Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Wednesday, 23 January 2013

ALMOND BISCOTTI

Haa yang ni pula almond. Selepas putri cuba buat pistachio putri buat almond lakk. Kalau yg terdahulu tu ada cranberry yg ni hanya kacang sahajerr. Almaklum dalam umah ni ada jugak yg tak reti2 nak makan buah tau huhu. Cranberry tu kan banyak khasiatnya tau....mengandungi vitamin c dan fiber serta antioxidant. Juga baik tuk urinary track infections. Mmg tak rugi makan cranberry try laa. Apa pun demi anak2 yg suka hanya kacang mama buat laa juga tuk dorg...alaa tuk mama jugak hehehe. Mmg teramat sedap biskut ni. Keranggupannya lak mmg tak terbaik. So u guys bole laa pilih yg mana nak cuba ek. Kacang tu bole jerr tukar pada jenis kacang pilihan anda tak semestinya badam atau pistachio. Apa pun pilihan anda yg pasti gerenti licin botol tu hehehe. Ok laa kita terus jerr kerr resepinya ek. Sama juga dengan yg pertama...cuma beza dari segi kekacangnya sahajerr. Apa pun kat sini ada panduan so not to wori ek hehe. Ok pantun sikit ek...buai laju2 sampai bukit tinggi(haa jgn main2 hanyun sampai bukit tinggi ok LOL)...apa sorok dalam baju kalau bukan resepi putri bagi muahahaha terlebih sudah huhu.


BAHAN2NYA

- 60 GM BUTTER LEMBUT
- 1 SUDU KECIL ESEN VANILA
- 200 GM GULA KASTOR
- 2 BIJI TELUR
- 260 GM TEPUNG GANDUM DIAYAK
- ½ SUDU KECIL BICARBONATE OF SODA
- 120 GM BAKED ALMOND



CARA2NYA


1. GRISKAN LOYANG.

2. BUTTER, GULA DAN ESEN VANILA DIPUKUL HINGGA SEBATI. ADUNAN AGAK BERDERAI2 SIKIT.

3. MASUKKAN TELUR SATU PERSATU DAN PUKUL HINGGA SEBATI.

4. MASUKKAN TEPUNG DAN GAUL RATA. AKHIR SEKALI MASUKKAN BADAM DAN GAUL RATA. 
BAHAGIKAN ADUNAN KEPADA 2 BAHAGIAN.

5. BENTUKKAN ADUNAN SEPERTI LOG DIDALAM LOYANG. SIKIT LEBIH KURANG AGAK2 DALAM 2" TINGGI DAN 8" PANJANG.
 SIMPAN ADUNAN DALAM PETI SEJUK (NOT FREZZER) SELAMA 20 MINIT.

6. KLUARKAN LOG DAN 
TABURKAN SEDIKIT GULA HALUS DIATAS LOG TADI DAN BAKAR PADA SUHU 170C SELAMA 20 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2.

7. ADUNAN DIBIARKAN SEJUK SENDIRI SELAMA 2-3 JAM.

8. GRISKAN LOYANG. DENGAN MENGGUNAKAN PISAU BERGIGI HIRIS2 ADUNAN YG TELAH SEJUK TADI. LEBIH KURANG 1CM LEBAR

9. BAKAR SEKALI LAGI PADA SUHU 160C SELAMA 15 MINIT ATAU HINGGA GARENG BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2.



SELAMAT MENCUBA!!!





FOR THIS RECIPE

Tuesday, 22 January 2013

PISTACHIO AND CRANBERRY BISCOTTI

Assalamualaikum dan selamat pagi. Dah sarapan kerr...putri lom lagi sarapan ni tau sbb nak masukkan resepi buat u aollss. Pagi2 ni haa dah ngadap lappy...sepatutnya smlm tapi kan tak sempat laa. Mana nak melayan raja dihati lagi kan hehehe. Biasa laa lagi pun sejak sekolah dah bermula ni kena laa tido awal sbb pagi2 dah kena bangun nak buat sarapan dan kerja2 rumah yg takkan pernah abisnya...huhu. So tu pasal laa nak masukkan apa2 entry kena tunggu masa sesuai...tapi tak laa tunggu lama...sehari jerr terbabas muahaha. Alaa lalink ku semua kan sangat baik hati setia menunggu putri dimana sajerr ek...yerr kerr tu hehe. Apa pun terimakasih banyak sbb tak putus2 menyokong putri. Dari awal pembukaan blog ni sampai laa hari ni teman2 semua tak pernah lupa nak visit blog putri...thks banget cayang ku semua. Haa kali ni putri nak share resepi biscotti pulak. Yup jenis cookies gak...tapi cookies ni kena bakar 2 kali. Pertama bakar lepas tu biarkan sejuk dan hiris2 then bakar lagi. Rasa dia punyaa laa ranggup dan mmg pastinya lazat...sesuai makan pada bila2 masa ok...tak yah tunggu raya pun bole makan hehe. Kacang yg digunakan pistachio so agak senang nak memotongnya. Putri ada buat kacang almond juga...yg tu nanti akan dishare selepas entry ni yerr. Almond agak keras sikit nak hiris kena hati2 tapi masih bole memotong dont wori cuma pisau harus tajam ok...guna pisau yg bergigi. Bukan gigi palsu kerr gigi betul ek muahahahahaha. Pisau pun ada yg bergigi gak. Agaknya pisau ni dah dewasa sbb tu ada gigi yg pisau lain tu pisau baby kot sbb takde gigi wahahaha apa jerr huhu. Oklaa sebelom putri melalut jauh ni jom laa kita layari bahtera menuju ke destinasi istana putri...haha. Jom jom...


BAHAN2NYA


- 60 GM BUTTER LEMBUT
- 1 SUDU KECIL ESEN VANILA
- 200 GM GULA KASTOR
- 2 BIJI TELUR
- 260 GM TEPUNG GANDUM DIAYAK
- ½ SUDU KECIL BICARBONATE OF SODA
- 110 GM ROASTED PISTACHIO POTONG KASAR2

- 120 GM DRIED CRANBERRIES

CARA2NYA


1. GRISKAN LOYANG.

2. BUTTER, GULA DAN ESEN VANILA DIPUKUL HINGGA SEBATI. ADUNAN AGAK BERDERAI2 SIKIT.

3. MASUKKAN TELUR SATU PERSATU DAN PUKUL HINGGA SEBATI.

4. MASUKKAN TEPUNG DAN GAUL RATA. AKHIR SEKALI MASUKKAN PISTACHIO DAN CRANBERRIES...GAUL RATA. 
BAHAGIKAN ADUNAN KEPADA 2 BAHAGIAN.

5. BENTUKKAN ADUNAN SEPERTI LOG DIDALAM LOYANG. SIKIT LEBIH KURANG AGAK2 DALAM 2" TINGGI DAN 8" PANJANG.
 SIMPAN ADUNAN DALAM PETI SEJUK (NOT FREZZER) SELAMA 20 MINIT.

6. KLUARKAN LOG DAN 
TABURKAN SEDIKIT GULA HALUS DIATAS LOG TADI DAN BAKAR PADA SUHU 170C SELAMA 20 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2.

7. ADUNAN DIBIARKAN SEJUK SENDIRI SELAMA 2-3 JAM.

8. GRISKAN LOYANG. DENGAN MENGGUNAKAN PISAU BERGIGI HIRIS2 ADUNAN YG TELAH SEJUK TADI. LEBIH KURANG 1CM LEBAR

9. BAKAR SEKALI LAGI PADA SUHU 160C SELAMA 15 MINIT ATAU HINGGA GARENG BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2.



SELAMAT MENCUBA!!!






FOR THIS RECIPE

Monday, 14 January 2013

SWISS ROLL ICE-CREAM CAKE WITH STEP BY STEP PUTRI STYLE

Assalamualaikum dan selamat malam teman2 semua. Sekejap jerr smlm telah pun berlalunya Anniversary putri. Kali ni kami memilih restaurant 1 MARKET by CHEF WAN tuk celebrate our Anniversary. Mula2 melangkah lalu didepan restaurant tu nampak cam Oooh ok ni tempatnya then bila melangkah masuk pulak...WOW sangat menarik cantik dan selesa. Sempat juga snap2 sana sini. Semasa kami dibawa masuk dan diarahkan ke meja kami...haa masa tu laa putri tangkap gambar sambil berjalan sambil petik. Kami antara yg terawal masuk dulu so tak padat dengan org ramai lagi. mmg senang nak amik makanan pun. Ni kerana kami dah tempah tempat terdahulu. Kalau walk in pun bole tapi tu laa kena tunggu semua yg dah tempah tu masuk dulu baru laa layanan diberi kepada yg walk in.
Putri lak masa sambil jalan menuju kerr tempat duduk ternampak laa pulak satay yg menjadi kegemaran ku sejak tahun jepun lagi muahahaha over2. Tapi betui ni tau...mmg pantang nampak satay dan nasib baik laa putri cepat2 amik dulu satay. Bila patah balik nak amik minuman lalu kat depan meja satay tu...fuyyoooo tak berapa minit dah licin kena sapu. Tu pun org masih belom penuh lagi masih tunggu giliran. Kami dah start roda2 cari makanan lain. Yg paling putri tabik spring adalah KERABUnya. Putri tak berapa minat sangat laa kat kerabu2 ni...bukan apa sbb ianya dimasak mentah tanpa menumis so mmg tak pandai makan. Nak kata lidah barat pun tak jugak hehehe. Mana2 pegi pun tetap cari nasi...org makan yg mahal2 putri makan nasi apa kerr seyy huhuhu. Bercakap tentang kerabu chef wan ni....alahaiiii sedapnya sampai nak ulang dan ulang lagi memakannya. Putri yg tak reti dan tak berapa suka makan kerabu pun bole terpikat dengan kelazatannya. Tak sure apa bahan yg dia letak tapi ternyata kerabu suun sangat2 memikat tekak putri. SECUKUP rasa..mmg perfect laa pada putri. Selain tu bab kuih muih dia...thumbs up terbaik sangat2. Ketayap yg lembut mulus plus inti yg enak juicy. Then goreng keledek dia....OOOO myyy putri tak bole stop makan huhu. Dah tu makan pulak samosa dan popiah gorengnya dengan sos cili homemade chef wan...wow!!!! mmg tak terkata laa terasa rempah ratus yg digunakannya. Sampaikan sayur2annya begitu juicy sekali. Putri dapat juga merasa air cendolnya yg ummph!! Rojaknya pulak aduhh sudah cukup menawan hati ni yg pasti akan kembali ke sana lagi TU PASTI!!! Nasi kunyit dia powerr...tak payah ada lauk pun bole makan gitu. Ayam masak lemak cili api dia pulak mmg tempting laa simple tapi rempah ratus cam biasa mmg terasa sangat!!! Haa apa kata kalau u guys nak tau lebih lanjut bole laa menelefon talian restaurant 1 Market ni...nanti putri letakkan kat sini ek.

Oppss panjangg laa pulak celoteh putri pasal tempat makan smlm hehe sori ek...ok sekarang nak citer sikit pasal kek putri lak...tapi sebelom tu nak ucapkan TERIMAKASIH YG TAK TERHINGGA pada teman2 yg tak putus2 beri ucapan tahniah dan doa2 buat putri...terharu sangat2 thks semuanya atas kesudian teman2 cayang tuk tinggalkan komen dalam ruangan fb putri...sekali lagi terimakasih banyak2 yerr...sayang u guys semua. Haaa guysss nak tau masa putri tanya u aollss kek apa nak buat masa tu laa dok surfing2 net ni...then kan kan kan...putri terus terbeliak mata bila ternampak kek ni kat net. So apa lagi terus klik dan layari blog org tu tapi sedeyynyaa dia hanya kasi cara2 nak letak ais krem dalam tu resepi keknya takde huhu. So putri sekali lagi dok roda2 cari pulak resepi swiss roll. Fuhh mcm2 resepi ada tapi putri memilih resepi swiss roll dari CHEF Shireen Anwar. Putri suka resepi beliau sbb telurnya tak perlu diasingkan dan hasil serta kejadian keknya MABELES yahhh ampunnn. Lembut teramat sangat...yg bestnya satu pun kek putri tak patah tau..sukanyaaa makk laa hehe. Guyss putri ada sertakan cara2 nak mengulung kek supaya tak patah insyaAllah...kalau patah juga aduhh ni maknanya tangan tu nak kena cubit ngan putri ni tau ekekeke. Resepi asal dia buat coklat swiss roll so putri ada ubah sikit sbb nak letak warna lain. Oklaa jom kita selongkar dapur putri ek..jom jom...



BAHAN2 SWISS ROLL PLAIN

- 4 BIJI TELUR SIZE A
- 110 GM GULA KASTOR
- 1 SUDU KECIL ESEN VANILA
- 90 GM TEPUNG GANDUM DIAYAK
- SEDIKIT PEWARNA PILIHAN


*** PERHATIAN YERR...BERGANTUNG KEPADA LOYANG YG ANDA GUNAKAN DAN MANGKUKNYA SEKALI SO HASILNYA MUNGKIN TAK SAMA BANYAK. PUTRI GUNAKAN LOYANG KECIL 7 X 9½ DAN DAPAT 3 GULUNG COMEL2. CUKUP TUK MENUTUPI RUANGAN TEPI2MANGKUK...SEMENTARA RUANGAN ATAS TAK CUKUP SO PUTRI GUNAKAN KEK COKLAT YG SEDIA ADA TU. PERHAPS NAK KENA PAKAI MANGKUK KECIL SIKIT BARU CUKUP. SO KALAU U GUYS PAKAI MANGKUK AGAK BESAR SIKIT KENA LAA BUAT 2 ADUNAN YERR. ***

CARA2NYA

1. SATUKAN TELUR, GULA DAN ESEN VANILA. PUKUL DENGAN KELAJUAN TINGGA HINGGA ADUNAN MENJADI KEMBANG KEPUTIHAN SELAMA 5-7 MINIT. PASTIKAN IANYA BENAR2 KEMBANG PEKAT.

2. AYAKKAN SEKALI LAGI TEPUNG + KOKO KEDALAM ADUNAN TELUR TADI. KACAU KAUP BALIK DENGAN SENDUK ATAU SPATULA SEHINGGA RATA.

3. BAHAGIKAN KEPADA DUA BAHAGIAN DAN LETAK WARNA PILIHAN ANDA.

4. PUTRI GUNAKAN LOYANG KECIL 7'' X 9½''. GRISKAN LOYANG DAN LETAK BAKING PAPER.

5. MASUKKAN ADUNAN DALAM PIPING BAG NI NAK PASTIKAN SUPAYA KEKNYA SAMA TEBAL. PIPEKAN KEDALAM LOYANG TADI SAMA BANYAK.

6. BAKAR KEK PADA SUHU 190C SELAMA 8 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2. INGAT YERR JGN SAMPAI TEROVER BAKE NANTI DIA KERAS SUSAH NAK GULUNG. AGAK2 TEPI DIA MENGECUT JERR DAH BOLE ANGKAT.


SELAMAT MECUBA!!!


*** DIBAWAH NI ADA BEBERAPA GAMBAR STEP BY STEP CARA2 NAK MENGGULUNG KEK DENGAN SEMPURNA...SAKSIKAN YERR ***

TUK SAPUAN PADA KEK PULA PUTRI GUNA COKLAT GANACHE


- 100 ML WHIPPING CREAM
- 170 GM COKLAT MASAK
- 1 SUDU BESAR MADU


MASAK BAHAN2 SECARA DOUBLE BOILER SEPERTI BIASA.

TUALA TU TABURKAN SEDIKIT GULA TEPUNG ATAU GULA KASTOR THEN BARU LETAK KEKNYA.

GULUNG KEK SEMASA LAGI PANAS2 DAN GULUNG SEKALI DENGAN TUALANYA DAN DIBIARKAN SEJUK. SETELAH SEJUK BUKA KAIN GULUNGANNYA DAN PIPEKAN GANACHE. RATAKAN DENGAN SPATULA DAN GULUNG SEMULA. MASA NI AGAK MUDAH NAK GULUNG SBB DAH ADA PATTERN GULUNGNYA. CUMA PERKEMASKAN DAN KETATKAN GULUNGAN.

DAH GULUNG BALUTKAN DENGAN BAKING PAPER DAN SIMPAN DALAM PETI SEJUK SELAMA SEJAM ATUA LEBIH. SEMENTARA TU KITA BUNGKUS MANGKUK KITA. ALASKAN PLASTIK CLING DIPERMUKAAN DALAM MANGKUK. AGAK SUKAR SEDIKIT. PASTIKAN TEPI2 MANGKUK DI TEKAN2 DAN PLASTIKNYA MELEKAT DITEPI MANGKUK. SETELAH SEJAM POTONG2 KEK DAN SUSUN DITEPI2 MANGKUK SEPERTI DALAM GAMBAR. TEKAN2 SEDIKIT DAN PASTIKAN SETIAP RUANG KOSONG DITUTUPI DENGAN KEK GULUNG. DISEJUK BEKUKAN SELAMA 1 JAM. (YUP DALAM FREEZER)


KELUARKAN KEK DARI PETI SEJUK BEKU DAN CEPAT2 MASUKKAN AIS KREM PILIHAN ANDA DAN SAPU RATA DITEPI2NYA. KALAU NAK SEPERUH VANILA DAN SEPRAUH COKLAT PUN BOLE SEPERTI DALAM GAMBAR KEK COKLAT PERTAMA YG PUTRI CUBA BUAT. TERPULANG LAA. THEN AKHIR SEKALI MASUKKAN AIS KREM COKLAT DAN TUTUP ATAS AIS KREM COKLAT DENGAN LAPISAN KEK LAGI. PASTIKAN SEMUA RUANG DITUTUPI KEK. SEJUK BEKUKAN KEK SELAMA BEBERAPA JAM SEBELOM DIHIDANG.
SEPERTI GAMBAR DIBAWAH INI KEK COKLAT PERTAMA PUTRI...1ST TRIALTAK BERAPA CANTIK DAN SANGAT TIDAK SESUAI MENGGUNAKAN WHIPPING CREAM SBB IANYA MUDAH CAIR DENGAN CEPAT DAN TIDAK BEKU SEPENUHNYA.

TUK RESEPI KEK GULUNG COKLAT BAHAN2NYA


- 4 BIJI TELUR SIZE A
- 110 GM GULA KASTOR
- 1 SUDU KECIL ESEN VANILA
- 80 GM TEPUNG GANDUM DIAYAK
- 30 GM SERBUK KOKO DIAYAK

CARA2NYA SAMA DENGAN YG DIATAS.





P.S bagi yg belom pernah tengok video atas tu...sudi2kan laa tengok video kat atas ni ek...video tunang dan perkahwinan putri but all pics laa hehehe ~_*


FOR THIS RECIPE

Monday, 7 January 2013

CRISPY ALMOND STICKS

Aduhaiii teman2 sori sangat2 terlewat sikit...maklum laa banyak sangat hal kena settlekan dulu. Ni pun putri secepatnya gi edit gambar pastu masukkan kat sini. Mesti ramai yg dah tak sabar2 nak mencuba resepi terbaru ni kan. Lama dah putri duk cari resepi nak buat stick ni tapi tak jumpa laa hampa seyy. Then putri buat keputusan nak cuba resepi yg sedia ada yg pernah putri buat sikit masa dulu resepi dari Yani tu. Cuma kali ni ada sedikit kelainan yg putri tambah dari resepi yg ada tu. Sesuatu yg baru buat putri....so kalau tak menjadi mmg tak share laa hehehe ni sbb menjadi laa putri share tau. Mmg terbaikk setelah di uji kaji oleh putri sendiri ok. Bila dah masak makan tu jam jugak mmg TERANGKAT punggung wa cakap lu hehehe....lagi pun apa hasil kalau putri bedek kan kan huhu. Ni kan Dah macam beli stick coklat kat kedai tau..kalau tak caya cer try buat...mesti nanes2 makan stick ni punya siap sebut2 nama putri lagi tau muahahaha...kes kronik dah ni hahaha. Anyway peringatan yerr...bakar adunan ni lama sedikit biar agak kecoklatan sedikit. Kalau kurang bakar nanti dia tak gareng dan ranggup. Asal jgn hangus dah lerr.  Ok laa tak mau citer panjang lebar ek kita terus mendaki gunung gi cari resepinya...jom panjat gunung sama2...yukkk.


BAHAN2NYA

- 1 BIJI TELUR GRED A
- 40 GM BROWN SUGAR
- 60 ML SUSU SEGAR
- 25 GM BUTTER DICAIRKAN
- 230 GM TEPUNG GANDUM DIAYAK
- ½ SUDU KECIL BAKING POWDER
- ½ SUDU KECIL BAKING SODA
- SECUBIT GARAM
- 30 GM ALMOND DICE DIBAKAR SEBENTAR



CARA2NYA

1. SATUKAN BAHAN2 KERING DAN KETEPIKAN. TAK PERLU GAUL.

2. PUKUL TELUR DAN GULA HINGGA PEKAT KEMBANG DENGAN KELAJUAN TINGGI.

3. MASUKKAN BUTTER DAN SUSU. GAUL HINGGA RATA DENGAN SUDU. TAK PERLU KAUP BALIK JUST KACAU RATA.

4. MASUKKAN PULA BAHAN2 KERING TADI DAH ULI HINGGA MENJADI DOH LEMBUT. ADUNAN YG MELEKAT PADA TANGAN DIKUPAS2 DAN DIBERSIHKANNYA.

5. TABUR HANYA SEDIKIT TEPUNG KEDALAM ADUNAN DAN ULI SEKALI LAGI.

6. MASUKKAN ADUNAN KEDALAM PLASTIK BERUKURAN 8"X12" DAN CANAI TIPIS SEPERTI DALAM GAMBAR.

7. MASUKKAN DOH YG TELAH DICANAI KEDALAM ESBOK (BUKAN FREEZER OK) SELAMA 1 JAM.

8. SETELAH ADUNAN AGAK KERAS SEDIKIT GUNTING PLASTIK SEPERTI DALAM GAMBAR DAN POTONG MEMANJANG ADUNAN SELEBAR ¼ INCI MENGGUNAKAN PISAU YG TAJAM. BUAT CEPAT2 SBB ADUNAN MUDAH LEMBIK (LEMBUT).

9. SETELAH POTONG2...PISAHKAN ADUNAN DIANTARA SATU DENGAN YG LAIN. KALAU TAK BOLE PISAHKAN MASUKKAN SEMULA KEDALAM PETI SEJUK SELAMA 10 MINIT DAN PASTINYA BOLE PISAHKAN ADUNAN INI.

10. SAMBIL MENARIK SEDIKIT DAN PINTAL2KAN ADUNAN NI. SUSUN DLM LOYANG DAN BAKAR PADA SUHU 180C SELAMA 15 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2. SEJUKKAN IA SEBELOM MENCELUPNYA KEDALAM NUTELLA.



SELAMAT MENCUBA!!!


DI BAWAH NI ADA BEBERAPA GAMBAR STEP BY STEP CARA MEMBUAT STICK INI. SELAMAT MENCUBA SEMUA...













FOR THIS RECIPE

Friday, 4 January 2013

TEPUNG GORENG CEMPEDAK RANGGUP

Yaaa ampunnn lama betul laa tak makan cempedak tau. Nak mendapatkannya pun susah ikot musim. Kadang ada kadang pun tak berapa elok...huhu. Ni kebetulan ada yg kasi banyak pulak then masyaAllah manis2 belaka semanis diri ku ini muahahaha terlebih sudah hehehe. Sedapnya cempedak tu terletak pada kemanisan isinya. Kadang tu harap bau jerr lebih tapi rasa hampeh betuii. then kalau dapat isi dia yg kuning2 fuyyoooo manisnya tak terkata...semut pun nak tumpang sekaki gak merasanya tau hahaha. Seriously bau cempedak mmg memanggil2. Dah berapa hari dah hubby tlg kupas simpan dalam peti sejuk. Baru hari ni terlaksana nak mengorbankan cempedak ni. Haa resepinya lak putri lama dahhhhh simpan. Bertahun2 ku pendam hasrat nak mencubanya....tahun 2013 baru terlaksana...DAHSYATTT betuiii hasrat putri kan kan. Bila mana dah mencubanyaa....yaa adoiiii doii doii....tak sampai 5 minit hubby putri dah ngap lebih dari 10 ketul!! Fuhhhyooo sedap sangat laa tu kot ngeee. Putri lakkk makk oiiii oii oii....muahahahaha ketawa dulu huhu...mak sendiri pun tak tahan nak makan panas2 ok....sedar tak sedar kami berdua dah menghabiskan sepinggan cempedak (kerr 3 pinggan ek wahahaha). Alaaa hujan2 cam ni biasa laa kann lapo dia lain macam sikit...sampai pinggan yg bau cempedak pun kalau bole nak makan jugak muahahaha. Ok laaa nak mo banyak2 membebel laa simpan tuk mlm ni nak membebel ngan hubby dan anak2 lakk hahahaha. Thks to Hairul diatas perkongsian resepinya...terbaikkk wok!!! jom laa kita gi lihat resepinya ek...jom jom.


BAHAN2NYA

- 2 CAWAN(200ML) TEPUNG BERAS DIAYAK
- 1 CAWAN TEPUNG GANDUM DIAYAK
- 1 SUDU KECIL BAKING POWDER DIAYAK
- 1 SUDU KECIL GARAM@SECUKUP RASA
- SEDIKIT PEWARNA KUNING
- 5 SUDU BESAR SANTAN PEKAT(SANTAN KOTAK)
- 1 BIJI TELUR
- 240 ML AIR
- 2 SUDU BESAR MAJERIN DICAIRKAN DAN DISEJUKAN


CARA2NYA


1. CAIRKAN MAJERIN DAN DIBIARKAN SEJUK.

2. SATUKAN SEMUA BAHAN2 DIATAS KECUALI MAJERIN DAN GAUL RATA DENGAN MENGGUNAKAN TANGAN JERR.

3. ADUNAN HENDAKLAH BENAR2 PEKAT. DENGAN SUKATAN AIR YG PUTRI BAGI ADUNAN TAK PERLU TAMBAH APA2 LAGI...TAPI SEKIRANYA ADA KEKURANGAN BOLE LAA TAMBAH MANA2 YG PATUT.

4. AKHIR SEKALI MASUKKAN CAIRAN MAJERIN YG TELAH SEJUK TADI KEDALAM ADUNAN. GAUL HINGGA RATA. SIAP TUK GICELUP DAN DIGORENG.



SELAMAT MENCUBA!!!






FOR THIS RECIPE

Thursday, 3 January 2013

BUKU MASAKKAN MARTHA STEWART'S COOKIES

Pertama sekali nak ucapkan sebanyak2nya terimakasih pada my dearest sista yg jauh dimata tapi dekat dihati diatas pemberian buku masakkan ni. Bukan 1 tapi 3 buku plus measuring spoons and measuring cups. Putri tak sangka laa pulak dia akan sent semua ni buat putri....terharu sangat2...sampai tak terkata dibuatnya.Yg Keduanya mohon teman2 sayang tlg doakan yg terbaik buat adik putri yg bernama Ijan ni moga dia cepat sembuh. Dia baru jerr menjalani pembedahan bypass minggu lepas. Sekarang dalam process penyembuhan. Doakan yerr moga dia diberi kekuatan melalui semua dugaan ini dengan redha dan semoga dia cepat sembuh. Putri jugak memohon kepada yg Maha Esa semoga Ijan diberi ketabahan dan kesabaran dengan ujian ini dan moga diberi kesembuhan dengan segera hendaknya...amin2. Pada teman2 yg mendoakan...terimakasih banyak2 yerr...moga Tuhan sajerr yg dapat membalas kebaikkan anda semua. 

Ok Bercakap pasal buku ni...mmg buku martha ni jadi pujaan putri dari sejak putri ikoti rancangan dia. Cara dia masak simple jerr nampak cam senang jerr laa. I just luv the way dia adunkan masakkan dia tu. Kalau dah tengok rancangan dia...tak berganjak dari tempat duduk putri tau. Ni bila dah dapat dalam tangan lagi...berpinar2 mata. Banyakkkkk betul resepi yg terdapat dalam buku cookies ni. Lebih kurang dekat 200 resepi didalamnya. Tak terbuat semua ni tau hehehe. InsyaAllah putri akan share sedikit sebanyak resepi yg menjadi pilihan putri nanti ek. Putri kena kaji dulu banyak buku2 resepi yg tak terbuat lagi ni tau semuanya ikot pada selera mata putri dulu...then tengok pada bahan2...kalau yg mudah haa ko tu jam jugak gi buat hihi. Oklahh jom kita belek2 sebahagian gambar2 biskut yg terdapat di dalam buku ini...














Wednesday, 2 January 2013

WANTAN GORENG WITH HOMEMADE SOS CILI

Assalamualaikum semuanya....diam tak diam dah pun masuk hari ke dua tahun 2013 ni kan. Kejap jerr masa berlalu dengan begitu pantas sekali. Banyak kenang terindah 2012 yg kita semua sudah lalui kan...moga tahun 2013 akan lebih baik dari tahun2 yg sudah..insyaAllah. Beberapa hari lalu tak sempat nak share resepi ni kat u guys tau. Cam biasa laaa spending quality time with family. Bukan selalu dapat sama2 off kan...then dengan masing2 ada hal tu laa hal ni laa kan kan. So bila terkena semua FREE...haa kita pun amik peluang ni pegi laa jalan2 geledah2 mall kan. MasyaAllah punya laa ramai org aduhhh sesak maut dia buatnya huhu. Sampai putri pun tak tau lokasi mana yg putri jalan. Fuhhh pening LALAT kejap hahaha. Seriously kalau terlalu banyak org...mmg kepala agak pusing sikit laa sbb yg bergerak kehulu kehilir cam tak stop2 tu yg mabok sibok mak tau hehehe. Anyway mak tetap hapi sbb jalan2 bersama keluarga semua. Siap tengok bungi api sama2 lagi tau. Kita amik spot yg BAIK punyaaa hehehe. Mmg indah betul bungi api ek...Tapi kejap sangat laa brapa minit jerr hmmm. Kalau 10 minit kan best hihi. Then hari ni mesti banyak ibu2 yg sedang sibok melayan anak2 yg mula bersekolah pada hari pertama hari ni. Terutamanya kalau anak2 tu masuk darjah 1. Tak tau laa tapi prihatinnya lebih sikit kan kan...biasa laa putri dah lalui so tau laa rasa dia cam mana kan...mmg concern gilerr hehe.

Oklahhh hari ni putri nak share resepi wantan goreng putri style hehe. Wantan(wonton) ni ada berbagai2 resepi..ada sup dan ada juga yg goreng. Putri so far hanya makan yg goreng sajerr tau huhuhu. Yg sup tu tak biasa laa...putri suka yg bercili2 gituu tak laa pedas mana pun tapi tetap suka yg goreng2. Kalau kat restaurant mahal benda ni $10 berapa ketul jerr tau. Haa nak puas buat sendiri dan letak jerr inti apa yg kita suka. Ayam kerr daging kerr ikan kerr sotong atau pun udang....semuanya terpulang pada tekak kita masing2. Yg penting wanton ni laku pada bila2 masa kita buat. Ada juga yg putri pernah makan dorg buat pakai kulit popiah...pun bole juga. Memandangkan dalam umah ni tak semua suka kan isi udang so putri buat laa daging bercampur dengan tahu...haa nak tau resepinya...ayuhhh kita selam lautan dalam istana putri ok jom jom...


BAHAN2NYA (MENGHASILKAN 40-50 KEPING)


- KULIT WANTAN(WONTON)
- 2 KEPING TAHU YG BESAR
- 300GM DAGING CINCANG
- 1 BATANG CARROT CINCANG HALUS
- SEDIKIT DAUN SOP/DAUN BAWANG DICINCANG HALUS
- 1 SUDU BESAR CILI PASTE(RESEPINYA KLIK SINI...BAHAGIAN BAHAN2 KISAR) ATAU 1 BATANG LADA MERAH DICINCANG HALUS
- SEDIKIT SERBUK LADA PUTIH
- 1 BIJI TELUR
- 1 SUDU KECIL GARAM@SECUKUP RASA
- 1 SUDU BESAR TEPUNG JAGUNG




CARA2NYA

1. SATUKAN SEMUA BAHAN2 DIATAS DAN LENYEK2KAN SUPAYA TAHU HANCUR DAN BERGAUL RATA.

2. KEPAL2 ADUNAN MENJADIKAN IA SEPERTI BEBOLA. BUAT SAMPAI HABIS.

3. PECAHKAN 1 BIJI TELUR, KOCOK SEDIKIT DAN CELUPKAN BEBOLA TADI KEDLMNYA. GORENG BEBOLA SEHINGGA KEKUNINGAN DAN TOSKAN MINYAKNYA.

4. SEDIAKAN AIR YG DIBANCUH DENGAN SEDIKIT TEPUNG GANDUM TUK SAPUAN DISEKELILING KULIT WANTAN.

5. MASUKKAN BEBOLA TADI DITENGAH2 DAN SAPU SEKELILING DENGAN AIR. LEKATKAN MENUTUPI BEBOLA TADI. GORENG BEBOLA DENGAN MINYAK YG BANYAK.


SELAMAT MENCUBA!!!



TUK RESEPI HOMEMADE SOS CILI KLIK SINI



FOT THIS RECIPE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...