Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Saturday, 30 June 2012

RAINBOW CAKE WITH STEP BY STEP PHOTOS PUTRI STYLE

Kek rainbow kedua tapi percubaan pertama bagi deco sisik ikan ni...hehehe kek putri kali ni nampak lebih elok dan cantik kan kan kan hehehe. Akan cuba buat lain dan lagi di masa akan dtg.





Salam teman2 semua....kek ni lama dah ada dalam FB putri cuma tak sempat2 lagi masuk dalam blog ni. So hari ni kebetulan hujung minggu...ada laa sikit masa tuk putri muatkan dalam ruangan blog putri ni. Kek ni sikit masa dulu sangat popular gak laa sbb warnanya yg menawan tu. Kalau tak silap putri masa putri terbaca kat blog Ita kek ni resepinya dtg dari MARTHA STEWART. Agaknya masa tu Martha ada sharekan kat tv kot...putri tak tau laa. Anyway Thks to Ita yg sudi share resepi kek ni...n thks to Marha Stewart for the lovely recipe. Kek ni agka manis so kalau nak buat kena la kurangkan banyak gula ek. Make up tuk kek ni putri ringkas jerr guna coklat mousse jerr biar cepat siap gitu hehe. Kalau nak bedakkan guna Cream Cheese pun bole..ikot selera u aollss laa ok....ok laa jom kita saksikan persembahan kek rainbow ni dengan step by step putri style sekali ek...^_^




BAHAN2NYA

- 340 GM TEPUNG GANDUM DIAYAK
- 4 SUDU KECIL BAKING POWDER DIAYAK
- 180 GM BUTTER
- 360 GM GULA KASTOR (PUTRI KURANGKAN SBB MANIS)
- 5 BIJI PUTIH TELUR GRED A (SUHU BILIK)
- 2 SUDU KECIL ESEN VANILLA
- 300 ML SUSU SEGAR (SUHU BILIK)
- SEDIKIT KERTAS MINYAK
- SEDIKIT WARNA MERAH, KUNING, HIJAU, OREN, UNGU DAN BIRU.
***CREAM TUK HIASAN PUTRI GUNA COKLAT MOUSSE***


CARA2NYA

1. AYAK TEPUNG BERSAMA BAKING POWDER DAN KETEPIKAN.

2. LESERKAN LOYANG 8” INCI DENGAN BUTTER DAN ALAS BAHAGIAN BAWAH LOYANG DENGAN KERTAS MINYAK,SAPUKAN JUGA BUTTER DI ATAS KERTAS DAN KETEPIKAN. MEMANDANGKAN KEK ADA BEBERAPA LAPIS…MAKA PUTRI BAKAR SATU2 IKOT GILIRAN SBBNYA LOYANG ADA TIGA.

3. PUKUL BUTTER DAN GULA HINGGA KEMBANG. MASUKKAN TELUR DAN PUKUL LAGI HINGGA ADUNAN PEKAT. MASUKKAN PULA ESEN VANILLA DAN PUKUL LAGI HINGGA SEBATI.

4. MASUKKAN TEPUNG TADI BERSELANG SELI DENGAN SUSU SEGAR. KACAU ADUNAN MENGGUNAKAN SENDUK. MULAKAN DENGAN TEPUNG….DI AKHIRI DENGAN SUSU. PASTIKAN SEMUA BERGAUL RATA.

5. BAHAGIKAN ADUNAN KEPADA BEBERAPA BAHAGIAN…PUTRI BAHAGIKAN KEPADA 6 BAHAGIAN DAN SETIAP 1 BAHAGIAN TIMBANGAN LEBIH KURANG 220G.

6. LETAKKAN PEWARNA PADA SETIAP BAHAGIAN MENGIKOT WARNA PILIHAN ANDA.

7. MASUKKAN SATU ADUNAN DULU KEDALAM LOYANG YG DAH DILESER KERTAS MINYAK TADI DAN RATAKAN. BAKAR PADA SUHU 170C SELAMA 10-15 MINIT ATAU HINGGA MASAK BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2. MASAK SATU PERSATU HINGGA ABIS.

8. SETELAH SIAP BAKAR DI KLUARKAN DAN BIAR IANYA SEJUK DIATAS REDAI SEPENUHNYA.

9. SETELAH SEMUA SIAP DIBAKAR BOLE DISATUKAN SELAPIS2 DAN DISAPU KREM PADA SETIAP LAPISAN. HIAS MENGIKOT CITA RASA ANDA.


Bagi yg nak mencuba cara putri...bole laa try buat coklat mousse putih ni....^_^

BAHAN2 COKLAT MOUSSE PUTIH

• 200GM COKLAT MASAKAN (YG PUTIH)
• 1 SUDU BESAR GELATIN
• 100ML AIR
• 2 BIJI TELUR PUTIH
• 200G WHIPPING CREAM
• 40G GULA HALUS


1.PENYEDIAAN MOUSSE. MASUKKAN GELATIN KE DALAM BEKAS YANG MENGANDUNGI 100ML AIR. BIARKAN DALAM 5 MINIT. AWAS!!.. JANGAN MASUKKAN GELATIN DULU KEMUDIAN AIR.. INI AKAN MENYEBABKAN GELATIN BERKETUL2 DAN X LARUT SEPENUHNYA.

2.CAIRKAN COKLAT MASAKAN(YG PUTIH) DENGAN KAEDAH 'DOUBLE BOWL' (GUNA 2 PERIUK, 1 PERIUK LETAK AIR DAN 1 PERIUK LETAK COKLAT. PERIUK YANG ADA COKLAT NI, LETAK PULAK KE DALAM PERIUK YG ADA AIR. KEMUDIAN PANASKAN SEHINGGA COKLAT CAIR).

3.BILA COKLAT PUTIH DAH CAIR, PADAMKAN API DAN KELUARKAN PERIUK
COKLAT DARI PERIUK YG ADA AIR TADI. MASUKKAN CAMPURAN GELATIN TADI KE DALAM COKLAT PUTIH CAIR. KACAU SEHINGGA GELATIN SEBATI DENGAN COKLAT PUTIH TADI. BIARKAN SEHINGGA SEJUKKAN.

4.PUKUL PUTIH TELUR SEHINGGA KEMBANG ATAU SEHINGGA BERTANDUK.( KALAU DITERBALIKKAN BOWL, TELUR X JATUH). SAMBIL PUKUL TELUR TU, MASUKKAN GULA SIKIT DEMI SEDIKIT.

5.DALAM MANGKUK LAIN PULA, PUKUL WHIPPING CREAM SEHINGGA JADI BENTUK KRIM.

6.MASUKKAN ADUNAN WHIPPING TADI DAN COKLAT CAIR KEDALAM PUTIH TELUR YG DAH DIPUKUL TADI.KACAU KAUP BALIK PERLAHAN-LAHAN SEHINGGA SEBATI. SAPUKAN PADA KEK YG NAK DIHIAS. SETELAH HIAS SIMPAN DALAM PETI SEJUK SEHINGGA MOUSSE KERAS DAN BOLEHLAH DIHIDANGKAN..

SELAMAT MENCUBA!!!! 



NI DIA ANTARA BAHAN2 YG DIPERLUKAN...


KITA SEDIAKAN DULU KERTAS MINYAK....THEN BUAT SATU2 EK...SAMPAI HABIS...OB=VEN PUTRI BOLE MUAT 2 SO MASUKKAN DUA2 LOYANG DALAM SATU OVEN..BAKAR GANTI2...SAMPAI HABIS...

GRISKAN BUTTER SEBELOM LETAK KERTAS MINYAK DAN GRISKAN LAGI DIATAS KERTASNYA OK...


AYAK TEPUNG GANDUM BERSAMA BAKING POWDER DAN KETEPIKAN..


PUKUL BUTTER DAN GULA HINGGA KEMBANG....



CAM NI RUPANYA...


MASUKKAN KESEMUA TELUR KEDALAM BUTTER TADI.


DAN PUKUL SAMPAI SEBATI SEMUANYA...




MASUKKAN VANILA DAN PUKUL LAGI....



KEMUDIAM MASUKKAN TEPUNG BERSELANG SELI DENGAN SUSU SEBANYAK 3 KALI...


MASUKKAN TEPUNG DULU


KEMUDIAN SUSU...LEPAS TU TEPUNG THEN SUSU...BUAT SAMPAI ABIS....




BAHAGIKAN ADUNAN KEPADA 6 BAHAGIAN YG SAMA....KALAU PERLU TIMBANG YAH BOLE SAJAA...^_^


LETAK LAH WARNA YG DIGEMARI....


MASUKKAN SATU PERSATU ADUNAN KEDALAM LOYANG TADI...DAN BAKAR PADA SUHU 170C....SELAMA 10-15 MINIT ATAU SEHINGGA MASAK BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2.... 


SAMA TEBAL KAN....SO KENA TIMBANG K....PAS DAH BAKAR KLUARKAN DAN BIARKAN DIA SEJUK SEPENUHNYA













(FOR MY OWN REFERENCE...40GM BUTTER, 80GM GULA ½ SUDU KECIL VANILA, 1 BIJI TELUR, 80GM TEPUNG, 1 SUDU KECIL BAKING POWDER, 70ML SUSU SEGAR)

FOR THIS RECIPE

Friday, 29 June 2012

CHOCOLATE CHIP COOKIES

Assalamualaikum teman2 semua...hari jumaat biasanya hari terakhir kita berkeje tuk minggu ni tapi ada jugak teman2 yg berkeje esok setengah hari kan. Takpe laa nak mencari rezeki tak kira laa keje sikit atau banyak yg penting halal tau. Ok putri nak citer sikit laa...hari ni adalah hari terakhir Dr. yg berkeje selama lebih 4 tahun di clinic tempat putri keje tu.So sedeyy laa masa kita bermaafan(tak semestinya raya jerr ek..hehe) dan mengucapkan selamat tinggal. Yerr laaa Dr. tu dah lama keje sana dan kami staff2 semua terutama putri dah terbiasa dengan Dr. ni. Mmg terasa laa kehilangannya nanti. Sekarang lom lagi laa sbb baru hari ni dia last day. Esok2 bila Dr. baru dah masuk gantikan tempat dia haa masa tu nanti kot kita akan rasa kelainan dan perbezaan yg pastinya ketara tapi nak buat cam mana rezeki Dr. tu kat tempat baru dia nanti. Oh yah tempat baru tu adalah klinik milik dia sendiri...yes dia bukak klinik dia sendiri tau. To Dr. Emran, kalau sekiranya tersampai di blog putri ni...putri dan staff2 semua mengucapkan semoga Dr. berjaya dan maju terus di klinik sendiri. Moga sukses terus dan sentiasa diluahkan rezeki insyaAllah. Apa2 pun jgn lupakan kami disini ek.

Jadinya smlm mlm tu buat laa cookies ni tuk anak2 dia. Mmg anak2 Dr. ni suka makan cookies. Dari mula berkeje sana lagi dia dah order cookies ni sampai laa sekarang. Thks Dr. for ur support. Anyway bukan Dr. jerr yg sering order...ada jugak laa beberapa teman rapat yg tak putus2 memberi sokongan dan memesan berbotol2 tuk hidangan Hari Raya. Biasanya resepi dari CHEF ISMAIL ni laa yg putri gunakan tuk buat cookies ni. Tak mau dah toleh2 atau membelek2 resepi lain. Putri setia pada yg satu gitu hehehe. Oh well nak buat cam mana mmg ternyata resepi dari Chef ni TERBAIK sangat2 walaupun putri ada ubah serba sikit dari resepi asal.. Kalau tak masa kan anak2 Dr. dan teman2 putri setia memesan tiap2 tahun kan. Anak2 putri lak tak yah citer laa dorg ni pantang nampak...kalau kasi sebotol pun bole abiskan dalam sehari. Sbb penangan resepi Chef ni laa. Ok putri nak share resepi ni pada semua teman2. Rezeki masing2 kan...so tak kisah laa walaupun putri buat business cookies ni putri tetap berkongsi dengan u aollss semua. Kata org tengok tangan juga yg membuatnya kan kan. Ada kata buat sendiri tak sedap nak juga putri buat so putri buat laa hehehe. U aollss jgn tak tau ek cookies ni juga telah mengundang anak dara putri si Irah tu tuk mencuba buat sendiri. Masa tu umur dia baru 9 tahun lebih tau. Then dia nak try sangat buat so putri pun bentangkan resepi dan pandai2 ko laa buat muahahaha. Mama dia duk amik gambo jerr dia tanya2 pun mama kata "ok ok" semuanya ok...hahahaha. Bukan apa kita nak kasi dia confident sikit. Bagi putri kalau tak menjadi pun takpe laa sbb budak2 kan (mmg mama dia tak mau dia lawan tokeh....muahahaha). Tapi kan wallaaaaa menjadi pulak tu...ishhhh ishhh ishhh...mama terbeliak jap....LOL. Putri tak jangka pun akan menjadi sbb segala timbang lebih kerr kurang kerr mmg Irah yg buat sendiri tu yg TERkejut tu hua2. Oklahhh panjang pulak story putri ni. Jom laa kita semak kertas resepi yg ada ni ek..cam test lak haha. Kat sini putri akan sertakan gamba2 ketika anak putri membaking.


BAHAN2NYA

220 GM BUTTER
150 GM BROWN SUGAR
120 GM GULA KASTOR
2 BIJI TELUR GRED A
400 GM TEPUNG NAIK SENDIRI DIAYAK
½ SUDU KECIL BAKING SODA DIAYAK
½ SUDU KECIL BAKING POWDER DIAYAK
1 PACKET (325GM) CHOCOLATE CHIP
180 GM BADAM CINCANG (DIBAKAR DULU)


*** BUTTER PUTRI GUNA 250 GM DAN TEPUNG NAIK SENDIRI PUTRI TAMBAH JADI 420 GM. LAIN2 SEMUA SAMA...HARAP MAKLUM NGEEE ***


CARA2NYA

1.BUTTER DAN SEMUA GULA DISATUKAN. PUKUL HINGGA ADUNAN KEMBANG. 

2. MASUKKAN PULA TELUR SATU PERSATU DAN PUKUL HINGGA SEBATI.

3. KEMUDIAN MASUKKAN TEPUNG,BAKING POWDER DAN BAKING SODA YG TELAH DIAYAK TADI. PUKUL SEBENTAR HINGGA RATA.

4.AKHIR SEKALI MASUKKAN CHOCOLATE CHIP DAN BADAM...GAUL HINGGA SEBATI. 
SEBELUM MEMBENTUK DAN MEMBAKAR ADUNAN...SIMPAN DULU DALAM PETI SEJUK (NON FREEZER)SELAMA 10-15 MINIT.

5. BAKAR ADUNAN PADA SUHU 170C – 180C SELAMA 12-15 MINIT ATAU SEHINGGA MASAK BERGANTUNG PADA SIZE DAN OVEN MASING2.


***PERHATIAN YERR…SETELAH MASAK DIBIARKAN SEJUK BARU DIHIDANG. ADUNAN YG LEMBUT AKAN RANGGUP SETELAH SEJUK….MMG MASA BARU ANGKAT ADUNAN LEMBUT CAM KEK. SO BIARKAN DIA SEJUK BETUL BARU SIMPAN DALAM BOTOL...^_^
***


SELAMAT MENCUBA!!!


































FOR THIS RECIPE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...