Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Tuesday, 23 April 2013

SKIPPY CHOCOLATE COOKIES

Seperti biasa preview kuih sudah mari dan akan terus berkumandang sehingga anda mintak ampunnn suh stop tau hehehe. Ni pun sepatutnya sejak dari petang smlm lagi cookies ni dah abis dibahang tapi smlm kami semua kluar so kira cam save the best for last laa gitu hahaha apa jerr. Anyway dah selamat pun tinggal bekas dan habuk2 cookies jerr huhu. Guys dengar ni mak nak cakap ek mmg cookies ni sangat2 halus garengnya. Tak perlu nak kunyah dengan penuh perasaan tau hahaha gigit sikit jerr dah rapuh didalam mulut terus cair hanyut di bawah arus...wahahahaha apa seyyy tetiba madah berhelah pulak masuk muahahahaha. Apa yg putri nak katakan biskut ni halusssss sangat texture kegarengannya...paham kah?? ek eleeeeehhhh tak paham juga hehehe takpe laa korg try buat pastu nanti FEELING dia tu laa yg putri maksudkan...feeling apa?? LU PIKIR LAA SENDIRI hahahaha. Penat tau mak story mory madah pujanga semua masuk pun tak paham juga. Nak paham kena buat n rasa ek haa tu baru paham jiwa dan ragakan....fuuyoooohhh skemahnyaa ayat hehehe. Ok apa yg pasti ini adalah cookies terbaik yg akan putri masukkan dalam list kuih raya nanti. Ok laa jom kita lepak sama2 tengok apa resepinya..jom jom...

BAHAN2NYA (MENGHASILKAN 70-80 KEPING BERGANTUNG PADA SIZE)

- 100 GM BUTTER SUHU BILIK
- 1 SUDU KECIL EVEN VANILA
- 100 GM BROWN SUGAR
- 1 BIJI TELUR KECIL
- 120 GM SKIPPY CHUNKY PEANUT BUTTER 
- 120 GM TEPUNG NAIK SENDIRI DIAYAK
- ½ SUDU KECIL BAKING SODA DIAYAK
- 100 GM MINI COKLAT CHIPS
- 100 GM KACANG BADAM SLICE YG DIPATAH2KAN DAN BAKAR HINGGA GARENG



*** GUNAKAN KACANG YG SLICE PANJANG2 TU THEN PATAH2KAN DIA. COOKIES AKAN RASA LEBIH SUPER CRUNCHY. DALAM MANA2 RESEPI YG ADA BADAM HENDAKLA DIBAKAR TERDAHULU BADAMNYA. ***



CARA2NYA

1. PUKUL BUTTER, GULA DAN ESEN VANILA HINGGA KEMBANG.

2. MASUKKAN TELUR DAN PUKUL LAGI. MASUKKAN JUGA PEANUT BUTTER DAN PUKUL SEDIKIT.

3. SETELAH ITU MASUKKAN TEPUNG, BAKING SODA, COKLAT CHIPS DAN BADAM. GAUL DENGAN SPATULA SEMUA BAHAN HINGGA RATA.

4. ADUNAN MMG LEMBIK SO JGN TAMBAH TEPUNG.

5. LAPISKAN LOYANG DENGAN PARCHMENT PAPER DAN GUNAKAN SUDU KECIL UNTUK SCOOP ADUNAN. SUSUN JAUH SIKIT DIANTARA SATU DENGAN LAIN.

6. KALAU NAK ADUNAN BULAT, BASAHKAN HUJUNG JARI DENGAN AIR DAN BENTUKKAN ADUNAN YG TELAH DI SCOOP TADI. TEKAN2 SIKIT.

7. BAKAR PADA SUHU 190C SELAMA 10 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2.


SELAMAT MENCUBA!!!

SUMBER : MELISSA COOKIES
OLAHAN : PUTERI MANJA







FOR THIS RECIPE


Thursday, 18 April 2013

COOKIES CREAM SEMIFREDDO

Assalamualaikum. Seperti biasa putri tetap akan share setiap resepi2 yg putri buat di dalam ruangan blog putri ni. Cuma kena laa setia dan sabar menanti. Cam selalu laa kan resepi nak masuk kena type kena edit so makan masa yg agak tak laa lama pung sehari dua jerr tunggu tak lama kan hehehe. Sambil tunggu tu bole laa u guys belek2 kerr silak2 resepi2 yg sedia ada tu tuk buat tatapan kerr buat jamu mata kerr kan...dicampurkan lagi dengan lagu2 malah segar...wahh gitu sekali tau huhuhu. Sebelom mak ke katagori resepi mak nak laa celoteh cikit...as usual laa kan tak story tak sah. Well lagu yg putri letakkan kali ni agak bezakan?? nak tau napa...alaa mesti ada yg dah bole agak kan...YUP2 mak ni dah terjatuh hati dengan lagu tu sejak menonton CITY HUNTER drama korea yg sangat2 popular masa kini. Actually tak juga baru....drama ni ditayangkan tuk tontonan umum pada tahun lepas. Putri hanya sedari bila diperkenalkan oleh my dotter si ain tu. Dia laa yg perkenalkan putri pada link gooddrama.net ni. Haa korg jgn pegi site tu sbbnya GERENTI kalau pegi tak bole patah balik dah mmg sesat jalan terus terpaku kat dunia baru didalamnya. Cam putri ni haa dah sesattt jauh peginyaaa hahaha. Mmg sampai berjam2 mengadap drama korea tanpa rasa jemu tau. Seriously putri tak sure dari mana datangnya special citer2 korea but once you're into it abis laaa lenaa terusss beb wa cakap lu muahahaha. Alaa bedek laa ni semau terpulang pada diri kita sendiri sama ada bole kawal kerr tak kan...putri tka bole kawal ok ekekeke. I make sure ikot citer tu sampai habis. Putri ni jenis nak tau nak tau nak tau haa sbb tu laa payah nak stop tau hehe. Semuanya bermula dari drama yg diperkenalkan anak putri iaitu drama HIGH KICK THROUGH THE ROOF. Ya ampun citer tu really hillarious. Tak reti putri nak cakap but mmg recommended. Lepas tengok citer tu laa putri sambung tengok citer lain tu yg tersampainya kerr citer drama city hunter. Apa kata u guys lawat2 tengok site tu ek hehehe.

Oklaa kita berbalik kisah cookies cream ni. Sejenis pencuci mulut yg mmg semacam ais krem. Ianya harus diletakan didalam peti sejuk beku sentiasa. Rasa dessert ni masyaAllah sangat2 tak terkata. Sentap mak seharian tau hehehe. Termenung panjanggg cam org ilang akal...haaa nampak tak penangan dia yg buat mak gilerr bayang nak makan jerr terus...bahaya tuuu kan kan muahahaha. Ok laa mak terus jerr laa kasi resepi dia ek...jom laa ikot mak selak kain...ek bukan selak kain org ek bukan2...selak kain dapur beb hehehe jom jom...


P.S  Ketika nak hidangkan dessert ni tak kisah laa samada kita nak scoop makan dengan biskut lain atau pun nak potong2 cam kek pun bole asalkan cepat potong jgn sampai cair. Mmg really cam aiskrem tau mudah cair so makan ketika sejuk keras...mmg KICK!!


BAHAN2NYA

- 2 BIJI KUNING TELUR
- 150 ML SUSU PEKAT MANIS
- 2 SUDU KECIL ESEN VANILA
- 40 GM COOKIES (PUTRI PILIH OREO COOKIES TANPA CREAM 10 KEPING DITUMBUK LUMAT)
- 200 ML WHIPPING CREAM NON DAIRY (SWEET)
- 2 SUDU BESAR AIR PANAS DIBANCUH DENGAN 1 SUDU KECIL GELATINE. BIARKAN IANYA LARUT SENDIRI



CARA2NYA

1. SEDIAKAN LOYANG LOOSE BASE TIN 8" ATAU LOYANG LOAF PUN BOLE JUGA THEN KENA LAA ALAS DENGAN PLASTIK CLING LOYANG TU SUPAYA NANTI MASA NAK KLUARKAN SENANG.

2. PASTIKAN BAHAGIAN BAWAH LOYANG DI ALAS DENGAN ALUMINIUM FOIL.

3. PUKUL WHIPPING CREAM HINGGA KEMBANG BERTANDUK DAN KETEPIKAN.

4. DI DALAM MANGKUK BERASINGAN SATUKAN KUNING TELUR DAN ESEN VANILA DAN PUKUL HINGGA KEMBANG.

5. MASUKKAN SUSU PEKAT, GELATINE DAN OREO YG DITUMBUK LUMAT TADI KEDALAMNYA. GAUL HINGGA RATA. KALAU NAK LETAK PERWARNA PUN BOLE MASUKKAN SEKALI DAN GAUL RATA.

6. MASUKKAN ADUNAN KEDALAM LOYANG YG TELAH DISEDIAKAN. ATASNYA LETAK PLASTIK CLING DAN TEKAN2 ADUNAN SEPAYA MAMPAT DAN BEKUKAN SELAMA LEBIH 6 JAM.

7. GUNAKAN PISAU DAN KIKIS TEPI LOYANG TUK KLUARKANNYA DARI LOYANG DAN BOLE LAA DIHIDANGKAN BERSAMA COKLAT DIATASNYA ATAU BISKUT MENGIKOT SELERA MASING2.


SELAMAT MENCUBA!!!

SUMBER : MELISSA COOKIES
OLAHAN : PUTERI MANJA









FOR THIS RECIPE


Monday, 15 April 2013

PAU GORENG

Satu lagi resepi yg telah lama putri cuba. Pun sama juga lupa nak masukkan dalam blog...huhu. Resepi dari kak fida kita mmg selalu menjadi. Thks kak fida atas perkongsian pada semua. Harus dicuba sbb sekali makan mmg tak cukup laa nak2 sambal dia tu...fuhhh mak kalau part sambal power berkilat cam petir ni muahahaha...mmg layannnn lentuk mereng beb ekekeke. Alaaa korg try laa ek...story banyak pun susah ngak ni sbb mata duk terpanah jerr kat sambal tu dari tadi huhuhu terliurrrr seyyy. Jadi lapaq laa pulak...wah dah pandai laa cakap lapaq..hehehe ikot member2 fb cakap laa ni kan kan huhu. Gi laa lap air liur yg dah basah dari tadi tu ek..kang basah pulak paper resepi ni tau hehehe..jom selokar resepinya...jom jom...

PAU GORENG/KUKUS

BAHAN-BAHAN ( MENGHASILKAN 20-25 BIJI)


• 500GM TEPUNG GANDUM
• 60GM GULA HALUS
• ½ SUDU KECIL GARAM
• 70ML MINYAK SAYUR/MAKAN
• 1 PAKET INSTANT YEAST
• 230ML AIR PAIP

CARA-CARA

1. MULA2 SATUKAN YEAST KEDALAM 450ML AIR…KACAU SIKIT DAN KETEPIKAN.

2. MASUKKAN TEPUNG, GULA DAN GARAM KE DALAM MANGKUK BESAR DAN GAUL RATA.

3. KEMUDIAN MASUKKAN MINYAK SEDIKIT2 DAN GAUL LAGI HINGGA RATA.

4. AKHIR SEKALI MASUKKAN AIR YEAST SEDIKIT2 DAN ULI HINGGA LEMBUT DAN TAK MELEKIT. JIKA MASIH MELEKIT, TAMBAH SEDIKIT TEPUNG DAN SEKIRANYA KERING MASUKKAN SEDIKIT LAGI MINYAK.

5. DOH YG SUDAH SIAP DIULI, TIDAK PERLU DIPERAP. BOLEH SEGERA DI BUAT PAU.

6. BULAT2KAN DOH DAN ISI INTI KESUKAAN MASING2.

7. GORENG PAU 1/2 MSK DAN SIMPAN DALAM FREEZER JIKA INGIN MEMBUAT PAU GORENG INSTANT. ATAU KUKUS PAU DAN SIMPAN DLM FREEZER UTK PAU KUKUS INSTANT.

8. INTI PAU PILIHAN SEPERTI SAMBAL TUMIS, KACANG MERAH, KAYA, KELAPA MANIS, CHOC. DAN LAIN2.

9. ADUNAN AKAN LEBIH LEMBUT JIKA MENGGUNAKAN FOOD MIXER. PUTRI TAK GUNA PUN PAKAI KUDERAT TANGAN NI HAA ULI HEHEHE...AYUHH ULI2 ^_*..


SELAMAT MENCUBA!!!

SUMBER : KAK FIDA MYR




FOR THIS RECIPE

Sunday, 14 April 2013

ROTI GERMAN@ROTI KELAPA ALMOND

Laaa putri tak sedar ada beberapa resepi yg telah lama putri cuba tapi tak masuk dalam blog putri. Bila ada org komen kat pic tu baru sedar yg resepi ni tercicir laa pulak huhuhu. Gambar ni kalau sekali imbas mmg kompem org ingat kek tepi kenyataannya ni adalah ROTI yg gebu gebasnya ala2 kek gitu. Ishhh mengelirukan mata org tau ini roti hehe. Agaknya sbb putri potong cam ni kot org ingat potongan kek...yerr kerr??? hahahaha agaknyaa laa tu. Apa pun jgn tertipu ngan tipah ek jahat tau tipah muahahaha. Korg try laa buat...lembut dia sedap dia kan mainnnnn lagi hahhaha. Oklaa kita kerr resepi terus laa ek jom jom...
BAHAN-BAHAN ( 1 BIJI)

BAHAN ‘A
• 250G TEPUNG ROTI (HIGH PROTEIN)
• 1 BIJI TELUR GRED A (GRED B PUN OK GAK)
• 20G GULA KASTOR
• ¼ GARAM
• 100ML SUSU SEGAR
• 50G BUTTER
• 1 SUDU BESAR DRY YEAST

TOPPING
• 20G BUTTER(SUHU BILIK)
• 40G GULA HALUS
• 40G ALMOND SLICES
• 20G KELAPA KERING
• 30G BUTTER CAIR




CARA-CARA

1. MASUKKAN SEMUA BAHAN2 ‘A KE DALAM BREADMAKER. KALAU TAKDE BM TAKPE ULI TANGAN EK…ULI LAMA SIKIT TAU. PASTU KENA PERAP SELAMA 1 JAM SETENGAH.

2. BILA DAH SIAP KELUARKAN, BUANG ANGIN DAN BENTUKKAN BULAT. REHATKAN 10 MINIT.

3. CANAIKAN BIAR JADI SEGI EMPAT. SAIZNYA KECIL SIKET DARI DULANG OVEN. BIARKAN NAIK 2 KALI GANDA.

4. LEPAS TU CUCUK-CUCUKKAN DENGAN GARFU DAN SAPUKAN BUTTER(PD SUHU BILIK).

5. TABURKAN ALMOND, GULA DAN JUGA KELAPA KERING.

6. AKHIR SEKALI LETAKLAH BUTTER CAIR KE ATAS ROTI. SIAP UNTUK DIBAKAR. BAKAR PADA SUHU 170C SELAMA 20 – 25 MINIT. BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING.

7. BILA DAH SIAP BOLEHLAH POTONG KECIL-KECIL ATAU IKUT SELERA MASING2.


SELAMAT MENCUBA!!!!


SUMBER : FENDI MYR
OLAHAN : PUTERI MANJA




FOR THIS RECIPE


Saturday, 13 April 2013

MEE HAILAM

Assalamualaikum dan selamat pagi Isnin buat semua. Aduhaiii cepat betul masa berlalu dari hari jumaat lagi putri bz sikit mmg tka sempat nak masukkan resepi mee hailam ni. Mintak maaf sangat sbb hari baru sempat nak sharekan resepi. Hujung2 minggu biasa laaa dengan anak2 nak melayan dorg mmg bz tak abis. Anyway kalau guys cari kat internet apa jua masakkan atau juadah mmg melambak2. Tinggal nak pilih jerr...mana satu yg kita berkenan. Seperti makanan diatas ni ada jugak berbagai2 resepi dan macam2 bahan mereka gunakan. Putri terpaku dengan resepi simple maut yg terdapat kat blog Chef Kak Hanieliza kita yg dikenali ramai dengan masakkan2 beliau. Thks chef dah sudi share resepinya. Bahan2 yg dia gunakan cukup mudah dan my family sangat sukakan mee ni. Terutama sekali my dotter yg kecik tu...ntah berapa mangkuk dia makan. Balik2 dia tanya ada lagi tak mcm tak puas2 pulak dia makan. Kalau tengok dia makan kita yg dah makan ni pun jadi lapar balik hehehe. Mmg seperti tak kenyang2 perut dia laa...pundi makanan dia basau kot muahahaha. Anyway even my bujang sorg tu pun sempat gak bersuara tanya samada beli kerr buat. Wahhh dah bole buka warong camni kan huhu. Sesungguhnya my boy cakap mee ni lebih sedap dari mee sop katanyaa walaupun hahahaha. Apa pun mmg kenyataannya sedap. Pertama kali makan mee hailam jenis cam ni. Tak sure laa biasanya makan mee goreng hailam kot. Rata2 bila order kat sini tak pernah lagi rasa yg serperti putri buat ni. Alaaa pokoknya yah buuu enak ditanggung halal lagi hehehehe. Kalau sendiri buat PUASHATI makk kayoo kayooo dengan rencah2nya yg banyakk. Kalau beli mmg terkulat2 laa makan...siap baget lagi seafood yg dorg letak tu kita makan sikit2 sbb kalau ikot seafood yg dorg letak...makk aiii seketul dua jerr kan kan...pelokek muahahaha. Oh well baik kita buat sendiri laa ek. Ok laa apa kata kita pasang spy mak jemah pi tengok itu resepi ek.
BAHAN2NYA (HIDANGAN TUK 6-8 ORG)

- 1 KG MEE KUNING
- 2 IKAT SAWI DIPOTONG2
- 1 BATANG CARROT DIHIRIS
- 300 GM UDANG BUANG KULIT
- 500 GM DAGING DIPOTONG NIPIS DAN DIREBUS (AIRNYA JGN BUANG)
- 300 GM ISI AYAM DIPOTONG DADU
- 2 KEPING FISHCAKE DIHIRIS2
- 1 SUDU BESAR SERBUK LADA HITAM
- 5 SUDU BESAR KICAP PEKAT
- 6 SUDU BESAR SOS TOMATO
- 700 ML AIR REBUSAN DAGING
- 1 CUBE KNORR IKAN BILIS (PUTRI TAMBAH)
- SEDIKIT GARAM JIKA PERLU


BAHAN TUMIS

- 8 ULAS BAWANG PUTIH DITUMBUK
- 2 ULAS BAWANG KECIL DITUMBUK (YG NI PUTRI TAMBAH)
- 2 BATANG CILI MERAH DIHIRIS
- 6 SUDU BESAR MINYAK MASAK


BAHAN2 TABUR

- DAUN BAWANG DIHIRIS2
- SEDIKIT BAWANG GORENG
- TOMATO BIJI
*** CHEF LIZA GUNA LADA HITAM PUTRI GUNA SERBUK SO U GUYS BOLE JERR PILIH MANA NAK. NAK LETAK  LEBIH PUN BOLE. BAHAN2 RENCAH MENGIKOT PILHAN MASING2 BOLE JERR LETAK APA JUA SEAFOOD YG ANDA MAHUKAN. KUAH DIA KALAU NAK PEKAT LETAK SIKIT AIR OK. MANA2 BAHAN2 YG KALAU RASA KURANG BOLE TAMBAH SEPERTI SOS TOMATO, AIR ATAU KICAP. ***


CARA2NYA

1. PANASKAN MINYAK DAN TUMIS BAWANG PUTIH DAN BAWANG KECIL HINGGA GARENG.

2. MASUKK AIR DAN MASUKKAN BAHAN2 SEAFOOD KECUALI FISHCAKE. MASUKKAN JUGA CARROT, SOS TOMATO, KICAP PEKAT, CILI MERAH, SERBUK LADA HITAM DAN CUBE KNORR.

3. MASUKKAN GARAM JIKA PERLU. SETELAH MENDIDIH DAN SEMUA BAHAN EMPUK/MASAK, MASUKKAN SAWI DAN FISHCAKE. GAUL RATA DAN SIAP TUK DIHIDANG.


*** MEE KUNING DIJIRUS AIR PANAS. KITA TAK MAHU MEE KEMBANG DALAM KUAH SO ALWAYS ASINGKANNYA. BILA NAK MAKAN BARU SIRAM KUAH DIATASNYA DAN LETAK BAHAN2 TABUR. ***

SELAMAT MENCUBA!!!

SUMBER : CHEF HANIELIZA
OLAHAN : PUTERI MANJA




FOR THIS RECIPE

Thursday, 11 April 2013

OREO CHEESE CAKE

Ni laa dia kan sekali pandang mmg cak ais krem oreo gitu....tapi kenyataannya ni adalah kek ciss oreo. Hasil dari air tangan anak putri si Aini tu. Dia laa yg nak makan sangat cheese kek ni tau. Hari tu kami kerr Mac D dia siap order cheese kek for herself. Mmg kegemaran dia laa baik cheese kek yg ori atau cheese kek oreo semua dia suka. Dia suruh mama nya buat tapi mamanya buat dak jerr. Bukan apa benda yg putri tak makan mmg takkan putri buat tau. Kalau dapat merasa pun jadi laa tapi masalahnya langsung tak sentuh. Pernah laa masa dia order ari tu dia siap suh jamah TRY rasa....EEEiiiuuuu eeerrrhhh terkejam2 mata ni tegang leher putri tau muahahaha. Bukan kejam mata sedap tau tapi TEKAK tak bole terima. Rasa dia pelik laa pelik tak sedap wahahaha...perhaps I dont really enjoy cheese cake that much...rugi kan kan kan. Ekkk Eleeeehhh hahahahha ayat skemah laa pulak putri ni hahahaha. Tau laa rugi abis nak buat cam mana tekak ni tegang jerr makan ciss kek...yg tekak ni nakkan kek coklat haa yg ni langsung tak tegang leher...leher jinjang lagi tau ekekekeke apa jerr ishh. Anyway kalau kat MacD sepotong dijual dengan harga hampir $4 mahal kan. Haa buat sendiri muaiiii bangetttt!. Tu yg putri carikan resepi suh anak putri buat sendiri. Senang jerr nak buat...tengok tu sekali jerr anak putri cuba buat sendiri terus menjadi...walaaahhh dah bole jadi chef Ain kan huhuhu jgn pasan ek hahaha. Anyway Ain gd job sbb telah berjaya membuat oreo cheese cake dengan jayanya. So mama letak nama ain kat setiap pic yg ada ni...To be fair laa kan sbb bukan mama yg buat. Nampak mmg terliur tau tapi jgn harap putri nak rasa hehehe. Haa Ain makan laa puas2 sampai jemu. Silap2 nampak cheese kek terus signal NO MORE no more hahaha. Ok laa guys...putri tau banyak peminat ciss kek ni kan...apa kata u aollss try buat sendiri ek. Tak susah pun...kejap jerr dah siap. Jom laa semua kita gi petik resepinya kat atas pokok ek haha jom jom....

P.S  putri baru sedar yg resepi ni takde guna telur laa jimat sikit hahaha...apa pun berbaloi laa buat sendiri kan...^__^.


BAHAN2NYA (MENGGUNAKAN LOYANG 7")

BAHAN A OREO CRUSH

- 24 KEPING OREO BUANG KREMNYA DAN DITUMBUK HALUS
- 50 GM BUTTER DICAIRKAN


BAHAN B

- 500 GM CREAM CHEESE
- 150 GM GULA KASTOR
- 50 ML AIR PANAS
- 3 SUDU KECIL GELATINE
- 2 SUDU BESAR JUS LEMON
- 50 GM OREO DI CINCANG ATAU DITUMBUK KASAR


BAHAN C

- 200 ML WHIPPING CREAM NO DIARY (SWEET) DI PUKUL HINGGA KENTAL



*** SEKIRANYA TAK MAU CHEESE KEK TERLALU TEBAL BOLE BAGI 2 SUKATAN ASAL. SEMENTARA TUK CRUSH OREO REMAIN THE SAME AMOUNT TUK LOYANG 7" ***


NIE DIA CHEF AINI KITA YG SEDANG BZ HUA3...SAPA BERKENAN ISI BORANG EK HAHAHA APA JERR..

CARA2NYA

1. SATUKAN BAHAN2 A DAN GAUL RATA.

2. GRISKAN PADA BAHAGIAN BAWAH LOYANG SAHAJERR DAN MASUKKAN OREO. RATAKAN DAN TEKAN2 HINGGA MAMPAT ADUNAN OREO.

3. BAKAR PADA SUHU 180C SELAMA 10-12 MINIT BERGANTUNG PADA OVEN MASING2. SETELAH MASAK SEJUKKAN.

4. PUKUL BAHAN C HINGGA KENTAL DAN KETEPIKAN

5. BAHAN B, MASUKKAN GELATINE KEDALAM AIR PANAS DAN BIARKAN IANYA LARUT. SETELAH LARUT KACAU SEDIKIT.

6. PUKUL CREAM CHEESE BERSAMA DENGAN GULA HINGGA BERKREM. MASUKKAN GELATINE DAN GAUL KAUP BALIK HINGGA RATA.

7. MASUKKAN LEMON JUS DAN OREO. GAUL HINGGA RATA.

8. SATUKAN PULA WHIPPING CREAM DAN GAUL KAUP BALIK HINGGA SEMUANYA TERGAUL RATA. JGN SAMPAI ADUNAN CAIR PULAK YERR.

9. TUANGKAN ADUNAN INI KEATAS OREO CRUSH YG TELAH SEJUK TADI. RATAKAN DAN LETAK LAA BISKUT OREO SEBAGAI DECO DIATASNYA.


10. SEJUKKAN ADUNAN KEDALAM ESBOK SELAMA 4 JAM ATAU LEBIH. KALAU NAK LAGI SEDAP...SEBELOM MAKAN MASUKKAN DALAM FREEZER SELAMA 15 MINIT...HMM NYUM2...MCM LAA PUTRI YG MAKAN EK HEHEHE.


SELAMAT MENCUBA!!!

SUMBER : BAKING MUM
OLAHAN : PUTERI MANJA DAN AINI










FOR THIS RECIPE


Monday, 8 April 2013

ALMOND CINNAMON TWISTS PUFF PASTRY

Haa tu diaaa ber Twists pulak puff pastry ni tau. Alaaa putri terlupa laa nak roll kan dia dulu sebelum menggunakannya kasi dia leper sedikit so dia tak laa mengembang setaman cam ni hahahaha. Perhaps kalau gelekkan pastry ni dulu mesti dia memanjang jerr leher muahaha asal bole jerr tau mak ni buat ayat tau huhu tapi kenyataan cam tu laa sib baik mak twists dia habis2an terbelit2 berpintar2 ok. Then bila masak laaa dia cam nak mengeliat terbukak balik laa pulak hahahaha. Apa kess seyyy haa mungkin sbb lupa nak gelek dia kasi buang segala angin tu yg mengembang kot. Apa pun u guys jgn terlupa cam putri tau. Yg anak putri lak dia ni tak makan cinnamon...nyampas cerewet...haa dia tak tau pung dalam puff pastry ni ada cinnamon...shhhh dia makan LICINNN beb muahahahaha (gelak jahat gitu hahahaha). Dashyat tul dia makan tak sempat2 tanya dalam ada apa...selalu ek mama dia bingit ngan soalan2 yg hampeh betui hahahaha. Asal ada bawang tak makan...asal ada benda pelik2 tak makan..haaa AMACAM sedap kahhh ira ekekekekeke. Sedap kan kan sbb tu main makan tak tanya pun...huhu ku berjaya membuat dia makan benda yg dia tak suka hehehe. Anyway tak susah pun nak buat benda ni mudah sangat2. Cam kejap mata pun bole buat tau hua3. Ok laa apa kata kita terjun ke dapur putri kita selak apa resepinya ek...jom jom.


BAHAN2NYA (MENGHASILKAN 55-60 KEPING)

- 1 PAKET PUFF PASTRY YG KECIL (DALAM ADA 10 KEPING)
- 2 SUDU BESAR BUTTER/MARGERIN DICAIRKAN
- 4 SUDU BESAR GULA PASIR
- 1 SUDU BESAR SERBUK CINNAMON
- 2 SUDU BESAR SERBUK ALMOND




CARA2NYA

1. GRIS LOYANG DAN KETEPIKAN.


2. SATUKAN SERBUK CINNAMON, SERBUK ALMOND DENGAN GULA PASIR. GAUL RATA.

3. GELEK PUFF PASTRY SIKIT DAN SAPU BUTTER/MARGERIN YG DICAIRKAN TADI DIATASNYA.

4. TABURKAN CAMPURAN SERBUK CINNAMON TADI DIATASNYA DAN TEKAN2 SEDIKIT.

5. TERBALIKAN 5 KEPING PASTRY DAN CANTUMKAN/LEKATKAN/LETAKKAN 5 KEPING LAGI DIATASNYA SEPERTI DALAM GAMBAR. BERMAKNA DIATAS DAN DI BAWAH PASTRY ADA SERBUK CINNAMON. TEKAN2 SEDIKIT.

6. POTONG MEMANJANG PASTRY DAN TWISTS KANNYA SEPERTI DALAM GAMBAR. HUJUNGNYA TEKAN2 SEDIKIT SUPAYA PASTRY PUFF TAK TERBUKA.

7. BAKAR PADA SUHU 180C SELAMA 12-15 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2. BIAR GARENG SEDIKIT LAGI ENAK DIMAKAN TAU. JGN LUPA BUAT AIR PANAS SEKALI HEHE.


SELAMAT MENCUBA!!!

SUMBER : WOMEN'S WEEKLY BOOK
OLAHAN : PUTERI MANJA







FOR THIS RECIPE

Friday, 5 April 2013

HERSHEY PIE

Assalamualaikum dan selamat malam teman2 sayang. Maafkan sangat2 sbb lambat masukkan entry resepi putri ni. Bz sampai keletihan dan terlena siang tadi sampai termimpi2 tau hehehe. Anyway waktu cam ni laa baru putri free sikit dan dapat masukkan resepi kat blog putri. Ok citer pasal hershey ni ari tu putri ada kluar jalan2 nak cari kuali tu laa kuali apa lagi kalau bukan kuali diamond tu hahaha. Masih tak abis2 nak perkatakan ttg kuali diamond dari happy call ni. Nak buat mcm mana kan mme kehebatannya telah terbukti dan ternyata tiada kuali sebaik kuali diamond. Hari ni buat lempeng sikit pun tka pakai minyak sampai suami kata haaa lemping cam ni laa sihat!! selama ni tak sihat kot sbb banyaik minyak hahahaha. Apa pun korg harus dapatkan satu takkan nyesal punya dan korg akan berterimakasih kat putri sbb dah promote bilang korg tau hehe.

Sebelum berjalan2 cari kuali haa masa ni laa putri dan anak dara putri si Ain tu kita dok berhenti makan kat Burger King. Rasanya dekat bertahun2 jugak tak merasa hershey sundae pie kat sana tu yg kita makan. Haaa masa ni laaa dok belek2 tengok kotak tu apa ingredients. Then ain bersuara...."haa nak try buat laa tu" muahahahahahaha. Macam tau2 jerr dia mama dia nak cuba2 buat. Tu yg terhasilnya Homemade hershey pie putri ni. Kalau tengok kandungan dia tu ada letak cream cheese laaa fuhhh tak sangka pulak putri bole makan hahahahaha padahal mmg mak tak minat langsung nak makan cheese2 ni tau apa kess ni kan kan huhuhu. Yeay yeay...(ikot style kumpulan AMUK cakap...hahaha) putri tau makan cheese tapi SIKIT sajerr tau. Mmg sikit pun takde rasa cheese laa...u guys kena cuba tau. Serious wa cakap lu wa makan sampai jilat2 sudu...haa tak cukup laa tu kan huhuhuhu.  Then balik terus surf internet mmg takde pun resepinya kan. Kalau ada tutup kedai laa BK tu hahaha. Tu yg cuba2 try buat akan2 hershey pie tu. Surf sana sini dengan kombinasi dari banyak bahan maka terhasil laa ciptaan hershey homemade ni. Sungguh tak mengecewakan rasa dia yg begitu sedap dah hampir2 sama wahh gitu sekali seyyy hehehe. Apa pun jgn laaa mengharap sesuatu yg mustahil...berdepan dengna realiti...alaaa makan jerr laa kalau dah buat tu hahahaha. Caya laa cakap putri mmg korg kalau makan tak INGAT DUNIA punya hehehehe. Ok laa dok baca apa lagi tu gi laa cepat cari mata kail...nak buat apa?? laaaa nak pancing resepi laaa wahahahaha....jom jom.

BAHAN TUK COKLAT CRUST

- 150 GM TEPUNG GANDUM DIAYAK
- 60 GM GULA KASTOR
- 20 GM SERBUK KOKO HERSHEY DIAYAK
- 110 GM BUTTER YG SEJUK KERAS DIHIRIS2
- 1 BIJI TELUR YG KECIL DIPUKUL SEDIKIT




*** GUNAKAN LOYANG LOOSE BASE 9" YG DIGRISKAN DENGAN BUTTTER. TIDAK PERLU BAKING PAPER. PASTIKAN BUTTER DIKLUARKAN KETIKA NAK TIMBANG. MMG GUNA SEJUK2. DAPATKAN SIZE TELUR YG KECIL. SEKIRANYA ADUNAN LEMBIK BOLE TAMBAH SEDIKIT TEPUNG. ***


BAHAN2 1ST LAYER YG PUTIH

- 180 GM COKLAT PUTIH
- 4 SUDU BESAR AIR
- 1 SUDU KECIL RATA GELATINE
- 200 GM WHIPPING CREAM NON DAIRY (SWEET)
- 100 GM CREAM CHEESE


BAHAN2 2ND LAYER YG COKLAT

- 200 GM WHIPPING CREAM NON DAIRY (SWEET)
- 180 GM COKLAT HERSHEY ATAU COKLAT MASAK
- 4 SUDU BESAR AIR
- 1 SUDU KECIL RATA GELATINE

BAHAN2 TOPPING

- 50 ML WHIPPING CREAM NON DAIRY (SWEET)
- 50 GM COKLAT HERSHEY DICAIRKAN

CONTOH YG ADA TAK BANYAK SBB DAH KELAM KABUT SI AIN NAK RASA SANGAT PIE NI TENGAH MLM SMLM HUHUHU. SO YG ADA CUMA 4 GAMBAR JERR...JADI LAA KAN HEHE.

CARA2 CRUST

1. SATUKAN TEPUNG GANDUM, GULA DAN SERBUK KOKO. GAUL HINGGA RATA.

2. MASUKKAN BUTTER YG SEJUK TADI DAN RAMAS2KAN DIA SEHINGGA RATA. ADUNAN KELIHATAN BERHABUK2 LEMBUT.

3. MASUK TELUR DAN GAUL HINGGA MENJADI DOH YG LEMBUT TAK MELEKAT PADA MANGKUK. SEKIRANYA MELEKAT ATAU LEMBIK SIKIT BOLE TAMBAH HANYA SEDIKIT TEPUNG.

4. GRISKAN LOYANG LOOSE BASE TIN 9" DAN RATAKAN DOH DIDALAMNYA.

5. BAKAR ADUNAN PADA SUHU 180C SELAMA 15 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2. SETELAH MASAK DIBIARKAN SEJUK.

SUMBER: MARTHA STEWART
OLAHAN : PUTERI MANJA

CARA2 1ST LAYER

1. MASUKKAN GELATINE KEDALAM AIR DAN BIARKAN IANYA TENGGELAM SENDIRI DIDALAM AIR.

2. CAIRKAN COKLAT PUTIH SECARA DOUBLE BOILER ATAU MICROWAVE PUN BOLE. HATI2 JGN SAMPAI HANGUS PULAK.

3. SETELAH COKLAT CAIR ANGKAT DAN MASUKKAN GELATIN TADI KEDALAMNYA. GAUL RATA DAN KETEPIKAN.

4. PUKUL SEDIKIT CREAM CHEESE HINGGA LEMBUT. MASUKKAN WHIPPING CREAM KEDALAMNYA DAN PUKUL DENGAN KELAJUAN TINGGI HINGGA KENTAL BERTANDUK.

5. TUANGKAN COKLAT PUTIH KEDALAM WHIPPING DAN GAUL KAUP BALIK HINGGA RATA.

6. TUANG PULAK ADUNAN COKLAT PUTIH NI KE ATAS CRUST YG TELAH SEJUK TADI. RATAKAN ADUNAN DAN MASUKKAN KEDALAM PETI SEJUK BIASA. DIBIAR KERAS SEDIKIT LEBIH KURANG 30 MINIT.


CARA2 2ND LAYER


1. MASUKKAN GELATINE KEDALAM AIR DAN BIARKAN IANYA TENGGELAM SENDIRI DIDALAM AIR.

2. CAIRKAN COKLAT HERSHEY SECARA DOUBLE BOILER. SETELAH COKLAT CAIR ANGKAT DAN MASUKKAN GELATIN TADI KEDALAMNYA. GAUL RATA DAN KETEPIKAN.

3. PUKUL WHIPPING CREAM SEHINGGA KENTAL BERTANDUK DAN MASUKKAN GELATIN KEDALAMNYA DAN DIGAUL HINGGA BETUL2 RATA.

4. MASUKKAN ADUNAN KEDALAM PIPING BAG DENGAN NOZZLE SIZE 1B ATAU APA NOZZLE PILIHAN ANDA.

5. KELUARKAN ADUNAN YG TELAH SEJUK TADI DAN SEPERTI DALAM GAMBAR PICITKAN SEDIKIT2 ADUNAN COKLAT DIATASNYA MENUTUPI 1ST LAYER TADI. SIMPAN DALAM PETI SEJUK SEBENTAR SEMENTARA KITA SEDIAKAN TOPPING.

CARA2 TOPPING

1. CAIRKAN 50 GM COKLAT. 

2. DALAM BEKAS LAIN PUKUL WHIPPING CREAM HINGGA KEMBANG DAN MASUK DALAM PIPING BAG.

3. KLUARKAN ADUNAN TADI DAN PIPEKAN PULA W/CREAM HANYA BAHAGIAN KELILING TEPI DAN SEDIKIT DITENGAH2NYA SAHAJERR. LAST SEKALI LETAK COKLAT CAIR MENGGUNAKAN SUDU ATAU PIPING BAG.

4. SIMPAN DALAM FREEZER LEBIH SEDAP DAN TAHAN LEBIH LAMA SIKIT. NYUMMM NYUMMM SEDAPPP!!!


SELAMAT MENCUBA!!!

OLAHAN : PUTERI MANJA



FOR THIS RECIPE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...