Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Tuesday, 30 October 2012

LAKSA LEMAK SINGAPORE

Bila tiba waktu ptg jerr mmg kita org pompuan ni mesti ke dapur buat juadah kan. Tak kira laa mee gorang kerr mee sop kerr...roti telur kerr aduhhh fav putri tu tau... lapo laa pulak sebut2 pasal makan ni huhu. Apa pun yg kita masak yg pastinya tuk family tersayang yerr tak. Kalau takde org nak makan buat apa nak masak...buat penat jerr tau. Kita kalau masak family semua makan sampai jilat pingan dan meja takpe juga senang hati senyum sampai kerr telinga dibuatnya tau hehehe. Putri nak citer ni haa ptg smlm tetiba teringin sangat nak makan laksa. Dari hari tu lagi dah nak try masak laksa lemak spore tapi tapi tak sempat2 jugak. Bahan semua dah siap beli..tunggu masa sesuai jerr nak buatnya. Masa hari ahad aritu ingat nak buat pun tak jadi sbb ada jemputan...tau2 kat jemputan pun ada masak laksa lemak laaa woohooo terus makan tak toleh kiri kanan lagi tau. Makan pun kes telan2 jerr hahhaha cam ular laa pulak main telan2...huhu. Bukan apa mee laksa tu lembut dan licin...tak yah kunyah pun bole perr hehehe. Alaaa banyak mana kan kita makan kat majlis org...mangkuk dia anak jerr(kecil)hehehe. Tu yg membuak2 nak try buat jugak2. Then smlm tu laa keinginan melompat2 melonjak2 nak makan laksa lemak. Haa tu yg masak tu. Ni laa pertama kali putri cuba masak laksa. Mmg tak pandai masak laksa u...mak tau nya mamam jerr. Kat sini laksa lemak sangat popular. Ada yg panggil laksa nyonya. Bukan nyonya MANSUR ek bukan2 hahahaha. Terdapat belbagai rasa dan resepi tuk buat laksa lemak ni. Putri terpaku dengan satu resepi yg sungguh mewah dengan bahan2 berbanding yg lain. Yg lain tu ada yg simple tapi putri ni jenis suka bayangkan kandungan bahan2 yg digunakan tau. Tu yg terpikat kat resepi tu. So far takde sapa pun yg feedback kat page tu atau tanya apa2 soalan yg menyebabkan mungkin org takot nak mencubanya. Mungkin posing gambar tu kena maut sikit kot baru org cam wuuuu waaa nak try laa haa gitu hehehe. Org kita biasa laaa kalau page tu banyak yg feedback dah try buat dan kata sedap gerenti yg lain2 akan ikot nak mencubanya. Actually putri pun sama gak hahaha. Well sekarang dah pandai sikit memasak so tak perlu baca feedback sbb putri dah bole agak hasil yg mcm mana ia akan terjadi nanti...wahhh nujum mak belalang laaa pulak putri ni muahahahaha. Oh yahhh THKS to Shimanoor yg dah sudi share resepi lazat ni. Walaupun belom ada yg mencubanya....bagi putri resepi u mmg SUPER terbaik!!! Dah rasa cam makan kat kedai tau. Seriously tekak ni rasa cam makan kat Banquet...sama seyyyy hehehe. Sekarang putri abadikan resepi ni dalam blog putri sebagai bahan rujukkan. Ok laa jom kita telek bahan2 dia ek jom jom...



BAHAN2 KISAR (8 -10 ORG MAKAN)


- 25 TANGKAI CILI KERING

- 1 INCI LENGKUAS
- 1 INCI HALIA
- 3 INCI KUNYIT HIDUP
- 8 BATANG SERAI
- 3 BIJI BUAH KERAS (PUTRI TAK PAKAI PUN)
- 5 BIJI BAWANG PUTIH
- 12 BIJI BAWANG MERAH KECIL
- 2 BIJI BAWANG BESAR
- 60 GM UDANG KERING
- 60 GM IKAN BILIS
- 2 SUDU BESAR UDANG GERAGAU KERING
- SEDIKIT BELACAN



BAHAN2 LAIN
- ½ KG UDANG SEGAR DIREBUS DENGAN 2 LITER AIR 
- 800 ML SANTAN PEKAT
- 400 ML SANTAN CAIR
- ½ TIN SUSU CAIR
- 1 KIUB PATI IKAN BILIS KNORR
- 1 KEPING ASAM KEPING (OPTIONAL TAK NAK PUN BOLE)
- 1 PAKET DAUN KESUM DIPETIK2 DAUNNYA
- 1 PAKET TAU POK GORENG POTONG 4
- 1 PAKET FISH CAKE DIHIRIS2
- 1 KILO MEE LAKSA DIRENDAM SEKEJAP DENGAN AIR PANAS
- SEDIKIT TAUGEH TAK PERLU LAYUKAN BIAR RANGUP2
- TIMUN DIHIRIS HALUS
- SEDIKIT BUNGA KANTAN HIRIS HALUS
- SEDIKIT ISI KERANG REBUS (KALAU TAKDE TAKPE)


CARA2NYA

1. REBUS UDANG DENGAN 2 LITER AIR. TAPIS AIR UDANG DAN KUPAS KULIT UDANG. KETEPIKAN. MASUKKAN 1 KIUT KNORR IKAN BILIS KEDALAM REBUSAN AIR UDANG TADI DAN DIBIARKAN.

2. TUMIS BAHAN2 KISAR HINGGA GARENG DAN NAIK BAUNYA. SETELAH GARENG MASUKKAN AIR UDANG+KNORR, SUSU CAIR, SANTAN PEKAT DAN SANTAN CAIR. BIARKAN MENDIDIH. JGN LUPA GARAM DAN SERBUK PERISA SECUKUP RASA.

3. MASUKKAN TAU POK GORENG DAN DAUN KESUM KEDALAM KUAH. BIARKAN KUAH BETUL2 MENDIDIH. SEKIRANYA KUAH PEKAT SANGAT MASUKKAN SEDIKIT AIR KEDALAMNYA. KACAU DAN BIARKAN MENDIDIH. SIAP TUK DIHIDANG PANAS2. LAZATNYA TAK TERKATA!!!! TAK DAPAT DTG SPORE DAPAT MAKAN PUN JADI LAAA KAN KAN HEHEHE.


*** KALAU ADA SAMBAL TUMIS LAGI BEST SO TERPULANG PADA ANDA NAK LETAK ATAU PUN TAK. ***


SELAMAT MENCUBA!!!







FOR THIS RECIPE

Monday, 29 October 2012

OPERA CAKE IN THE JAR

Assalamualaikum teman2 ku sayang....MAAFkan putri yerr sbb sepatutnya resepi dah kluar smlm tapi letih sangat2...baru buat suku dah tersangguk2 kat depan pc ni....mmg tak dapat nak teruskan share smlm. Then pagi ni lak putri keje..ni baru belik tau...terus masuk blog sbb tak sabar nak share benda baru ni....hehe. Nak kata resepi baru tak laa kan sbb pernah buat huhu...so kena laa kata benda...sbb mmg benda pun barang ni. Haa nak tau barang apa...apa lagi kalau bukan CAKE IN THE JAR!!! wahhhh putri berjaya membuatnya...ikot cara putri lerr huhu. Ni pun atas kajian membaca juga tau...baca dan baca....sampai kuyu mata den tau ekeke. Cake dalam botol ni kan kalau kat spore ni belom terkenal lagi...masih baru. Perhaps after this akan ada yg membuatnya juga nanti. Sesuai tuk door gift atau untuk hantaran. So far ada juga yg dah pernah buat RVC in the jar dan Rainbow cake in the jar...kalau mat saleh tu jgn cakap...mereka semuanya dah dibuat dulu sebelom kita. Mereka ni lebih berani dari kita...kalau org2 kita kan nak buat benda baru terutama guna botol kaca jerr 1st soalan mesti tanya ni..."EMM BOTOL TU BOLE MASUK OVEN BAKAR KERR!!???"...haa tul tak..then tak meletop kerr alamakkk!!! mak pun ngeri laa bila ditanya cam tu hehehe. Actually mula2 mmg takot sangat tau nak mencubanya...tapi lepas tanya org yg jual botol ni dia kata yes mmg banyak org order botol ni tuk buat baking. Dia kata bole masuk oven. Haa korg jgn tak tau ek...kena ada cara masak guna botol kaca ni...jgn main masuk cam tu jerr kang tka pasal2 lain jadinya nanti huhu. Apa pun putri dah try dan selamat tuk digunakan. Dah menjadi kek dan dah makan pun kek tu heehehe. My next project akan terus cuma buat kek menggunakan botol ni. Ada laa beli banyak sikit buat simpan bila perlu...sbb kan ada org tu NAK TUNANG...yerr kerr hahaha. Well jiran putri pun ada nak buat majlis dalam masa terdekat ni so kita tengok laa apa yg putri nak try lak ek..nantikan ek. 

Ok bercakap pasal botol ni...putri nak share dengan u aollss kat mana putri beli benda ni...1st of all nak ucap terimakasih pada Suriani teman fb putri. Thks dearr dah kasi link kerr alamat yg disebutkan. Lepas dapat tau alamat dia kat mana...dengan pantas call hubby suh tlg carikan tempat ni...hehehe. Mati2 mau pegi juga2 hahaha. Hubby kata...kat mana ni tempat ni..ada apa ek..what so special sampai nak kena pegi sana....alaaahaiii banyak pulaak SPELLINGNYA!!!! hua3. Well putri pun cakap laa MANJA2...pls pls pls hahahaha....BERJAYA menyakinkan nya dan kami pun meredah JB pada hari biasa waktu kami sama2 tak keje. Dengan berpandukan GPS kami mencari alamat yg tertera...kalau cari kat internet...PEKAK BADAK tul!!! wahahahaha langsung takde...kerr mmg internet ni tak reti nak baca bahasa melayu kot. Anyway GPS jerr yg dapat baca tapi kan pun sama jugak...BUDUS betuiii gps ni bawak kita round2 satu Jb muahahahaha tapi mak suka suka makan angin sampai kembung LOL hahahaha. Cekik darah betul laaa bila kita dapat tau jalan balik lalu kat kawasan yg ditunjukkan pada kami oleh pekeje kilang botol tu...laaaaaaaaa dekat rupanya hua3!!! mmg nak kena GPS ni nak kena BANTING!!! hehehe. Ni satu nak bagitau ek...jalan masuk kerr kawasan pembekal botol ni jalan dia agak FUHHH NGERI nak lalu. Dah laa sempit...ada banyak kenderaan yg park merata2 sampai ada juga beberapa kereta yg REMUK hingga tak kenal mana depan mana belakang...huhuhu. Ishhh putri ngeri laa drive masuk kawasan dalam tu very the sempit...cam bernafas nyawa2 ikan gitu tau hahaha. Seriously u guyss kena hati2 laa bila masuk situ k. Kalau tak silap Jb ada satu pembekal dan KL juga punya satu lagi pembekal...anyway alamat dia u guys just klik sini k. Kat sini juga putri ada share gambar kedai tu dan beberapa step by step cara nak buat cake in the jar ni. So tunggu apa lagi....JOM laaa ikot putri...jalan tu cepat sikit ek jgn nak terkedek2 cam itik laa hahaha. Ok jom2.



BAHAN2 KEK

BAHAN A

200 GM SERBUK ALMOND
100 GM GULA KASTOR
6 BIJI TELUR
60 GM TEPUNG GANDUM – DIAYAK
50 GM BUTTER - DI CAIRKAN


BAHAN B

115 GM PUTIH TELUR - ANGGARAN DALAM 3 BIJI 
50 GM GULA KASTOR


CARA2NYA

1. DARI BAHAN A, SATUKAN SERBUK BADAM,CASTER SUGAR DAN 3 BIJI TELUR DAHULU. LAGI 3 KETEPIKAN DULU.

2. PUKUL DENGAN KELAJUAN MAXIMA SELAMA 7-8 MINIT. KACAU SEKALI SEKALA DENGAN SPATULA SUPAYA BAHAGIAN DASAR DAN TEPI BERGAUL SEMPURNA.

3. TAMBAHKAN TELUR YANG LAGI 3 BIJI TADI. MASUKKAN 1 PERSATU SAMBIL TERUS MEMUKUL SELAMA 7-8 MINIT LAGI.

4. AMBIL 4 SUDU BESAR ADUNAN DARI BAHAN A TADI DAN CAMPURKAN DALAM BUTTER YANG TELAH DI CAIRKAN. KACAU2 SEDIKIT DAN KETEPIKAN.

5. TAMBAHKAN PULA TEPUNG YANG TELAH DIAYAK KE DALAM BAKI ADUNAN A TADI. KACAU ADUNAN DENGAN KAEDAH KAUP BALIK SEHINGGA ADUNAN BERGAUL SEMPURNA DAN KETEPIKAN.

6. BAHAN B PULA. DALAM BEKAS LAIN, PUTAR PUTIH TELUR HINGGA BERBUIH. TAMBAHKAN GULA CASTOR DAN TERUS PUTAR DENGAN KELAJUAN MAXIMA SEHINGGA ADUNAN KAKU DAN BERKILAT.

7. AMBIL ¼ DARI ADUNAN PUTIH TELUR DAN CAMPURKAN KE DALAM ADUNAN A. KACAU MENGGUNAKAN SPATULA DENGAN KAEDAH KAUP BALIK SEHINGGA ADUNAN RATA. MASUKKAN BAKI ADUNAN PUTIH TELUR DAN KACAU KAUP BALIK SEHINGGA ADUNAN SEKATA.

8. AKHIR SEKALI MASUKKAN PULA BUTTER KE DALAM ADUNAN TADI. KACAU KAUP BALIK SEHINGGA ADUNAN RATA. JGN TERLEBIH KACAU EK AGAK2 LAA TAKOT ADUNAN MENDAK NANTI.  

9. MASUKKAN ADUNAN DALAM PIPING BAG DAN PIPEKAN DALAM BOTOL SAMA BANYAK. KALAU PERLU TIMBANG BIAR SAMA RATA. 

10. SUSUN BOTOL DALAM LOYANG DAN TUANG AIR PANAS DIDALAMNYA DAN MASAK PADA SUHU 150C-160C SELAMA 15 MINIT BERGANTUNG PADA OVEN MASING2. TUK LEBIH JELAS LAGI LIHAT GAMBAR2 YERR.


SELAMAT MENCUBA!!!

YG DALAM GAMBAR NI CARA PUTRI...CAM NI PUTRI SUSUN....

1. BAHAN2 A PUKUL SAMPAI KEMBANG PEKAT.

2. AMBIL 4 SUDU BESAR ADUNAN A DAN MASUKKAN DALAM BUTTER YG TELAH DICAIRKAN.

3. KACAU RATA.

4. PUTAR ADUNAN B DAN KETEPIKAN.

5. MASUKKAN TEPUNG PADA ADUNAN A. KACAU KAUP BALIK

6. MASUKKAN PULA SUKU ADUNAN B KEDALAM ADUNAN A DAN KACAU KAUP BALIK.

7. MASUKKAN BAKI ADUNAN B DAN KACAU KAUP BALIK SAMPAI RATA.

8. AKHIR SEKALI MASUKKAN BUTTER. KACAU RATA.




CARA2 MEMASAK DALAM BOTOL...


1. ADUNAN YG TELAH DIKACAU RATA.

2. MASUKKAN ADUNAN KEDALAM PIPING BAG.

3. SEDIAKAN BOTOL YG TELAH DIBERSIHKAN.

4. PIPEKAN ADUNAN KEDALAM BOTOL SAMA BANYAK OK. KALAU PERLU TIMBANG.

5. OK KITA AKAN MASAK SECARA BAIN MARIE/WATER BATH...
SUSUN JAR DALAM LOYANG SEPERTI DALAM GAMBAR. TUANGKAN AIR PANAS MENDIDIH KEDALAM LOYANG ANGGARAN DALAM SETENGAH LOYANG PENUH. JGN PENUH2 LAK. MASAK PADA SUHU 150C-160C SELAMA 15 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2.

6. KEK YG TELAH MASAK. BOLE TEST DENGAN LIDI TUK PASTIKAN KEK BETUL2 MASAK.



CARA2 MENGHIAS KEK...


1. KEK YG TELAH MASAK DI KLUARKAN SEPARUH.

2. PIPEKAN COKLAT GANACHE DITEPI2 BOTOL SEPERTI DALAM GAMBAR. TAK PERLU SAMPAI TENGAH.

3. MASUKKAN SEMULA KEK YG DIKLUARKAN TADI...PECAH2KAN DIA BIAR RATA. THEN NANTI BOLE TEKAN2 SIKIT KASI MAMPAT. THEN TUANG LAGI COKLAT DITEPINYA....SORI EKK LUPA NAK AMIK GAMBAR LAA HUHU.

4. LASTLY TUANGKAN COFFEE BUTTERCREAM ATAU COKLAT BUTTERCREAM DIATASNYA. SIAP SUDAH! TUK RESEPI COFFEE BUTTERCREAM KLIK SINI DAN UNTUK COKLAT GANACHE KLIK SINI


SELAMAT MENCUBA!!!

 





GUNA RIBBON LAIN LAK HEHEH TEST MARKET GITU HUHU ^_^...



NI LAA GAMBAR DEPAN KEDAI TU...MMG KALAU TAK BETUL2 TENGOK TAK NAMPAK PUN TAU...SAMA JERR SEPANJANG2 JALAN TU...ISHH3.



Sunday, 28 October 2012

COFFEE BUTTERCREAM

Sebelom putri share cake in the jar tu..putri masukkan frosting ni dulu ek. Biasanya nak buat filling butter cream kerr atau frosting mmg tak banyak bahan dia..cuma mmg kena ada sukatan...sbb tu penting kan kita share2 resepi hehehe. Ok kali ni putri nak share resepi coffee butter cream..resepi ni amik dari mocha buttercream. Disbbkan susah sangat nak jumpa mocha putri pakai laa coffee sahajerr...oh yahhh yg gambar kat atas tu ada coklat dan coffee kan..guna kan salah satu ek...jgn dua2...kang rasa pelik kang heheh kalau nak juga bole jerr jalan terus ek ekekeke. Ok laa jom kita tengok apa yg perlu ada...^_^



BAHAN2NYA

100 GM PUTIH TELUR - ANGGARAN 3 BIJI 
200 GM GULA KASTER 
300 GM BUTTER
1 SUDU BESAR COFFEE OIL - KALAU TAKDE BOLE GUNA COFFEE ESEN ATAU COFFEE PASTE

*** BAGI YG NAK LETAK COKLAT JUST LETAK COKLAT PASTE 1 SUDU BESAR JUGA… JGN GUNA DUA2 TAU GUNA SALAH SATU JERR…GAMBO TU CONTOH JERR EK HEHE...ANYWAY NI RESEPI DARI MOCHA BUTTERCREAM PUTRI UBAH LETAK COFFEE ATAU COKLAT SBB SUSAH NAK JUMPA MOCHA PASTE ***



CARA2NYA

1. SATUKAN PUTIH TELUR DAN GULA DALAM SATU BEKAS BESAR. DENGAN KAEDAH DOUBLE BOILER PANASKAN TELUR DAN GULA SEHINGGA GULA LARUT. API KECIL LAA K…JGN SAMPAI TELUR TERMASAK LAK. BILA GULA DAH LARUT MATIKAN API, ANGKAT DAN TERUS PUKUL ADUNAN PUTIH TELUR DENGAN KELAJUAN MAXIMA SEHINGGA ADUNAN JADI BERKILAT DAN PEKAT. KETEPIKAN.

2. PUKUL BUTTER SAMPAI LEMBUT, TAMBAHKAN COFFEE OIL/COFFEE EMULCO. PUTAR HINGGA IA BERGAUL RATA. KALAU NAK GUNA COKLAT TAK YAH MASUK COFFEE K. GUNA SALAH SATU. TAPI KAN COFFEE DAP TAU SBB BAU DIA SEMERBAK HEHE.

3. KEMUDIAN MASUKKAN ADUNAN TELUR KE DALAM ADUNAN COFFEE TADI DAN KACAU KAUP BALIK SEHINGGA RATA. MASUKKAN ADUNAN KEDALAM PIPING BAG. SIAP TUK DIGUNAKAN.



SELAMAT MENCUBA!!!!

Saturday, 27 October 2012

CHOCOLATE GANACHE

Yg ni lakkk semua org tau cam mana nak membuatnya sbb senang sangat2. Bahan pun sikit jerr. Yg pastinya ganache ni sering kita gunakan terutama masa nak menyiram kek. Ganache ni kalau kita sejukkan mmg powerr...sedap dia terangkat2 hehe. Actually putri masukkan resepi ganache ni tuk diri sendiri lerr buakn apa...senang nak buat tuk bahan rujukkan. Al-maklum semakin nak muda ni kan lupa jerr selalu tau ekekek. Alaa kita kan manusia biasa...kalau perkataan 'lupa' tak pernah kluar dari mulut kita...bedek arr tka caya ek muahaha..... Oklaaa kita jumpa kejap lagi nak share resepi yg kleas tu hehehe...nanti kan ek teman2 cayang...Putri ada keje sikit nak buat...lagi pun gamba2 semua lom edit...banyakkk wooo sbb ada sikit step yg nak dishare...tungguuuu.



BAHAN2NYA

100 ML WHIPPING CREAM
200 GM COOKING CHOCOLATE (DIPOTONG2 KECIL)
2 SUDU BESAR MADU

CARA2NYA

1. KACAU WHIPPING CREAM DIATAS API YG KECIL. BILA NAK MENDIDIH MATIKAN API DAN MASUKKAN COKLAT. ATAU SEBAIKNYA GUNA KAEDAH DOUBLE BOILING TAKOT WHIPPING KRIM HANGUS LAK KAN...^_^.

2. KACAU HINGGA COKLAT LARUT SEPENUHNYA. MASUKKAN PULA MADU DAN KACAU RATA.

3. SEDIA TUK DI TUANG DIATAS KEK DAN SEJUKKAN SELAMA SEJAM ATAU KURANG. SEDIA TUK MEMOTONG DAN NGAP...HUHUHU


*** BIASANYA BILA DAH SIAP PUTRI MASUKKAN DALAM PIPING BAG THEN SIMPAN JAP DALAM ESBOK SELAMA 20 30 MINIT SEBELOM PIPEKAN DALAM JAR TU. KALAU NAK TUANG ATAS KEK...TERUS TUANG JGN SIMPAN2..DAH TUANG BARU SIMPAN DALAM PETI SEJUK TAU... ***


SELAMAT MENCUBA!!!

Sunday, 21 October 2012

ROTI MARBLE WITH STEP BY STEP PUTRI STYLE

Assalamualaikum teman2 cayang. Dah makam malam kerr tu kerr tak selera makan sbb tunggu roti putri ek hehehe. Yerr yerr ni haa dah mai dah nak share dengan kawan2 semua resepi roti ni. Pada semua teman2 dengan adanya resepi roti ni maka tirai blog ku dilabuh kan buat seketika sbb nak beri laluan buat persediaan Aidiladha pulak. Gonna be bz bz bz day huhu. 1st of all nak ucap terimakasih yg tak terhingga pada Tok Mak kawan fb putri yg dah beri putri kebenaran tuk postkan resepi ni kat blog putri. Putri buat versi marble yerr tok mak, tak marah kan kan. Menurut citer, resepi roti ni resepi turun menurun keluarga Tok Mak tau. Nama asal resepi ni ROTI NAIK PAHANG. Haa agaknya mmg berasal dari pahang kot dan popular kat sana juga barangkali....haaa betul laa tu kan kan hehehe. Tok Mak jgn marah putri ek...putri suka nak bergurau senda. Apa pun yg jelasnya roti ni harus dicuba...sangat lembut. Putri gandingkan resepi asal dengan meMABLEkannya. Putri buat 2 adunan...yup2 jadinya dua buku roti. Kalau nak buat satu adunan bole jerr tapi nanti susah nak bagi dua adunan tu. Masalahnya satu bahagian tu kita nak letak coklat paste/emulco. Nak uli makkkk oiiiii mmg tak bole sbb adunan ni sangat lembut melekat2 sedikit. Then nak buat setengah2 dulu...susah laa pulak sbb pakai 1 biji telur...sbb tu laa putri buat sekali 2 adunan.....ni putri cakap2 u aolls paham kerr tak kerr main baca jalan terus langgar tiang ni muahahahaha. Takpe laa tak paham takpe ek...kita teruskan jerr pembelajaran kita tetap naik darjah ok....hahaha. Bukan ada ujian pun buat makan sendiri jadi tak jadi sendiri jawap ek..sapa suh tak ikot cakap putri...biasa dia ek hehe. Menerusi pengalaman putri laa kan sbb smlm dah buat dulu huhu tak puas hati buat lagi...tu yg tau camna bentuk rupa adunan ni. Just share ngan u aolss yerr...adunan ni sangat2 lembut...pastinya kalau kita menggunakan tangan mmg kena tambah tepung selalu. Tangan nak sentiasa ada tepung sbb adunan melekat2. Putri guna BM so tak perlu laa tambah tepung. Cukup setakat tabur atas papan/plastik canai supaya tak melekat. Putri pun ada sertakan step by step cara2 nak Marblekan roti ni....nanti tengok ek. Ok laa kita terus kerr resepinya otey.....jom ramai2 kita terjah buku resepi putri ek.


BAHAN2NYA

- 1 BIJI TELUR 
- 2 SUDU BESAR SUSU PEKAT MANIS
- 120 GM GULA PASIR
- 2 SUDU KECIL YEAST(PUTRI GUNA SEPAKET)
- 2 SUDU BESAR MARJERIN.
- 1 SUDU KECIL SORTENING.
- 500 GM TEPUNG GANDUM YG BAIK
- 300 ML AIR…AIR NI DAH DI CAMPUR SEKALI TELUR DAN SUSU MANIS JADI 300 ML AIR.
- 1 SUDU BESAR SUSU TEPUNG

*** KALAU NAK BUBUH WARNA COKLAT GUNAKAN 3 SUDU KECIL COKLAT PASTE/EMULCO....INGAT YERR SUKAT AIR BERSAMA DENGAN TELUR SERTA SUSU DAN COKLAT PASTE/EMULCO SEKALI DIDALAMNYA DAN MENJADIKANNYA 300ML. KACAU2 SEDIKIT SUPAYA COKLAT SEBATI DENGAN AIR ***

PAPAN CANAI HENDAKLAH SENTIASA DITABUR TEPUNG. TAK PERLU BANYAK HANYA SEDIKIT SAHAJERR.



CARA2NYA

1. DENGAN MENGGUNAKAN BM (BREADMAKER) MASUKKAN ADUNAN MENGIKOT TURUTAN IAITU AIR+TELUR+SUSU, TEPUNG, GULA, SUSU TEPUNG, MAJERIN. SHORTENING DAN AKHIR SEKALI YEAST...PASTIKAN KITA BUAT LUBANG DITENGAH2 TEPUNG DAN TUANG YEAST DIDALAMNYA.

2. TEKAN ON TUNGGU SIAP. KLUARKAN DARI BM DAN BULAT2KAN. SETIAP SATU BULATAN TU TIMBANGNYA LEBIH KURANG 80GM. BUAT SAMPAI ABIS.

3. KALAU NAK MARBLEKAN IKOT SEPERTI DALAM GAMBAR YG TELAH DISEDIAKAN. ADA 2 CARA YG BERBEZA. SO BOLE PILIH MANA SATU NAK TRY.

4. SETELAH SIAP DI MARBLEKAN PERAP SELAMA 30-45 MINIT. BAKAR ADUNAN PADA SUHU 180C SELAMAT 20 MINIT ATAU SEHINGGA MASAK BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2. ATAS ROTI TU SAPUKAN MAJERIN/BUTTER TUK MENCANTIKKAN ROTI TU.


SELAMAT MENCUBA!!!


CONTOH PERTAMA CARA PUTRI

PASTIKAN ADUNAN DIBULAT2 DAHULU. TINDIHKAN BERSELANG SELI DENGAN WARNA PUTIH DAN COKLAT. TEKAN2 DAN CANAI SEDIKIT TUK RAPATKAN/LEKATKAN ADUNAN. PUSINGKAN MENGIRING ADUNAN DAN MASUKKAN KEDALAM LOYANG YG TELAH DISAPU BUTTER TERDAHULU (LIHAT GAMBAR). PERAP SELAMA 30-45 MINIT DAN BAKAR MENGIKOT SUHU YG DISYORKAN.


CAM NI LAA RUPA DIA BILA DAN SIAP MASAK...




CONTOH KEDUA CREDIT TO ONIGIRI FOR THE STEPS.

CANAIKAN WARNA COKLAT DAN KETEPIKAN. CANAIKAN PULA WARNA PUTIH DAN LETAK WARNA COKLAT DITENGAH2 ADUNAN PUTIH. LIPAT ADUNAN PUTIH MENUTUPI ADUNAN COKLAT. TERBALIKKAN DAN BELAH ADUNAN KEPADA 3 BAHAGIA TANPA PUTUS DIATASNYA. BUAT MCM TOCANG RAMBUT DAN PENGHUJUNGNYA DISATUKAN. TEKAN2 SUPAYA MELEKAT. PERAP 30-45 MINIT DAN BAKAR PADA SUHU YG DISYORKAN.


BEGINI LAA RUPANYA BILA DAH SIAP BAKAR...




FOR THIS RECIPE

Saturday, 20 October 2012

CRISPY CORNFLAKES MACAROON

Tadi kann masa tngah bz berFB...sempat lagi mata menjeling kat TV. ESPECIALLY bila HAFIZ ku yg muncul tadi kat tv...fuuhhhhh terus ngadap dengar dia nyanyi....hehehe. Kita kan kalau jeling cuma bila dengar Hafizku nyanyi jerr huhuhu...terlebih sudah! Alaaa sekadar peminat dia jerr tak salah kan...lagi pun mmg suara Hafiz lunak merdu....tersenyum2 kita dengar dia nyanyi tau huhu. Nak2 lagu FAV putri OMBAK THE RINDU muahahahaha..tambah2 lak..kang marah org nanti tau huhu. Apa pun Moga Hafiz terus maju jaya dalam segala yg dia lakukan. Putri sokong all the way tau. 

Alaa sowi ek kita melencung lak kerr tv hehe...Ok putri nak citer sikit pasal kukis yg putri baru buat ni. Actually dari hari tu lagi dah simpan resepi ni....ada beberapa org yg dah mencuba resepi ni. Masa putri ternampak tu kat page kawan2 fb...tu yg berkenan nak try. Credit to Zulhijahwati yg dah sudi share resepi ni...seperti biasa putri dah ubah suai sana sini sikit mengikot citarasa putri. Resepi ni takde makarena pun...so jgn takot nak mencuba yerr. Tang rasa dia pulak...rangup sangat2 sbb cornflakes dan badam tu kot...haa betul laa tu hehehe. Kalau takda gigi jgn makan tau kang gusi bengkak lak sapa nak jawap...ekekeke. Baik laaa mak bedahhh makk limahhh mak joyahhh hahahaha putri nak share laa ni resepinya...yuk2 kita kerr spore yukk...zoommm.





BAHAN2NYA (MENGHASILKAN 80 - 90 KEPING)


BAHAN2 'A'

- 120 GM PUTIH TELUR (DALAM 4 BIJI TELUR YG SEDANG)
- 260 GM GULA ICING
- 1 SUDU KECIL ESEN VANILA
- SECUBIT GARAM



*** INGAT TAU KUNING TELUR JGN BUANG, KITA BUAT CREPE SO SETIAP KALI BUAT MAK ARON BUAT LAA CREPE SEKALI. JADI TAK TERBUANGKAN BAHAN2 KITA TU NANTI ***


BAHAN2 'B'

- 200 GM CORNFLAKES
- 100 GM BADAM FLAKES - DIBAKAR HINGGA MASAK
- 100 GM CHOC CHIP
- 1 SUDU KECIL COKLAT PASTE (NAK GUNA KOKO PUN BOLE 1 SUDU BESAR K)

*** LOYANG DISAPU DENGAN SEDIKIT BUTTER/MAGERIN...YG COKLAT ATAS COOKIES NI  OPTIONAL NAK LETAK BOLE TAK LETAK PUN TAKPE..JUST GUNA COKLAT MASAK OK...BADAM PULAK KENA BAKAR DULU SAMPAI MASAK. NI BAGI MERANGUPKAN LAGI COOKIES NI ***


CARA2NYA

1. BAHAN2 'A', PUKUL PUTIH TELUR SEHINGGA KEMBANG BERTANDUK. MASUKKAN SECUBIT GARAM DAN VANILA PUKUL LAGI. MASUKKAN PULA GULA ICING SEDIKIT2 SAMBIL TERUS MEMUKUL HINGGA ADUNAN MENJADI PEKAT BERKILAT.

2. MASUKKAN SEMUA BAHAN2 'B' KEDALAM BAHAN2 'A' TADI DAN GAUL RATA MENGGUNAKAN SENDUK ATAU SPATULA. PASTIKAN SEMUA BAHAN BERGAUL RATA.

3. MENGGUNAKAN SUDU ATAU SCOOP KITA SCOOP DAN LETAK ATAS LOYANG YG TELAH DISAPU SEDIKIT BUTTER TADI. TAK PERLU BENTUK2 KAN DIA. KALAU NAK GUNA PAPERCUP PUN BOLE SCOOP MASUKKAN DALAM PAPERCUP.

4. BAKAR ADUNAN PADA SUHU 160C SELAMA 20 MINIT BERGANTUNG PADA SIZE DAN OVEN MASING2.


SELAMAT MENCUBA!!!






FOR THIS RECIPE


Tuesday, 16 October 2012

DURIAN VELVET MILLE CREPE

Niii nooottt niii nooottt nii nooottt....haaaa tu dia AMBULANCE sudah mari. Apa taknya ramai yg dah pengsan tak sedarkan diri selepas memakan DURIAN CREPE ni hehehehe. Tengok tu penangan durian crepe mmg membuat ramai org pengsan... histeria... rasuk... mcm2 lagi laa...wahhh terlebih sudah ayat putri hahaha. Sejujurnya mmg sekarang ni musim org buat crepe atau mille crepe menggunakan durian. Bagi pendapat putri laa...dalam apa jua bentuk yg kita perbuatkan benda ni...tetap sedap!. Seriously sbb kemanisan yg terdapat pada durian dan cream tu yg membuat crepe ni seakan mesra bersatu...hehehe haa dah mula ayat lagi ekekeke. Seperkara lagi, kalau banyak org suka nak membungkusnya berbentuk bantal, putri lak suka buat alaa2 mille crepe gitu. Cuba u guyss IMAGINE ok kalau kita buat bentuk yg berbantal tu..kena isi krem banyak sikit kalau kurang kang bantal tu penyek lak nampak huhu berbanding yg buat mille crepe ni hanya perlu sapu sekata jerr. Sapu nipis pun dah cukup tapi nak sapu tebal pun apa salahnya ekekeke. Cam putri punya yg atas sekali tu sajerr tebalkan sikit...huhu. Durian pun tak letak selapis2 ok...lat2 letak...selapis ada selapis takde. Alaa ikot suka korg laa nak tiap2 lapis pun bole perr...ada aku kisah...muahahahaha. Tak kisah laaa banyak kerr sikit kerr yg nak makan kita juga kan kan hehehe. So ikot suka u aollss laa nak buat yg cam mana...nak ikot maknya bole tak nak pun mak tak amik pot hahahaha terlebih sudah huhu. Ok serious sikit ek...kalau nak buat mille crep ni..yg paling penting inti sapuan dia. Kelmarin putri guna coklat kan...kali ni guna krem dan durian...MASYAALLAH kalau yg kelmarin2 tu punya kalah abis lawan ngan durian ni...durian ni 10 kali ganda sedap ni tau hehehe. Korg kalau dok tengok tak buat mmgg meleleh air liur cam yoyo beb...ekekeke. Silap2, pandang jerr dah pengsan lom makan lagi tau...so kalau tak cuba buat CONFIRM...histeria terus...huhu. Putri ni tak tau dah berapa kali pengsan2 makan mille crepe ni...so u aollss make sure kalau buat masa nak makan tu biar cik HUBBY ada umah. Nanti Bila pengsan ada yg pangku@dukung kan kan tak laa terbiar terbengkalai terselit kat tepi meja tu sorg2 kan kan muahahahaha. Gurau jerr lalink ku semua. Hidup harus ada cerianya...sedey2 nanti lain episode ek ekekee. Ok laa dah panjang celoteh putri tuk tengahari ni....jom laa bawak cangkul kerr senduk kerr...kita nak pi korek tanah ni...resepi dalam tu haa hehehe. Jom jom...lupa lak...credit to Elden for the mille crepe recipe...putri ada ubah suai sikit mengikot citarasa sendiri. Seperti yg dijanjikan kita guna kuning telur sahajerr tuk buat crepe ni. Yg putih tu buat mak aron laa hehehe.


BAHAN2 TUK KULIT

- 4 BIJI KUNING TELUR (PADA SUHU BILIK)
- 90 GM TEPUNG NAIK SENDIRI ATAU TEPUNG GANDUM
- 1 SUDU BESAR TEPUNG JAGUNG
- 60 GM GULA KASTOR
- SECUBIT GARAM
- 1 SUDU KECIL VANILA
- 300 ML SUSU SEGAR
- 3 SUDU BESAR BUTTER/MARGERIN - DICAIRKAN
SEDIKIT PERISA ATAU PEWARNA (OPTIONAL)




BAHAN2 TUK INTI/SAPUAN- 200 ML WHIPPING CREAM (NON DAIRY)
- DUARIAN@SECUKUPNYA DIBUANG BIJI


*** MULA2 SEKALI KITA SUKAT SUSU DAN PANASKAN IANYA DAHULU SERTA BUTTER JUGA DICAIRKAN. DAH TU BARU TIMBANG BAHAN2 LAIN***

CARA2NYA
1. PANASKAN SUSU SEGAR SEBENTAR. AGAK2 DAH MENDIDIH TEPINYA MATIKAN API. BIAR SEJUK SEBENTAR. CAIRKAN BUTTER JUGA. KETEPIKAN.

2. SATUKAN SEMUA BAHAN2 LAIN DAN MASUKKAN ¼ SUSU KEDALAMNYA DAN PUKUL HINGGA RATA. PUTRI GUNA MIXER DENGAN KELAJUAN PERLAHAN. PASTIKAN ADUNAN TIDAK BERKETUL2. 

3. BILA DAH SEBATI MASUKKAN SEMUA LEBIHAN SUSU. KALI NI KACAU DENGAN SUDU/SENDUK. KACAU HINGGA RATA.

4. AKHIR SEKALI MASUKKAN BUTTER YG DICAIRKAN TADI KEDLM ADUNAN. KACAU HINGGA RATA. TAPI ADUNAN. KALAU ADA LEBIHAN TEPUNG PADA TAPIS LENYEK2KAN DIA JGN BUANG OK HEHE. KACAU DAN KACAU ADUNAN.

5. PERAPKAN ADUNAN NI KE DALAM PETI SEJUK (BUKAN FREEZER) SELAMA 1 JAM. SESEKALI KACAU2KAN SIKIT. SEMENTARA TU BUAT BAHAN INTINYA PULA.


6. DURIAN DIBUANG BIJI DAN ISINYA DI KACAU2 BIAR JADI CAM JAM SIKIT TAPI TAK LAA CAIR CAM JEM EK. SIKIT2 JERR KACAU SUPAYA SENANG NAK SAPU KAT CREPE NANTI. 

7. WHIPPING CREAM DIPUTAR HINGGA BERTANDUK KAKU. MASUKKAN WC DALAM PIPING BAG SUPAYA SENANG NAK SAPU NANTI TAPI TETAP PAKAI SPATULA TUK RATAKANNYA. SIMPAN DURIAN DAN WC DALAM PETI SEJUK.

8. MASAK CREPE NIPIS2 CAM KITA BUAT KUIH KETAYAP MENGGUNAKAN NON STICK PAN. SETIAP KALI NAK MASUKKAN ADUNAN SAPU RATA BUTTER/MAGERIN TERDAHULU. MASAK HANYA SATU BAHAGIAN SAHAJER TAK PERLU TERBALIKAN CREPE. BUAT SAMPAI HABIS.

9. MENGIKUT SEPERTI GAMBAR DIATAS, SUSUN SEKEPING2 DAN SAPU WC TADI DAN LETAK ISI DURIAN. KALAU DAPAT ISI DURIAN DISAPU SIKIT. JADI DIA TAK TEBAL GELEMBUNG. BUAT SAMPAI ABIS. 

10. PUTRI LETAK DURIAN LAT2...SELAPIS ADA SELAPIS TAKDE HUHU. TERPULANG PADA U GUYS LAA KALAU ADA BANYAK DURIAN SAPU JERR LEBIH2 LAGI SEDAPP WOOO HEHEE. SEJUKKAN CREPE LEBIH KURANG 1 JAM SEBELUM MEMOTONG. SIAP TUK DIHIDANG...OHH NOOO 'PENGSAN' LAGIII...AHAKS!


SELAMAT MENCUBA!!!










FOR THIS RECIPE




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...