CARA2NYA

1. PUKUL WHIPPING CREAM HINGGA PEKAT KEMBANG BERTANDUK.

2. MASUKKAN COKLAT CAIR  DAN NUTELLA KEDALAM WHIPPING DAN PUKUL LAGI HINGGA SEBATI.

3. AKHIR SEKALI MASUKKAN ALMOND DAN GAUL RATA.

4. MASUKKAN DALAM PIPING BAG DAN SEDIA TUK DIGUNAKAN KEATAS PUFF ATAU SAPU PADA KEK GULUNG TERPULANG PADA MASING2.

SELAMAT MECUBA!!!

OLAHAN : PUTERI MANJA

Saturday, 16 April 2016

BASIC SWISS ROLL

Aduhaiii sori yerr baru sempat nak masukkan n3 nie. Apa pun since vd telah pun dishare kan di fb so perhaps ada yg telah pun mencubanya. Raya nanti bole laa kita buat tuk yg mak mertua kerr adik beradik kerr kan. Nak order mmg mahal tapi kalau u aollss bz n tak sempat buat haa order jerr ek dengan senang hati baker2 kat luar sana nak membuatnya. Kek cun macam gini kat kedai takde jual ok hehehe. Oh yah guys jgn lupa gunakan cream style putri sedappp woooo sekali makan berjuta kali nak bahahaha. Apa lagi tunggu skodeng laa cepat...jom jom...

video





BAHAN2NYA 
  • 55 GM TEPUNG HONG KONG DIAYAK
  • 1 SUDU KECIL TEPUNG SUSU DIAYAK
  • ½ SUDU KECIL BAKING POWDER
  • 4 BIJI TELUR GRED A (PUTRI GUNA TELUR YG SEJUK)
  • 65 GM GULA KASTOR
  • ¾ SUDU KECIL ESEN VANILA
  • 1 SUDU KECIL OVALETTE
  • 60 ML MINYAK SAYUR (ATAU APA2 MINYAK MASAK)
  • 4 JENIS WARNA MENGIKUT CITARASA MASING2


*** ANDA BOLE JUGA MENGGUNAKAN BUTTER CAIR SELAIN MINYAK MASAK. JGN LUPA GRISKAN LOYANG SIZE 8X12 ATAU2 APA2 LOYANG YG ANDA ADA. CUMA HASIL KETEBALAN KEK AKAN BERBEZA2 BERGANTUNG KEPADA SIZE LOYANG YG KITA GUNAKAN. GUNAKAN PARCTMENT PAPER SEBAGAI ALAS LOYANG. ***



CARA2NYA

1. AYAK BERSAMA TEPUNG HONG KONG, TEPUNG SUSU DAN BAKING POWDER. KETEPIKAN.


2. DI MANGKUK LAIN PUKUL 4 BIJI TELUR, GULA, VANILA DAN OVALETTE DENGAN KELAJUAN TINGGI SELAMA 5-6 MINIT ATAU HINGGA KEMBANG PEKAT.

3. MASUKKAN BAHAN2 AYAK TADI DAN PUKUL LAGI HINGGA RATA BERSATU.

4. AKHIR SEKALI MASUKKAN MINYAK DAN GAUL KAUP BALIK HINGGA RATA.

5. ASINGKAN ADUNAN KEPADA 4 BAHAGIAN DAN WARNAKAN MENGIKUT WARNA PILIHAN MASING2.

6. MASUKKAN SETIAP WARNA KEDALAM PIPING BAG UNTUK MEMUDAHKAN KEGUNAAN KITA NANTI. 

7. GRISKAN 2 LOYANG SIZE 8X12 DAN LETAK PARCHMENT PAPER.

8. CORAKKAN ADUNAN KEATAS LOYANG MENGIKUT CREATIVITI MASING2 ATAU MENGIKUT CARA DIDALAM VD DIATAS

9. DENGAN MENGGUNAKAN LIDI SATAY ATAU KEK TESTER, TERUSKAN MENCORAK ADUNAN JUGA SEPERTI DALAM VD. HENTAKKAN LOYANG BEBERAPA KALI BAGI MEMBIARKAN ADUNAN RATA.

10. BAKAR PADA SUHU 180C SELAMA 8-9 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2.

11. SETELAH MASAK CEPAT2 TERBALIKAN KEK DIATAS KAIN KERING. GULUNG KEK DENGAN KAIN2NYA SEKALI DAN DIBIARKAN SEJUK.

12. SETELAH SEJUK SAPUKAN CREAM PILIHAN ANDA DAN GULUNG SEMULA PERLAHAN2. GUNAKAN PLASTIK CLING UNTUK MEMBALUT KEK YG DIGULUNG TADI. SIMPAN DALAM PETI SEJUK BIASA SELAMA 1-2 JAM SEBELUM DIHIDANGKAN. UNTUK RESEPI CREAM BOLE KLIK SINI


SELAMAT MENCUBA!!!
SUMBER : MAMA FAHMI 
OLAHAN : PUTERI MANJA













FOR THIS RECIPE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...