Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Sunday, 27 October 2013

FLUFFY DOUGHNUTS WITH STEP BY STEP PUTRI STYLE

Assalamualaikum dan selamat malam teman2 cayang. Harap2nya masih ada yg setia menanti resepi dari putri ni. Banyak pic2 yg perlu putri edit dulu so ambil masa sikit tuk nak menghabiskan semuanya. Mlm ni laa baru semuanya dapat dikongsikan. Donut yg dikata turun termurun dari resepi sang ibu kepada puan Peggy ni sangat lembut, ringgan dan gebu. Menurut citer beliau pernah memasuki pertandingan membuat donut ni dan mendapat ribon biru(tempat pertama kot) dalam katagori ni dan telah disiar di akbar diseluruh U.S. Beliau juga ada menyatakan yg ibunya pernah memiliki buku masakkan yg beliau masih simpan sehingga kerr hari ini. 

Setelah putri amati dan membaca kisah beliau serta membaca review komen2 dari org ramai yg telah mencubanya...banyak komen positif. Tu yg berkobar2 putri nak buat. Pada mulanya adalah sikit terpinga2 sbb nak memahami apa yg diperkatakan. Almaklum dalam bahasa omputih so bisasa laa nak kena translate kerr bahasa melayu dan nak cuba paham terutama cara2 dia membuat donut. Kalau tuk putir sendiri takpe laa kes belasah tapi sekarang ni nak sahre dengan teman2 so putri nak pastikan putri tak miss satu pun cara2nya.



Ni laa kalau mlm2 duk membaca..jawapnyaa berkali2 laa baca sbb blurr susah nak masuk hahaha. Last skali mak dah penat letih baca ulang2 kat situ jerr dan mak pun dah ngantuk kot hahahaha...terus mak agak2 laa ikot cara mak. Then bila tengok dan baca balik haa betul pun cara mak buat hehehe. Mmg takot jugak tak menjadi tapi tawakal jerr laa. Tak tau laa mana silapnya...mak termiss baca kerr atau mak blurr kerr sbb dah mlm2 buta tulis resepi kerr atau alaa apa2 pun alasannya yg penting dah menjadi wok!!! tengok laa donut mak BESAU2 cam tayar BULLDOZER muahahahaha. Terlebih sudah naiknya kembang setempayan ni namanya hehehe. Anyway donut yg telah siap ni bole dibedakkan mengikot citarasa masing2 laa nak letak gula kerr coklat kerr haa suka hati. Dalam rumah ni tak abis2 dengna coklatnya. InsyaAllah dimasa2 akan datang putri akan menggunakan resepi ni....next round nak buat yg bulat2 laa puas hati bila kembang nanti jadi cam bola sepak muahahahaha. Ok guy sikit lagi nak bagitau ni...sekiranya u aolls buat tak menjadi....haa jgn salahkan resepi tau salahkan tangan tu ek hehehe. Puan Peggy ada menyatakan mereka yg buat tak menjadi tu adalah salah teknik dan bukan salah resepi yg diberi. Ok tak note yerr pastikan yeast yg digunakan adalah dalah keadaan baik dan lom expired lagi tau. Well jom laa kita pi siasat tengok apa bahan2 yg kita perlukan...jom jom!


Puas hatikan coklat banyak...amik ko makan laa puas2 hehehe...

BAHAN2NYA (MENGHASILKAN 24 KEPING)

A
- 100 ML AIR SUAM (50ML AIR PANAS MENDIDIH+50ML AIR BIASA)

- 1 PAKET YEAST OF 11G
- 1 SUDU KECIL GULA PASIR

B

- 80 ML SUSU SEGAR
- 80 GM SHORTENING

C
- 70 GM GULA KASTOR + SEDIKIT GARAM

D

- 2 BIJI TELUR SIZE A
- 500 GM TEPUNG GANDUM DIAYAK


*** TIMBANG DAN SEDIAKAN BAHAN2 LAIN DULU BARU SUKAT AIR PANAS. YEAST YG BAIK AKAN MENENTUKAN NAIKNYA DONUT TU NANTI. SEPERTI KATA TUANNYA TEMPERATURE AIR TU PUN MAINKAN PERANAN. TERLALU PANAS AKAN MEMATIKAN YEAST TU. TU YG PUTRI SUKAT IKOT CARA PUTRI LAA...HOPEFULLY MEMBANTU. ***




PUTRI ADA SERTAKAN BEBERAPA STEP BY STEPNYA BAGI MEMBANTU MEREKA YG INGIN MENCUBANYA. NANTI TENGOK YERR...


CARANYA2

1. SATUKAN BAHAN2 'A' KACAU DAN DIBIARKAN SELAMA 8-10 MINIT. BIAR DIA KEMBANG DAN BERBUIH2 NAIK NANTI.

2. SATUKAN PULAK BAHAN2 'B' KERR DALAM PERIUK KECIL DAN MASAK ATAS API YG SEDERHANA SEHINGGA SHORTENING LARUT DAN SUSU BERBUIH KECIL DITEPINYA. MATIKAN API DAN KETEPIKAN.

3. MASUKKAN BAHAN 'C' KERR DALAM SUSU PANAS TADI DAN KACAU2 HINGGA GULA LARUT. DIBIARKAN SEJUK SEDIKIT SELAMA 5 MINIT.

4. SATUKAN BAHAN 'A' TADI KEDALAM SUSU. MASUKKAN SEKALI TELUR DAN 1 CAWAN TEPUNG DAHULU. PUKUL ADUNAN DENGAN KELAJUAN RENDAH HINGGA RATA.

5. MASUKKAN LEBIHAN TEPUNG TADI DAN ULI DENGAN TANGAN SEHINGGA MENJADI DOH. ADUNAN KELIHATA MELEKAT2 SEDIKIT. JGN TAMBAH TEPUNG.

6. TABUR SEDIKIT TEPUNG PADA PERMUKAAN BERSIH DAN KLUARKAN DOH DARI MANGKUK. TABUR SEDIKIT LAGI TEPUNG PADA DOH DAN ULI DIATAS PERMUKAAN TERSEBUT SEHINGGA DOH MENJADI BULAT DAN ELASTIK SEPERTI DALAM GAMBAR. (PERMUKAAN TU KIRA TEMPAT LUAS ATAU ATAS PAPAN CANAI)

7. PERAP DOH DALAM MANGKUK YG TELAH DIGRIS SELAMA 1½ JAM.

8. SETELAH DOH NAIK DUA KALI GANDA KLUARKAN DOH DAN TUMBUK2 BUANG ANGINNYA.

9. CANAI DOH SETEBAL ½ INCI DAN TERAP DENGAN ACUAN DONUT BERSIZE 3½ INCI DAN LETAK DALAM LOYANG YG JUGA TELAH DIGRIS SEDIKIT. PERAP LAGI 30-40 MINIT SEHINGGA DOH NAIK DAN KERING DIPERMUKAANNYA

10. PANASKAN MINYAK YG BANYAK DAN GORENG ADUNAN DENGAN API YG KECIL SEHINGGA KEKUNINGAN. ANGKAT DAN TOSKAN MINYAKNYA. DIBIARKAN SEJUK SEPENUH SEBELUM MENABUR GULA ATAU COKLAT.


SELAMAT MENCUBA!!!

SUMBER : PEGGY ANNE
OLAHAN : PUTERI MANJA





NAMPAK KAN DIA BERBUIH NAIK...NI KIRA JADI PUNYA LAA HEHE...

SUSU DAN SHORTENING DIMASAK ATAS DAPUR DENGAN API SEDERHANA BESAR SEHINGGA SHORTENING LARUT DAN SUSU BERBUIH KECIL DITEPI. MATIKAN API.


DALAM GAMBAR PERTAMA NI GULA TU KACAU DULU HINGGA LARUT THEN SEJUKKAN SEKEJAP BARU MASUK BAHAN2 LAIN TAU.


ADUNAN AGAK LEMBUT DAN ELASTIK...INGAT JGN TERLALU BANYAK TABUR TEPUNG. WALAUPUN LEMBUT DAN ELASTIK IANYA TAK MELEKAT PADA TANGAN.






KETIKA MENCANAI ADUNAN ALASKAN DENGAN PLASTIK BARU CANAI.


ACUAN DONUT YG DIGUNAKAN SIZE 3½ INCI.








PUTIH MULUS DAN GEBUKANNN....



















FOR THIS RECIPE


Friday, 25 October 2013

KEK BATIK ROLL LAPIS OREN DAN COKLAT

Aduhaiii sbb keletihan terlena laa pulak tadi ptg tak sempat nak load. Ni mlm2 baru laa free sikit dapat laa share resepi ni buat tatapan semua. Tadi anak putri ada bagitau yg putri ngigau tak tau membebel apa siap bercakap2 dengan anak lagi masa tengah mimpi tu. Wooo bahaya ni kalau ada rahsia2 yg tak patut budak kecil tau tapi terbilang camna ek...mampos aku hehehe. Bila siasat tanya apa mama cakap tadi...ira kata "tak tau laa mama cam merepek pasal masak kerr apa laa" muahahahaha. Tergelak2 putri bila ingat balik apa yg putri dah cakap tadi. Dok pikir2 balik...a'ar laa putri ada cakap pasal berapa biji nak gunakan buat kek...muahahahaha LOL. MasyaAllah sampai termimpi2 pasal baking pulak dahhh...ishh ishhh dahsyat tul laa putri ni kan sbb baking bole termimpi2. Ni belom lagi pasal tengok citer drama korean yg sedang putri ikoti...silap2 punnn bole terbawak2 mimpi jugak akan watak dalam satu drama tu. Tngah hot bengkak hati sbb kekasih hati sang gadis adalah org yg telah membunuh ayahnya dan si gadis lom tau lagi...uwaaa geramnya mak tengok....huhuhu. Jgn termimpi dah laa kang siap bertekak pulak ngan org2 yg tak bersalah lam umah ni hahaha. Alkisah terbawak2 dalam tido...ni laa dia....ada aku kisah wahahaha.

Ok berbalik kisah nyata yerr...kali ni putri nak share resepi yg putri cuba buat smlm. Kek ni kalau tak mau lapiskan dia pun bole buat asing2 tapi kalau lapis lagi best wooo rasa dia sangat2 unik oren dan coklat. Seperti mana yg putri buat ni putri laspikan dia. Warna oren yg sangat mengancam tu membuatkan kek ni manis dipandang dan keharuman bau oren tu yg tergoda maut tu. Masa masak kek ni bau oren dia adoiiiyaiiii terkenyit2 mata menahan air liur dari terkeluar hehehe. Hidung lak sampai nak tersumbat sbb haruman oren menusuk hingga kerr tulang sum2 muahahaha over2 hehe. Oh well apa yg putri bole katakan...kek ni unik mesti nak try buat...dapat laa merasa yerr tak. Kalau tak buat pun takpe...tatap jerrr pun ok lagi kira berimaginasi makan kek ni laa ek hehehe. Ok pada semua2 yg nak kan resepinya...jom kita pegi minang ok hehehe...jom jom...


BAHAN2NYA (MENGHASILKAN 4 GULUNGAN KECIL)

- 4 BIJI TELUR
- 70 GM GULA KASTOR
- 60 GM TEPUNG HONGKONG DIAYAK
- 1½ SUDU KECIL TEPUNG SUSU DIAYAK
- ¾ SUDU KECIL BAKING POWDER DIAYAK
-1½ SUDU KECIL OVALETTE
- 1 SUDU KECIL ESEN VANILA
- 60 ML MINYAK MASAK
- SEDIKIT COLKAT PASTE
- SEDIKIT WARNA OREN/ORANGE PASTE

*** PUTRI GUNA 2 LOYANG SIZE 14X10 INCI. GRISKAN DAN LETAK PARCHMENT BAKING PAPER. SETELAH MASAK TERBALIKKAN ATAS TUALA DAN GULUNG. UNTUK MENGELAKKAN KEK DARI TERKUPAS KULITNYA, PASTIKAN KEK DISEJUKKAN SEMALAMAN SEBELOM MEMOTONGNYA. ***






CARA2NYA

1. SATUKAN SEMUA BAHAN2 KECUALI MINYAK, WARNA OREN DAN COKLAT PASTE. PUKUL HINGGA ADUNAN MENJADI KEMBANG PEKAT SELAMA 5-7 MINIT DENGAN KELAJUAN TINGGI. BIASANYA TERBALIKKAN PUN DIA TAK GERAK.

2. SETELAH PEKAT MASUKKAN MINYAK MASAK TADI DAN GAUL KAUP BALIK HINGGA RATA MENGGUNAKAN SENDUK ATAU SPATULA. 

3. ADUNAN DIBAHAGI KEPADA 2 BAHAGIAN. SATU BAHAGIAN LETAK OREN PASTE DAN SATU LAGI COKLAT PASTE.

4. TUANG ADUNAN KE DALAM LOYANG BERASINGAN YG TELAH DIGRIS TADI DAN RATAKAN. ASINGKAN SEDIKIT WARNA COKLAT TUK BUAT CORAK BATIK SEPERTI DALAM GAMBAR.

5. BAKAR ADUNAN PADA SUHU 180C SELAMA 8-10 MINIT BERGANTUNG PADA OVEN MASING2.

6. SETELAH MASAK TERBALIKAN PADA KAIN SEPERTI DALAM GAMBAR. POTONG DUA DAN GULUNG DENGAN KAIN2 SEKALI. DI BIARKAN SEBENTAR DAN BUKA SEMULA GULUNGAN.

7. SAPUKAN NUTELLA PADA KEK OREN DAN LAPISKAN DENGAN KEK COKLAT. SAPU LAGI NUTELLA PADA KEK COKLAT PULA DAN GULUNG DENGAN KEMAS. BALUTKAN PLASTIK CLING DAN PERKEMASKAN LAGI BIAR MAMPAT.

8. SIMPAN DALAM PETI SEJUK SEMALAMAN SEBELUM DIPOTONG.


SELAMAT MENCUBA!!!

OLAHAN : PUTERI MANJA












FOR THIS RECIPE

Thursday, 17 October 2013

NASI GORENG DAGING

"Oiii nasi goreng...oiii bubur kacang...oiii nasi...oiii bubur oiii mee siam!" hahahaha siap menyanyi lagi tau. Alkisah lagu nasi goreng mmg best layan lagu lama sesekali kan. Anyway hidangan hari ni putri cuba buat nasi goreng versi mewah main belasah style putri laa huhu. Alaa tak banyak beza dari nasi goreng biasa cuma tambahkan lebih2 sikit bahan2 lain. Biasa kalau kita buat nasi goreng kan rencahnay simple2 jerr kan...so kali ni putri mewahkan sikit biar rasa agak berlainan dari biasa. Ternyata mmg sedappp dok...nasi ni kegemaran hubby putri yg suka sangat order nasi goreng daging bila kita kluar makan. Tau jerr laa kalau order dagingnya ciput jerr muahahaha kalau buat sendiri amik kauuu ku tutup semua nasi dengan daging wahahahaha over2. Ada tempat2 pulak nasi dia ntah apa2 jerr rasa...dah laa mahal tak sedap lak tu...sedap lagi mak yg buat huhu. Smlm tu seharian mak terbaring demam...tekak sakit lak tu...agaknya banyak minum air sejuk masa raya kelmarin kot...yerr laa tu hehehe. Dlm2 terbaring tu tengok jugak tv sambil2 kan...pastukan dalam rancangan primadona ulangan ada jemput HAFIZ....fuyyoooo terus melompat bangun dari terbaring tu dan duduk dengan mata terbeliak tengok hafiz. Bila dia mula menyanyi...waduhhhhhh menusuk sanubari jiwa ku terkulai layu ditasik madu muahahahaha apa jerr. Seriously terus baik demam mak ni tau...dapat jumpa penawar laa tu kot hehe. Apa2 pun dalam banyak budak2 AF lom ada lagi yg bole menandingi suara hafiz tu. Mmg the best laa. Ok ok berbalik kisah nasi ni...korg must try buat pasti terangkat punggung punya kalau tak terangkat tu mmg SAH berat punggung namanya muahahahaha...jgn marah haaa. Ok jom kita belajar masak nasi ni kat tepi pantai ek...daftar nama dulu tau baru bole join khemah putri hehehe...jom jom


BAHAN2NYA (HIDANGAN TUK 6-8 ORG)

- 3 MANGKUK/PINGGAN NASI SEJUK
- 400 GM DAGING DIHIRIS HALUS
- 20 TANGKAI CILI KERING DIKISAR
- 1 BIJI BAWANG BESAR DIKISAR
- 4 BIJI BAWANG MERAH DIKISAR
- 3 ULAS BAWANG PUTIH DIKISAR
- ¼ INCI HALIA DIKISAR
- 2 KIUB KNORR IKAN BILIS
- 3 SUDU BESAR SOS TIRAM
- 3 SUDU BESAR KICAP MASIN
- 1½ SUDU KECIL GARAM@SECUKUP RASA
- SEDIKIT SERBUK LADA SULAH
- SEDIKIT SEBUK LADA HITAM
- 1 BIJI TELUR
- SEDIKIT CARROT DIHIRIS2
- SEDIKIT KACANG PEAS
- 2 SUDU BESAR BAWANG GORENG OPTIONAL

*** PASTIKAN DAGING DIHIRIS HALUS SUPAYA PROCESS MEMASAKNYA TIDAK PERLU LAMA DAN TIDAK PERLU DIREBUS DAHULU. KITA NAK MANIS AIR DAGING TU SO KITA TAK PERLU REBUS DAGINGNYA. BAGI YG SUKA PEDAS BOLE LETAK CILI PADI LEBIH2 OK. ***


CARA2NYA

1. PANASKAN MINYAK DAN TUMISKAN BAHAN2 KISAR HINGGA GARENG DAN NAIK BAUNYA. 

2. MASUKKAN DAGING DAN ½ CAWAN AIR. BIARKAN DAGING EMPUK SELAMA 8-10 MINIT. DALAM WAKTU TADI SEKIRANYA AIR KERING BOLE MASUKKAN SEDIKIT LAGI AIR.

3. MASUKKAN KIUB KNORR DAN KACAU HINGGA KIUB LARUT. MASUKKAN CARROT DAN JUGA KACANG PEAS. BIAR SEKETIKA.

4. MASUKKAN PULA KICAP, SOS TIRAM, GARAM, SERBUK LADA SULAH DAN SERBUK LADA HITAM. KACAU HINGGA RATA.

5. KEMUDIAN MASUKKAN NASI SERTA PECAHKAN TELUR DIATAS NASI DAN KACAU HINGGA SEMUANYA TERGAUL RATA.

6. AKHIR SEKALI MASUKKAN BAWANG GORENG DAN KACAU2 HINGGA RATA. SIAP TUK DIHIDANG. 


SELAMAT MENCUBA!!!

OLAHAN : PUTERI MANJA





FOR THIS RECIPE

Thursday, 10 October 2013

DURIAN MOUSSE CAKE

Nasib baik laa internet hari ni baik2 jerr line dia. Smlm tu tenat betul sakitnya then dengar news katanya ada kebakaran berlaku tu yg worldwide internet down. Pagi tu tak tau laa ok kerr tak line sbb putri tak sempat nak masuk walhal mmg dah bercadang nak share resepi ni tapi ada tetamu lak yg dtg. My gerl si Ira bawak kawan2 dia datang rumah katanya dorg buat visit rumah kerr rumah masing2 sbb dah nak abis sekolah rendah. Kira cam salam perpisahan gitu huhu. Tu yg awal pagi2 lagi putri buat persiapan...ekceli mmg biasa pagi2 buta masak sbb abang n kakak bawak bekal. Then tengahari letih tak sempat gak bukan fb terus tido jap rehatkan badan tapi tak kejap pun lama rasanya rehat muahahaha. Then ard 4pm cam tu mula perasan cam internet takde connection. Ingatkan kena restart kotak mio tu so buat laa beberapa kali pun sama. Sampai kan kakak balik try masuk inrternet pun tak dapat then dia terbaca news katanya ada kebakaran. So tunggu punya tunggu punya tunggu on laa tv nak bukan astro mio lak line tenat so tengok laa hindustan...cheyyy boringgggnyaaaa. Tekan sana sini wahhh stressnyaa citer takde yg menarik. Last2 pi dapur goreng popcorn chicken makan dengan ira sambil meratap pilu sbb takde internet hahahahaha. Sampai jam 12am sangat bingit terus on suria channel dengar radio MJ12 lagi best. On kat tv jerr...mmg kalau jam 12am rancangan tamat tapi line radio lak masuk kat tv tu. So dapat laa dengar citer seram...tu pun 1 jerr citer cheyyyy!!!! dari jam 12 lagu jerr masuk then 12.20am start bercerita seram. Tengah best2 dengar ishhhh iklan lagu lak masuk potong steam tul laa hehehe..then sambung semula. Tak abis lagi citer tu iklannnn lagggggiiii...stresssnyaaaa!!!! bila mau game satu citer ni. Tengok jam dah dekat pukul 1am baru 1 citer nak abis dah tv lak zzzzzzzzzz channel lost!!! walau ehhhh apa seyyy. Nak pi hal bukan radio SEGAN laa pulak sbb gelap wahahahaha. Last2 tido suaaaa...kecewa tul laa. So tu laa alkisahnya citer smlm...tragedi tul kan hehehe. Sori tau sbb kena dengar citer sensasi mak ni dulu.

Ok pasal kek ni tak banyak mak nak cakap mmg texture kek ni lembut. Apa yg putri amati dah mula semua resepi mereka cuba praktikan all in maksudnya semua bahan disatukan. Dengan kaedah sebegini lebh memudahkan kita untuk membuatnya. Kalau dulu kek selalu buat perangai...bantat...mendap dan mcm2 lagi laaa. Putri tak terkecuali mmg pernah melalui saat2 sebegitu. Takpe bak kata org belajar dari kesilapan. Kalau tak buat silap mcm mana nak pandai kan. So dalam process pembelajaran mmg kita kena lalui semua2 tu tuk berjaya. So dalam hal kek ni insyaAllah menjadi. Kombinasi kek dengan mousse durian masyaAllah menikam kalbu tau hehehe. Bagai pinang dibelah dua bagai pengantin dua sejoli gitu ekekekeke ni ibarat jerr tuk menggambarkan rasa kek tu. Apa2 pun korg kena try...tak try mmg bukan sajerr rugi malah kempunan 25 keturunan tau hahahaha.Jom laa sediakan hp tinggal petik jerr gambo...tak yah tulis2...lambat tulis2...zaman sekarang semua petik gambo jerr. Jgn lupa petik gambo mak sekali tau hehehe jom jom....

BAHAN2 KEK (GUNAKAN 2 LOYANG BULAT 10"INCI)


- 5 BIJI TELUR YG SEJUK
- 100 GM GULA KASTOR
- 80 GM TEPUNG HONGKONG DIAYAK
- 50 GM TEPUNG JAGUNG DIAYAK
- 1 SUDU KECIL BAKING POWDER DIAYAK
- 1 SUDU BESAR OVALETTE
- 1 SUDU BESAR ESEN VANILA
- 150 ML MINYAK MASAK ATAU BUTTER DICAIRKAN

CARA2 KEK

1. SATUKAN SEMUA BAHAN KECUALI MINYAK DAN PUKUL DENGAN KELAJUAN TINGGI SELAMA 5-7 MINIT.

2. MASUKKAN MINYAK DAN GAUL KAUP BALIK HINGGA RATA MENGGUNAKAN SENDUK ATAU SPATULA.

3. LOYANG DIGRIS DAN LETAK PARCHMENT BAKING PAPER. TUANG ADUNAN DAN BAKAR PADA SUHU 180C SELAMA 15-20 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2.

4. SETELAH KEK MASAK KLUARKAN DAN TERBALIKKAN LOYANG. BIAR IANYA SEJUK SEPENUHNYA.

5. SEMENTARA KEK DIBIARKAN SEJUK KITA BUAT DURIAN MOUSSE NYA.


BAHAN2 DURIAN MOUSSE

A
- 3 BIJI KUNING TELUR
- 10 GM GULA KASTOR

B
- 170 ML SUSU SEGAR
- 90 GM GULA KASTOR

C
- 180 GM ISI DURIAN DIHANCUR2KAN

D
- 15 GM GELATINE POWDER
- 80 GM AIR SUAM

E
- 220 ML WHIPPING CREAM NON DAIRY

CARA2 DURIAN MOUSSE

1. SATUKAN BAHAN A DAN PUKUL HINGGA RATA.

2. SATUKAN BAHAN2 B KEDLM PERIUK DAN MASAK ATAS API YG SEDERHANA SEHINGGA MENDIDIH DAN GULANYA LARUT LALU MATIKAN API DAN KETEPIKAN.

3. MASUKKAN BAHAN A TADI KEDALAM BAHAN B DAN KACAU HINGGA RATA.

4. MASUKKAN PULA BAHAN C IAITU DURIAN DAN KACAU RATA.

5. MASUKKAN GELATINE KEDALAM AIR SUAM DAN KACAU RATA HINGGA GELATINE LARUT. KEMUDIAN MASUKKAN KEDALAM BAHAN2 YG TELAH DISATUKAN DIATAS. KACAU HINGGA RATA.

6. ADUNAN DISEJUKKAN DIATAS MANGKUK AIR ICE DAN SIMPAN DALAM PETI SEJUK (NOT FREEZER) LIHAT GAMBAR

***MANGKUK YG BAWAH TU ISI AIR SEJUK DAN LETAK BEBERAPA KETUL ICE DIDALAMNYA. KEMUDIAN LETAK MANGKUK MOUSSE DIATASNYA LALU SIMPAN DALAM PETI SEJUK SEKETIKA. ***

7. PUKUL WHIPPING CREAM DENGAN KELAJUAN TINGGI SEHINGGA KEMBANG BERTANDUK DAN MASUKKAN ADUNAN MOUSSE YG SEJUK TADI KEDALAM KREM DAN PUKUL LAGI HINGGA SEMUANYA SEBATI. MASUKKAN ADUNAN KEDLM PIPING BAG.

8. SEDIAKAN LOYANG LOOSE BASE TIN DAN MASUKKAN 1 KEK LALU PIPEKAN MOUSSE DIATASNYA.

9. MASUKKAN SATU LAGI KEK DAN TEKAN2 SEDIKIT BIAR MAMPAT. PIPEKAN MOUSSE LAGI DIATAS KEK KEDUA MEMENUHI LOYANG DAN RATAKAN SEPERTI DALAM GAMBAR.

10. SEJUKKAN KEK BEBERAPA JAM SEBELUM DIPOTONG.

SELAMAT MENCUBA!!!

SUMBER : BAKE KING RECIPE 
OLAHAN : PUTERI MANJA









FOR THIS RECIPE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...